Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Disember 2013

Macau Part 3- Hotel Venetian 6 Stars.

Destinasi ke 3 di Macau selepas ke SINI dan SINI.
Kami dibawa ke sebuah Hotel 6 bintang yang serba mewah di Macau.
Tak sah kalau datang ke Macau kalau tidak ke sini.

Hotel di sini tidak seperti di Malaysia.
Hotel mereka merangkap pusat perlancongan, membeli belah, pusat kasino, dan penginapan.

 Nilah rupa hotel tu.
Ibu kidnap dari en google je.
Besarkan....
View di ground floornya dah buat mulut ibu melopong sampai
lupa nak snap pic.
Maklumlah selama ni kalau menginap kat hotel,
paling-paling tinggi hotel 5 bintang.
Itupun boleh kira dengan jari.
Selebihnya sekadar menginap di hotel 4 bintang.....

Kami terus ke level 1 yang merupakan outlet barangan branded dan di sini
juga ada binaan bangunan yang amat cantik dan mengkagumkan.
Kami sekadar tangkap gambar di sini.
Tak berani nak membeli apa-apa.
Handbag pun berharga belasan ribu ringgit.
Fridge magnet seketul pun dah RM60...
Telan air liur jelah ibu tengok....
Datang ke sini baru terasa bertapa miskinnya diri ini.....huwaaaaa....

Ni pun ibu pinjam dari en google.....
Inilah pemandangan yang menyambut kami di Level 1.
Cantik kan.
Tak sangka di dalam sebuah hotel di bina seperti sebuah bandar yang indah.
Bangunan yang dibina tu terdiri daripada outlet yang menjual
pelbagai barangan branded.....
Bila tengok harga ibu rasa tiba-tiba nak pengsan......huhuhu....
Sekadar cuci mata jelah walaupun dalam hati merontar2 nak beli...

 Ada terdapat binaan aliran sungai ala-ala Venice kat Italy tu...
Berangan sekejap pergi Itali..Muahaha.....
Kalau kita naik sampan tu, kita akan dihiburkan dengan nyanyian......
Confirm tertidur dibuai mimpi yang indahhhh......

Kanak-kanak rebina asyik kena paksa posing...
masing-masing dah penat melayan kerenah ibu nie....Sabar jelah.

Kagum dengan hasil seni...

Binaan bangunan yang cantik tersusun di dalam sebuah hotel.
 Cuba lihat gambar awan tu.
Jangan terpedaya sebab tu adalah awan buatan manusia tapi memang nampak real.
Ibu pun tak percaya secanggih itu mereka menciptanya....
Jalan kat sini kepala asyik mendongak je kat atas.
Kejakunan tahap maksimum melanda.
Agaknya kalau orang tengok entah apa la depa kata...Hahaha...

 Mendongak lagi dan lagi....hik3x....
                                       
Kami di sini lebih kurang 2 jam.
Lenguh dah kaki melangkah.
Badan pun dah rasa penat.

Miss Lin ofer nak bawa kami ke suatu  tempat lagi  tapi
masing-masing dah penat sangat.
Dalam kepala dah terbayang tilam empuk dan bantal.....
Lebih kurang pukul 11 malam baru kami check in kat hotel.
Biliknya amat besar dan selesa.
2 katil bersaiz queen dan ada kerusi yang boleh dijadikan katil.....

Taraaaaa.....ni biliknya...besarkan.
Namun bila dah berubah tempat ibu tak mampu pejamkan mata walaupun badan dah penat.....

Inilah hotel penginapan kami semasa di Macau....
Idoklah mampu nak menginap kat Hotel Venetian 6 bintang tu.
Kami di sini pun 1 hari 1 malam je.
Bersedia check out untuk ke destinasi impian kanak-kanak rebina....
Anak-anak dah tak sabar ke destinasi idaman semua kanak-kanak di dunia nie....
Jom kita ke Hong Kong pulak...........

13 ulasan:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Ohhh..yg ada awan2 tu indoor ke rupenye..mmg unik sungguh!! Nway x sbr tgu entru disneyland..mesti best kan..^_^

ariana berkata...Reply To This Comment

Uii..mmg best yah..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Luas biliknya NzA, seronok betul berjalan NzA sekeluarga ye :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

memang cantik sangat lukisannya! nampak real

Aisy Nasiha berkata...Reply To This Comment

Wah.. bestnya berjalan ke macau..seronoklah anak2 ...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Memang cantik hotel tu terpegun gak..bestnya

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

Menarik sungguh persinggahan ini walau penat berjalan. Budak2lah paling seronok kalau ke destinasi seterusnya, kalau destinasi org dewasa ni...diorang nk cepat balik aje..

Er..bilik tu dh cukup bgs, berapa yer kosnyer semalam?

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

ooooh mula dah kata ala duk hotel mahal2 masuk lambat ruginyer.. tuler tak baca habis di bawa ke hotel itu.. kah.. kah.. kagum sangat tengok hoteltu...
memang bestkan.. tapi tak silap projektu orang malaysiapun ada share ...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

memang nampak real awan tu..kreatif sungguh diorng ni...
Destinasi seterusnya mesti ke Disneyland kan kak..bestnye...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

wow seronok dpt stay dekat hotel 6stars..fm je seketul rm60,mmg boleh usha jer la..hehe

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Terpegun tengok hotel tu..mmng kreatif dia orng buat awan tu..mcm yg betul2..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Cantiknya hotel tu NzA..kelas gitu!

Aziela berkata...Reply To This Comment

Memang cantik hotel tu kak. Hubby saya jer yang dapat pergi sana atas urusan kerja.... Cantik sangat.

About me