Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Disember 2013

Angah dan Puding Gula Hangus

Bila tengok puding karemal itu tiba-tiba rindukan Angah.
Angah suka sangat masak puding karemal.
Feveret Angah.
Dah hampir 1 bulan kami terpisah.
RIndu ibu pada Angah membuak-buak namun ibu redha demi
masa depan Angah.
Sem 2 Angah agak sibuk dengan pelajarannya dan aktiviti-aktiviti luar kampus
dan memang tiada berkesempatan untuk balik ke rumah.
Gambar yang Angah w.apps pada ibu.
Setiap hari Rabu pelajar Asasi Law perlu berpakaian rasmi hitam putih.

Ni gambar semasa Angah dan rakan-rakan jari volunteer untuk
membersihkan rumah mangsa banjir di Sg Isap yang teruk dilanda banjir..
Minggu depan Angah dan rakan-rakan ada aktiviti di Uniten Muaazam pulak.

Sambil-sambil tu meh kita intai-intai resepi kegemaran Angah.
Kalau balik bercuti pasti akan ada puding ni di dalam petiais.....
Tak sabar nak tunggu Angah cuti 21.12.13 nanti......
Meh kita tengok puding yang angah masak masa cuti:
Ni la hasilnya.....

Sepotong untuk ibu......

Ibu rasa semua orang dah tahu buat puding ni kan tapi takpelah, 
ibu nak tepek jugak resepi kat sini.

Bahan-bahan
2 senduk kecil gula.
8 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat.

Cara-cara:
Panaskan loyang dan masukkan 2 senduk gula dengan api yang perlahan.
Kacau sehingga gula cair dan kekuningan. Tutup api.

Masukkan telur + susu cair + susu pekat dan blend sampai sebati.
Curah ke dalam loyang dan kukus.

Kalau nak sedap, sejukkan ke dalam petiais.

10 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kak...saya pernah buat, tapi x jadi. Sedihhh..... saya nak ikut resepi nie lah...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

best ni... bleh try

ummiross berkata...Reply To This Comment

Rindu kan NzA bila lama tak jumpa, mesti teringat-ingat.
Rasa nak kidnap puding tu sepotong.hehe.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Peberet kita org gak nk....hihi

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

manis mcm anak dara yg membuatnya tu...

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

tul la, dr skrin nampak manis jer, cepat dpt jodoh nih

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Macam tulah perasaan mak2 kita masa kita gi belajar jauh2 dr mereka kan..ayu belum rasa lagi apa yg akak rasa..

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Macam tulah perasaan mak2 kita masa kita gi belajar jauh2 dr mereka kan..ayu belum rasa lagi apa yg akak rasa..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

peberet en suami ni tau..sy kureng sikit.sbb kureng tu la jarang buat.hehe

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Sedapnya. Peberet saya jugak tu..

About me