Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Disember 2013

Macau Part 1- Kami Datang

Salam bersua kembali.
Minggu ni ibu akan buat n3 tentang siri jelajah ke beberapa tempat di China...
Sila jangan muntah ye...he3x....
Mungkin perkongsian ni memberi sedikit tips buat rakan2
yang ingin pergi bercuti ke China....

Hari Isnin 16.12.2013 bermula percuti ke destinasi pertama kami ke Macau, China.
Kali ini ibu terbang bersama Farouk, Naurah dan adik sekeluarga.
Ahli rombongan kami seramai 31 orang.

Bertolak seawal jam 8 pagi dari rumah dan tiba di LCCT lebih kurang 2 jam kemudian.
Dalam  masa yang sama Ayah perlu hadir seminar selama 1 minggu.
Kami berpisah dengan Ayah di LCCT dengan membawa haluan masing-masing...huhuhu
Along dan Angah masih di universiti.
Terpaksalah kami redha dan terima hakikat yang percutian
sekarang tidak lagi seperti dulu.
Sedih dan sayu hati tapi apa nak buatkan.

Pernerbangan memakan masa 4 jam lebih.
Amat-amat membosankan.
Ibu sempat dibuai mimpi entah berapa episod.....muahaha....

 Pihak travel dah order nasi beriani, nasi lemak dan nasi ayam untuk mengisi perut di dalam
kapal terbang....
Nasi lemak yang terbaik kalau menaiki air asia...

Kanak-kanak ribena dah bosan....Farouk sibuk tanya bila nak sampai......
Macam-macam aktiviti dah dilakukan...he3x....

Kami tiba di Lapangan Terbang Macau dalam pukul 5 petang akibat 
penerbangan tertangguh selama 2 jam.
Rupanya pukul 5 petang dah macam 7 malam di Malaysia.
Waktu antara Malaysia dan Macau adalah sama cuma di sana musim sejuk.
Malam lebih panjang dari siang.....
Mengiggil kami kesejukkan dengan perubahan suhu dari 29 darjah celcius di Malaysia
ke 8 darjah celcius di Macau.

Ibu tukar duit dollar HK tak banyak atas nasihat adik
sebab kat sini barang-barang sangat mahal walaupun pertukaran wang kita
lebih besar.........
RM500 = HK1000

Posing dulu kat airport Macau.

Naurah dan Farouk bersama cousin, Balqis dan Iman....jugak Sutie (adik ibu).

Menunggu giliran untuk check in.....

Bosan menunggu di imegresen.
Kawalan amat-amat ketat di sini.
Stafnya semua bermuka masam dan garang.
Aduyai kalau kat Malaysia confirm dah kena pecat.....
Pasport di check amat-amat detail.
Muka Farouk berkali-kali ditillik.
Mungkin nampak agak lain sebab Farouk bertopi.......
Sebelum ibu terlupa, jangan lupa bawa botol kosong di dalam handbag
kemana-mana kita pergi.
Maklumlah dalam tanda memang tak ada air paip.....huhuhu....

Kami disambut oleh pemandu pelancong bernama Lin.

Kami di bawa ke sebuah outlet barangan branded.
Ibu pun tak pasti nama apa tempat ni.
Sekadar cuci-cuci mata sebab harga barangan terlalu mahal.
Bangunan di sini sangat-sangat cantik dan klasik tapi sayangnya
masa kami tiba lebih kurang 6 petang, persekitaran dah gelap macam waktu Isyak....
Posing sekejap.

Mengigil kesejukan ditambah dengan angin dan gerimis......

Ibu dan Naurah bersama family adik dan BIL ibu merangkap 'bos' rombongan kami....

Berlatar belakang sebuah kasino terbesar di Asia.
Macau ni ala-ala Genting.
Pusat perjudian yang jadi tumpuan pelancong asing....

Naurah dan Farouk yang dah membeku...hehehe...

Deretan bangunan yang sangat-sangat cantik reka bentuknya....

 Deretan outlet.

Bangunan yang amat cantik seni binanya.

Di outlet ni terselit sebuah restaurant halal iaitu Indian  Food Restaurant.
Kami dinner di sini.

Pelbagai jenis makanan dihidangkan secara buffed tapi ibu tak begitu dapat menelan
sebab tidak serasi dengan tekak.
Makan sekadar untuk alas perut sebab tiada pilihan...
Ibu sekadar ambil kambing panggang bersos, brokoli dan ayam.
Ibu pun tak pasti rempah ratus apa yang digunakan......
pelik semacam je rasa.

Pemandangan depan restaurant.

Ada beberapa keping gambar je di sini sebab gerimis.
Selesai urusan makan-makan dan snap beberapa keping gambar kami
dibawa ke suatu tempat..
 Tungguuuuuuuu.....



8 ulasan:

Qashmere berkata...Reply To This Comment

Bestnya jalan jalan

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Best,.. alahai toilet takde air, rasa jnggal..huu

Aziela berkata...Reply To This Comment

Yeay.... seronoknya dapat baca cerita jalan2...

Akak... pergi mana2 negara oversea pun nak kena bawa botol air untuk mencuci kan..kecuali Indon lah. Indian food kat tempat lain memang lain sungguh rasa dengan yang kita ada di sini. Oh, Macau memang cantikkkkk sangat dan mahallll sangat. Hubby saya sanggup naik tren ke sempadan China untuk shopping...lagi puas hati katanya.

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Adat bermusafir memang begitu NzA, jauh berbeza dgn tempat kita kan.. tak sabar nak tunggu next entri :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa ini yang ummi suka ni, bawa ummi jalan2 (walaupun dalam alam cyber shj)dan bagi tips sekali, nanti kalau ada rezeki bolehlah jalan2 dialam nyata pula.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Part 1 dah seronok baca..x sabar nak tnggu seterusnya

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Seronoknya ..
Kita tnggu kisah seterusnya...paling best bab soping..hihihi

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

31 orang semuanya?mmg ramai la..seronok jalan2 overseas..baru hari ni dpt baca holiday akk sekeluarga..lately sibuk sikit dengan anak dara sy..:)

About me