Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Disember 2013

Syukur Alhamdulillah.

Hampir sebulan ibu bercuti dan hampir 1 bulan masa ibu banyak dihabiskan ulang alik
ke hospital dan wad.
Bermula seawal cuti ibu tidak sihat dan disambung pula dengan Along.
Namun ibu tetap syukur dan terima dengan redha ujian Allah.
Setelah 1 tahun Allah berikan ibu dan anak-anak kesihatan yang baik dan
cuma seketika Allah uji dengan sedikit kesakitan.
Tidak terluah perasaan lega dengan kata-kata
bila Along dibenarkan keluar dari wad pada pukul 3 petang 10.12.2013.
Syukur sangat-sangat.
Allah telah perkenankan doa-doa kita semua.......Alhamdulillah.

Setelah hampir 1 bulan hidup ibu tak menentu.
Mengukur jalan antara BG ke HT sejauh 48km pergi balik.
Tanpa mengira masa dan ketika..tanpa mengira hujan dan panas.
Tidak langsung terasa penat dan lelah.
Terkadang pukul 11.00 malam pun Ayah muncul di wad.
Mencuri waktu antara kesibukkan bekerja.

Hari ke 4 hari hati ibu agak gundah bila doc maklumkan along belum boleh balik
sedangkan rakan-rakan yang senasib semuanya dah discharge..
Ada satu ujian yang perlu dilakukan.
Ibu mula memikirkan yang bukan-bukan.
Ya Allah, hati seorang ibu yang mula risau.

Bila melihat Along lelap, ibu meninggalkan seketika.
Ayah pula mengambil alih menemani Along yang lena tidur..
Ibu terus menuju ke Masjid Jamek dengan hati yang risau dan sedih..
Bersolat...bersujud...menadah tangan....berdoa tanpa pernah jemu...
memohon dan terus memohon...
Hanya padaNya ibu mampu memohon dan berserah.

OTW ke hospital, Along call ibu.
"Ibu doktor dah benarkan Along balik."
Nada suara Along masih lemah.
Ya Allah, begitu pemurah dan penyayang.
Setiap apa yang ibu pinta akan dimakbulkan.
Terasa bertapa hinanya diri ini.
Walaupun terkadang lalai dengan kesibukan dunia tapi Allah
tetap menyayangi hambaNya...
Terima kasih Ya Allah di atas segala rahmat dan kurniaanMu.

Dan Along masih belum pulih sepenuhnya...
Masih lemah dan tidak bermaya.
Sudah 1 minggu kuliah tertinggal.
Tapi yang penting sekarang ibu mampu berada disisinya setiap saat dan ketika......

Syukur Alhamdulillah........

13 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah....lega hati lieya jugak bace kak....moga along terus sihat yeak....akak pun jaga diri jugak....

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..semoga along terus sembuh sepenuhnya..acik pun ikut merasakan kesedihan ibu along

eMMe berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. doa ibu Allah makbulkan.. syukur tak terhingga dari saya.. moga Along sihat... touching baca entry ni.. hati ini menangis...
Salam Kenal dari eMMe...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah....Alhamdulillah ..... Alhamdulillah.....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Alhamdulilah..along dh beransur sembuh..:)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...
Betul kak, eina pun pernah rasa mcm tu, Allah MAHA MENDENGAR... mndengar rintihan kita.. memng maha PeNYAYANG :-)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulilah..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sayu baca..kasih seorang ibu mmg tiada batasnya..Alhamdulillah Along dah discharge..ada hikmah kak,tgh cuti sekolah pulak,boleh la ibu 24jam bersama along..

cpt sembuh ye Along..:)

Nur berkata...Reply To This Comment

Doa ibu adalah ubat yang paling mujarab dalam dunia. Semoga Along cepat-cepat sembuh sepenuhnya dan selamat ye kak.

lizz berkata...Reply To This Comment

sayu saya baca....semoga along pulih sepenuhnyer...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Syukur alhamdulillah smua dh sihat....gembira membacanya...

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Muga Allah permudahkan segala urusan..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..syukur sangat2. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, moga NzA sekeluarga terus tabah, moga Allah melimpahkan rahmat dan pahala berganda-ganda dengan kesabaran NzA sekeluarga menghadapi ujian.

About me