Semalam keputusan peperiksaan SPM diumumkan dan Beby antara calon
yang menduduki SPM 2013.
Tahun ke 3 berturut-turut anak-anak ibu menduduki SPM.
Sudah 2-3 hari dada ibu berdebar-debar.
Masa Along dan Angah ibu tidak sebegini.
Kerisauan ibu tidak berada ditahap kritikal.
Beby amat berbeza antara 4Farah.
Penuh dengan penyakit "M" tahap kritikal.
Kuat tidur.
Asyik mengantuk dikelas
Cepat bosan.
Suka berbahas.
Alergik pada buku...
Fuh......bayangkan bagaimana dia akan menduduki SPM dalam
aliran sains tulen yang perlu belajar dengan gigih.
Semasa peperiksaan SPM berjalan, Beby diuji dengan pelbagai masalah.
Ibu terlantar sakit dan warded 1 minggu kerana denggi..
Beby diserang demam sampai mengiggil dan termuntah-muntah
sewaktu peperiksaan SPM berjalan.
Tiada orang menguruskan makan minum dan keperluan
di rumah sewaktu Beby menjalani peperiksaan.
di rumah sewaktu Beby menjalani peperiksaan.
Semasa kertas Matematik Tambahan berjalan dia tidak dapat fokus
kerana demamnya makin tinggi dan menurutnya tidak sempat
menyiapkan beberapa soalan.
Malam sebelum result keluar, Cikgu Chian (cikgu Kimia) menelefon Beby.
Guru yang amat mengambil berat tentang Beby.
Seorang cikgu yang paling memahami Beby dan mereka amat rapat.
Dan semalam,sebelum ibu melangkah keluar ke sekolah
dia masih lena beradu.
Tiada langsung kerisauan diriak wajahnya.
Setiap detik ibu melihat jam.
Sudah pukul 11.30 pagi tapi masih belum ada perkhabaran.
Beby sempat SMS ibu :
"Ibu jangan sedih ye kalau result Beby tak capai target ibu...."
Aduh.....hati ibu makin berdebar.
Beberapa kali ibu call beby dan masih kedengaran suara ceria dia.
"belum lagi ibu..nanti kalau dapat result, Beby call ek..."
Pukul 12 tengahari, phone ibu berdering.
Ya Allah...rasa nak luruh jantung ibu.
"Ibu.....Beby dapat *A's....
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...
Mengucap syukur berkali-kali ibu.
Amat-amat bersyukur kerana Beby mampu meraih kecemerlangan
walaupun tak mencapai target ibu.
Pesan beby.."Ibu jangan catatkan di blog atau FB ye result beby..
"Biarlah ianya jadi kenangan kita sekeluarga...."
Ibu ; " Ok, jika itu permintaan beby...ibu akur....
Syukur Alhamdulillah...
dan beby dah maklumkan dia akan menyambung pelajaran dalam
bidang Tesl.
Cita-citanya ingin menjadi seorang pensyarah bahasa Inggeris.
Mungkin Beby satu-satunya yang akan mengikut jejak langkah ibu sebagai
seorang pendidik nanti...InsyaAllah.....
Cikgu-cikgu pun memberi galakan dan kata-kata semangat untuk Beby
meneruskan impiannya itu...
Dan tidak sia-sia kerana dia antara TOP 2 subjek Bahasa Inggeris keseluruhan SPM di sekolahnya.
Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu ...
Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak memberi dorongan dan
galakan pada Beby.
Terima kasih semua kerana sentiasa mendoakan yang terbaik
buat anak-anak ibu.........
Syukur Alhamdulillah.
Ibu doakan agar beby mengikut jejak langkah
Along dan Angah ke universiti.
Ibu perlu bersedia sekali lagi untuk melepaskan
Along dan Angah ke universiti.
Ibu perlu bersedia sekali lagi untuk melepaskan
Beby pergi jika ada rezeki untuk beby...........
17 ulasan:
alhamdulillah tahniah.. mest cemerlangkan... blh dpt op 2 subjek bahasa inggeris..
Tahniah Beby ... semoga terus berjaya dalam pelajaran... :)
Tahniah Beby..Moga terus cemerlang.. ^^
tahniah beby dan ibubapanya
Tahniah!utk kejayaan anak2....tahun ni anak atie lak exam SPM.Risaunyaaa...
Tahniah beby.. ;)
teruskan usaha anda itu, moga terus berjaya dengan bidang akan diceburi.. ;)
Alhamdulillah..tahniah2x, tahniah buat Beby dan NzA sekeluarga. Seronok tengok kejayaan anak-anak NzA. Moga Allah permudahkan urusan seterusnya, agar tercapai cita-cita Beby.
Tahniah beby... tahniah.... aunty mama tahu kemampuan beby,.... cuma sebagai seorang ibu pasti tidak akan ada rasa keresahan... tak gitu kak ibu
Congrats baby!
Dah la kreatif pandai lak tu.
=)
Alhamdullilah...Tahniah Beby
Tahniah untuk Beby.. moga akan terus cemerlang...
Alhamdulillah, tahniah Beby. Tahniah kak Nza.. :D
Tahniah beby n tahniah utk ibu dan ayahnya
tahniah buat anak akak :)
tahniah beby semoga dpt mengejar cita2 mu. amen.
tahniah beby,semoga impian tercapai..Insyaallah teruskan perjuangan ke universiti pulak ikut jejak langkah along n angah
Tahniah buat Beby. Moga cita2 Beby tercapai.
Nampaknya minat n cita2 Beby dengan Ude sama je..
Catat Ulasan