Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Mac 2014

Angah dan Dinner

Lama dah ibu tak buat n3 tentang Angah.
Sejak masuk ke Sem 2, Angah makin sibuk dengan studynya dan
aktivitinya di U.
Banyak program yang perlu angah hadiri pada hari Sabtu dan Ahad.
Bayangkan sejak lapor diri di UiTM untuk Sem 2 pada awal bulan 1 Angah belum
berkesempatan pulang ke rumah.
Cuma pada cuti CNY hari tu ibu sempat singgah jemput Angah untuk dibawa balik
ke Kelantan.
Itupun Angah sempat bersama kami cuma 3 hari 2 malam sahaja.
Dan 3 minggu lepas ibu sanggup ke Kuantan semata-mata melepaskan rindu pada Angah walaupun
kami sempat habiskan masa bersama selama 3 jam sahaja
sedangkan perjalanan pergi balik memakan masa 6 jam.....huhuhu

Malam Ahad lepas kolej Angah anjurkan makan malam
disebuah hotel di Bandar Kuantan.
Maklumlah dah tinggal 2 minggu lagi Angah dan rakan-rakan akan
tamat Program Asasi di UiTM Kuantan.
Selepas ini kalau ada rezeki insyaallah mereka akan melangkah
maju selangkah lagi untuk menyambung degree ke universiti
 yang berbeza dan dalam bidang berbeza.
Mungkin ada diantara mereka akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Angah pun pernah suarakan hasrat hati nak sambung degree di luar negara
tapi awal-awal ibu dah ber"drama airmata".
Overkan ibu.....
Tak sanggup rasanya melepaskan anak-anak belajar  jauh-jauh.....huhuhu...

Angah bersama rakan-rakan sealiran.
 Terserlah ketinggian anak ibu.
Ketinggian yang diwarisi dari ibu....he3x....

Gambar-gambar ni ibu terima dalam w.apps family.
Rindu Angah sangat-sangat...
Mampu berdoa dan bersabar demi masa depan yang gemilang.
Sabarlah hati.......

Ibu doakan agar Angah dan Along dipermudahkan menjawab
soalan peperiksaan pada minggu depan.
Moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah ....aminn.

Doa untuk MH370

12 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

dapat jumpa sekejap pun tak kisah kan NzA, asalkan hilang rindu.
Dah besar anak dara NzA..manis bergaya.

ummiross berkata...Reply To This Comment

dapat jumpa sekejap pun tak kisah kan NzA, asalkan hilang rindu.
Dah besar anak dara NzA..manis bergaya.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Bila berjauhan begitulah NzA... Rindunya tak terperi tapi demi masa depan mereka relakan lah ;)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wah, cantik2nya baju diorang. Dinner semua fesyen muslimah. Bagus betul.

Kak, 2 minggu lagi, dia baliklah yer. Bolehlah lama sikit di rumah sementara tunggu nak sambung kan..

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

asalkan dapat melepas ridu walaupun sekejapkan NZA

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, comel2 semuanya. hehe selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

Unknown berkata...Reply To This Comment

tahniah angah.... doa agar angah berjaya nanti.... amin

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Cantik2 semuanye..terserlah ketinggian Angah kak..
Moga anak2 akak terus cemerlang..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alahai cantik anak akak...mmg ikut ibunye nie hehehehe...comel tgk angah berdress dinner...sweet nampak kak...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Canteknyeeee dress angah tuh...mcm princess dah die..^_^

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tinggi n ramping angah ni..pakai apa pun lawa..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Moga Angah terus cemerlang dan berjaya menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati.

About me