Tiada upaya untuk berbakti, tiada daya untuk turut serta.
Sekadar mampu melihat dari jauh kesedihan dan kesukaran
yang menimpa rakan-rakan di Kuantan dan Terengganu..
Salah seorang rakan blog ibu, Lya Afrina juga turut terlibat.
Sedih melihat keadaan yang melanda.
Salah seorang rakan blog ibu, Lya Afrina juga turut terlibat.
Sedih melihat keadaan yang melanda.
Hanya mampu menadah tangan memohon doa agar Allah melindung mereka semua.
Segala yang berlaku ada hikmahnya.....
Hanya ini yang mampu ibu lakukan.
Mungkin cara ini kita adalah jalan untuk turut serta menyumbang.
Tak perlu keluar rumah.
Tak perlu bersusah payah.
Sekadar menekan hp dan sedikit RM dapatlah diagih-agihkan
buat rakan-rakan yang sangat-sangat memerlukan.
Diiringi doa agar mereka semua tabah dan sabar hadapi ujian dari Allah.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
InsyaAllah akan ada sinar pelanggi menanti dihadapan mereka......
9 ulasan:
Yelah NzA, memang simpati sangat kat mereka yang terlibat dengan banjir, ummi pun ada kawan2 yang terlibat dengan banjir ni, memang sedih dan simpati baca status@cerita di fb mereka. InsyaAllah sama-sama membantu setakat termampu, ada banyak NGO yang menyediakan saluran bantuan.
Kalau kat Putrajaya ni, Masjid Besi jadi tempat pengumpulan barang-barang bantuan. Alhamdulillah ramai juga yang menyumbang.InsyaAllah..moga beban mereka berkurangan dengan sedikit bantuan dari kita.
Ye sis....hanya iringan doa moga mrk yg menghadapinya tabah dan sbr dlm dugaannya...
simpati sangat dengan dierang...ramai kawan2 kat kuantan...rumah dierang banjir...semua barang2 rumah tdk dapat diselamat..
moga ramai yang tampil membantu...
moga dapat ringankan beban mereka..
betul kak,berat mata memandang berat lagi bahu memikul..harapnya mereka bangun semula utk membina kehidupan dengan bantuan org ramai..
Ye NzA..dengan melihat gamvar pun dah rasa sedih.lya pun terlubat juga ye..acik pun biasa ke blog dia
Itulah kan kak, hanya cara gitu kita dpt mmbntu... sedih melihat keadaan mereka..
Doa dr kejauhan n bantu mana yg termampu...
Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yg memikul. Semoga kita dapat membantu mereka mengikut keupayaan kita, in syaa Allah.
Moga ramai yang membantu & dpt meringankan beban meraka..
Kawan hanie yg pernah jadi jiran suaru ketika dulu pun jd mangsa banjir teruk di kuantan... Mmg sedih juga kisah dia dgn 3 anak kecilnya terperangkap dlm banjir, suami pula tiada di rumah. Suaminya trpaksa meredah bnjir 2 jam sebelum tiba utk menyelamatkan anak2 mereka kerana kereta tak boleh dipandu
Catat Ulasan