Semalam ibu ke Muar.
Hantar si Angah balik ke UiTM Seremban.
OTW balik singgah 2 buah kedai buku.
Lama rasanya tak ke kedai buku.....rindu pulak rasa.
Along bawa ke suatu tempat.
Katanya mesti ibu suka.
Maklumlah ibu ni peminat seni.
Terpegun ibu melihat sebuah lukisan yang sangat indah ini.
Kagum sangat-sangat.
Hasil seni yang dihasilkan disebuah bangunan yang sebelum ini
langsung tidak ada tarikan..
Sepanjang pemerhatian ibu semasa di situ....setiap mata pemandu dan penumpang kereta akan tertumpu ke arah karya yang sangat berseni ini...
Hasil google ibu :
MUAR 18 Julai - Lukisan potret mural yang dihasilkan berdekatan Bulatan Jalan Bakri, di sini diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai lukisan terbesar di negara ini.
Lukisan berukuran 11.80 meter tinggi dan 9.75 meter lebar itu memaparkan wajah dua beradik, Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang berasal dari Bakri, dekat sini.
Pengiktirafan itu diberikan dalam satu majlis khas yang diadakan sebentar tadi setelah potret yang dihasilkan oleh artis dari Rusia, Julia Volchkova siap pada Sabtu lalu.
Pengarah MBOR, Christopher Wong menyampaikan sijil berkenaan kepada Pegawai Daerah Muar, Ramlee A. Rahman sambil disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong. - UTUSAN ONLINE
Selingan :
Sebelum balik Along belanja eskrim.
4 ulasan:
Cantiknya lukisan.. berbakat betul pelukisnya..
Wahh cantik !
Beliau jugalah pelukis kebanyakan mural di Penang.
Memang hebat!
Aiskrim tu menggoda la.hihi
Hebat lukisan mural ni..seni itu indah kan
Catat Ulasan