Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Mac 2014

Jemput-jemput 4 in1

Alahai, jempt-jemput pun nak tayang dalam blog.......he3x..
Dah tak ada modal ke ibu...???
Sebenarnya ibu sibuk sangat sekarang ni tapi nak jugak terbitkan n3.
Jadinya ambil jelah dalam draf.

Dulu ibu paling tak suka makan jemput-jemput.
Usah nak makan, jeling pun tak.
Sejak kawin dengan ayah ibu terpaksa terima selera dan feveret ayah.
Maka terciptalah pelbagai resepi jemput-jemput.
Lagi pun ayah tidak cerewet.
Apa yang ibu masak selera aja ditekaknya....

Ibu pulak jenis main belasah aje.
Apa saja yang ada dalam peti ais itulah jadi mangsa.
Kebetulan dalam peti ais banyak stok tempe.
Maka tempelah jadi mangsa ibu...

Capai blander:
Campakkan tempe, bilis, dan 2 sudu nasi.
Kisar separuh hancur.
Masukkan dalam tepung dan tuangkan air suam, garam dan kuib bilis.
Kacau rata-rata dan potong bawang besar dan cili....
Siap untuk digoreng........

Siap je mengadap dengananak-anak.
Lumba-lumba makan.
kejap dah licin.
Aduyai..nampak gaya makin kembanglah si ibu nie.....

*selain tempe ibu tukarkan dengan karot, terung, kentang, bilis,
dan pelbagai bahan yang sesuai...... 

p/s:
masih terheggeh2 singgah rumah kawan-kawan akibat kesibukan melanda.
nanti ibu cuba jalan-jalan ye....

Teruskan berdoa untuk MH370.

13 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Akak sekeluarga suka jemput2... Tak kira jemput2 apa pun.. pasti licin ;)
Nak cuba pulak jemput2 Tempe ni...

ummiross berkata...Reply To This Comment

hehe..ummi pun baru je buat jemput-jemput 2 hari lepas NzA, main campak2 juga mana yang ada.

Unknown berkata...Reply To This Comment

bu dinda pun terhegeh2 dengan bloglist semua hilang pulak....
tapi apa2 sedap cokodok tu...

pray for mh370

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

sama la kita NzA..sibuk kan..rindu nak jalan2 dan baca cerita kawan2

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Ooo, cekodok tempe la ni ye? Baca pun dah rasa sedap.. ;-)

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, selamat tengahari. wahhh fav sheila ni. sheila suka sangat makan jemput2.. kalau dulu masa zaman bujang, setiap hujung minggu mak guna 1kg tepung, anak2 semua pelahap. hehe kejap je habis jemput2 mak buat. hhii. rindu pula kenangan tu. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

Nur berkata...Reply To This Comment

Sedapnya, kak Nza. Jemput-jemput ada tempe dalam.
Yati punya, jemput-jemput versi malas. Cucur lemak manis segera adabi. Hehehe...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Nza, saya kalu buat jemput2 siap ada kuah kacang or sambal bilis kadang2 buat Samnal sardin. Ahaaa baru syok layan..!

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Jemput2 tempe ye kak..baru tau ni...bila senang blh cuba ni...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tempe blend? Serius? Wah, macam menarik jer...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

jemput2 la makanan paling sedap mkn time panas2..klu selalu jemu gak..tp sesekali mmg sgt sedap..lg2 ada tempe peberet sy..:)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Letak tempe ya tak pernah buat lagi kena cuba ni..ayu suka makan tempe gak

Salmi berkata...Reply To This Comment

Anak2 akak memang suka jemput2
Lepas ni bolehlah cuba jemput2 tempe pulak

About me