Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Disember 2013

Doa Buat Along.

Salam Isnin semua juga terima kasih di atas doa-doa rakan semua.
Sudah 3 hari ibu berulang alik ke hospital.
Pada 7.12.13 along telah warded setelah demam panas dan sakit kepala.
Akhirnya along di sahkan denggi.
Ya Allah, ibu terus diuji.
Namun ibu perlu kuat dan tabah lalui semua ni.

Pagi Sabtu ibu bawa Along ke unit kecemasan HT.
Ibu maklumkan pada doc yang Along dah demam 4 hari. 
Dah 2X pergi klinik tapi demamnya on off .
Ibu maklumkan juga tentang ibu yang kena denggi 2 minggu lepas 
dan ada fogging kat universiti Along.
Terus doc ambil tindakan segera.
Check darah tapi platlet Along normal cuma ada sedikit kelainan pada ujian yang lain
yang menyerupai denggi.....
Akhirnya doc arahkan Along warded untuk pemantauan lanjut.
Lama juga kami di unit kecemasan.
Bayangkan dari pukul 11.30 pagi hingga 5 petang baru Along warded...
Jenuh menunggu...Ayah pula OT dan ibu sendiri menguruskan anak-anak...
Tapi demi anak tersayang ibu tak perduli semua itu..

Di awal along demam ibu dan ayah dah buat persediaan.
Ibu cuba penawar denggi yang telah diberikan rakan- rakan.
Alhamdulillah ianya amat berkesan.
Bila doc check darah, platlet along tetap normal cuma turun sedikit.
Dan along juga tidak kritikal seperti yang ibu alami.
Cuma doc nak pantau along.
Setakat ini dah 6 botol air dimasukkan.
Doakan moga along cepat pulih.
Kesian along kerana hari ini dia sepatutnya duduki exam.

Ya Allah permudahakan segala-galanya.
Hanya padaMu tempat kami menadah tangan memohon doa....

17 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ya Allah macam mana dinda boleh terlepas pandang... FIL dinda tak sihat tu sebab buka FB pun sekadar tengok je mungkin dinda terlepas pandang... hari sabtu hari pagi dah balik kg memandangkan orang tua nak juga balik kampung ... nasib baik anak2 tak kisah ikut sahaja apa yang kami mahu ... Semoga Along segera sembuh ye kak ibu

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

moga along cepat sembuh...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Semoga aling cepat sembuh...

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

Ya ALLAH...moga dijauhkan perkara2 yg tak elok...moga yg baik2 ja mengiringi anakanda...

lizz berkata...Reply To This Comment

salam kak...saya doakan moga along cepat sembuh yer...

lizz berkata...Reply To This Comment

salam kak...saya doakan moga along cepat sembuh yer...

attyfir berkata...Reply To This Comment

semoga along sepat sehat .
dan semoga nza dan family juga dalam lindungan allah ta'ala selalu.amen

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ya Allah...tabahkan hati ye NzA. Kesiannya Along, moga Along diberi kekuatan, Ya Allah kau sembuhkan anak ini segera dan pulihkan lah seperti biasa.aamiin2x.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Walaupun bertimpa2 cubaan untuk akak sekeluarga, namun saya yakin akak adalah seorang yang kuat dan tabah. Insya Allah, semuanya akan kembali pulih semula. Amiin.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Sabar ya dear..
Semoga Along cepat sembuh....

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

semoga along cepat sembuh..sabar ye NzA

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

semoga along cepat sembuh..sabar ye NzA

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

kesian Along.mujur tak kritikal..semoga along cepat sembuh

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Allahuakhbar... moga along cepat pulih..
Akak pun tcare ya..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

siannya along..kena denggi jugak rupenye yek..harap along cpt sembuh ya..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

kesian along....seb baik akak pun tgh cuti sekolah so dpt laa jaga along kan kak...

moga along cepat sihat...akak pun jaga diri key...

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Baru sedikit dugaan ini. IM teringat perkataan - LEGOWO!

About me