Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Disember 2013

Majlis Khatan ...Potong..Potong...

Kisah terperam sekian lama dalam draf ibu.
Kebetulan selepas program ni ibu diserang demam denggi...
Baru hari ni rasa agak sihat untuk jengah draf2 kat blog.

Hari pertama cuti sekolah ibu masih ada program besar.
Seawal pagi ibu dah memecut ke sekolah.
Program Khatan Perdana diadakan dengan begitu meriah.

p/s: TQSM En Hai Rozzaman kerana banyak menyumbang gambar-gambar yang amat menarik ni.
Beliau adalah seorang wartawan.


Ni keratan berita ada tersiar di Berita harian.

Majlis bermula dengan memberi sarapan kepada peserta khatan nie.
Peserta ni terdiri daripada beberapa buah sekolah
berhampiran dan sk ibu sebagai penganjurnya.

 Peserta diarak bermula dari pintu pagar sekolah dengan paluan kompang dan bunga manggar.

 Acara kemuncak.....Jom mandi.
Peserta-peserta di"mandi"kan oleh pihak bomba...
Ibu pun teringin gak nak join......ekekeke......
Tab ibu pun kena tempias semburan air tu.....
p/s: pic ni pun ibu ambil drp En Hai Rozzaman...TQSM Wak.
.

 Cikgu cikgi yang bukan main bersuka ria sedangkan anak-anak murid
berdebar untuk di khatankan......

Kami sempat bergambar kenangan dengan peserta khatan dan YB Datuk Ir Hamim Samuri -
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ibu terselit diantara kumbang.
Terasa diri ini begitu tinggi diantara mereka.....wakaka......
Selepas bergambar, peserta2 khatan dibawa ke klinik berhampiran untuk di"potong"....

9 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

tiap kali cerita khatan shima berdebar.. antara teruja .. Sebab anak2 shima 2org lelaki.. entah bagaimana gayanya mereka nanti hehehehe... yg aqil tu dah boleh kott thn depan sbb dah 5thn.. tapi.. mungkin dilambatkan sikit huhuuhu

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wahhh.....seronoknya. Tak ada yang melarikan diri ke kak...?

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Sekolah saya baru rancang nak buat majlis khatan ramai-ramai tahun depan.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Seronoklah mereka bila disiram dengan air bomba tu ye NzA.. tu yg nabil tak sabar nak bersunat, siap kata nak sunat kat masjid, pastu ada bomba siram mandi macam tu :)

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Seronok tgk majlis berkhatan ramai2 ni. Siap ada acara sembur2. Yusuf pun baru je lepas.. Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

seronok ramai2 kan sis...xde la rasa takut sgt kot...hehe

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM masa khitan dulu di arak atas bahu abah.

Best ya masa tu...

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

meriah sungguh bila tgk anak2 nak berkhatan ramai2 tu ye kak nza. skrg main2 pancut air, dulu2 rendam dlm sungai kan. tgk dlm tv laa... hehe

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

meriah majlis khatannya..siap masuk paper lagi..kurang sikit debarannya klu khatan ramai2 cmni kan

About me