Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Disember 2013

4 FARAH Yang Membahagiakan.

4FARAH...Anak dara ibu yang dah semakin hari semakin membesar.
Malah mereka dah bergelar anak-anak dara.
Kemana mereka pergi pasti akan ada pertanyaan yang dah sinonim dengan ibu:
"Wah anak-anak dara akak ke nie....4 orang?
Sukanya tengok mereka tu...
Hampir sebaya......Semua perempuan ke????..

Kemana saja ibu pergi pasti ada saja yang menyapa...
Dan semasa ibu di rawat di hospital hari tu pun mata-mata akan tertumpu kepada mereka.
Mengelilingi ibu....penuh satu katil hospital.....
Sorang suapkan air,sorang suapkan buah, sorang memicit-micit kaki ibu, dan sorang mengemas
kain baju kotor untuk dibawa pulang..
Dan akan keluarlah pertanyaan dari pesakit-pesakit di situ :
Anak2 akak ke? Wah semua dah anak dara..
Suka saya tengok..sopan je semuanya.......

Nurse pun tak ketinggalan mengorek rahsia siapa 4 orang anak-anak dara nie.
"Anak-anak akak ke semua tu......sukanya saya tengok mereka.
Rapat sangat.....sopan pulak tu...Mesra sangat dengan akak....
setiap kali datang ziarah akak kami masing-masing dok meneka siapa mereka berempat...
macam kembar pulak .."
ingatkan kawan2 anak-anak akak.....

Ibu hanya mampu tersenyum bahagia.
Bertuah memiliki mereka walaupun agak sukar mengurus anak-anak
kecil yang hampir sebaya.
Alhamdulillah, ayah banyak membantu sewaktu mereka masih kecil....
 Along , Angah, Beby dan Naurah.

 Candid....

 Ibu dikelilingi anak-anak dara......


Syukur Alhamdulillah, walaupun semasa 3Farah kecik ibu dikutuk kerana beranak tanpa henti terutama
Along, Angah dan Beby dengan jarak setahun seorang kecuali Naurah yang agak jauh beza umur dengan Beby (4Tahun) 
namun sekarang ibu mampu tersenyum melihat mereka membesar depan mata ibu.
Malah merekalah peneman dan BFF ibu kerana masa ayah untuk bersama
kami agak terhad.
Sekarang Ayah dah tak perlu risau kerana anak-anak sudah mampu berdikari menguruskan
adik-adik sepanjang ketiadaan ayah.

Dan saat ini ibu dan ayah terpaksa menerima kenyataan yang mereka
satu persatu meninggalkan kami demi mengejar impian dan cita-cita.

Sesugguhnya ibu rasa amat-amat bertuah kerana memiliki mereka
walaupun pernah suatu ketika dulu ibu sering disindir kerana mengandung tanpa henti....he3x.

Terima kasih anak-anak ibu kerana menjadi anak yang hebat dan terbaik
untuk ibu dan ayah.....
Terima Kasih Allah diatas nikmat dan kurniaan permata yang indah buat kami.....
Alhamdulillah..

p/s:
Tak de cerita tentang Farouk ye sebab ini untuk 4FARAH.
Farouk pun anak ibu yang terhebat......


16 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...sejuk perut ibu yg mengandung...org kata nak tgk perangai emak,tgk perangai anaknya..

attyfir berkata...Reply To This Comment

betul tu ..masa kecik mmg susah jgk nak jaga .
aty pun sikakak ngn adik gap satu tahun je ..masa kecik mmg susah ..tp bila dah besar memasing ..mcm kawan je ngn kitakan .sampai org tak percaya itu anakdara kita.

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

sama la seperti anak2 saya jugak 4 perempuan...bila berjalan dah sama besar semuanya...kecuali hanim agak kurus sikit...agaknya dua tahun lagi sama tinggi dengan kakak2nya jugak...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah! shima pun suka tgok anak2 akak... shima pun menanti kehadiran puteri dalam keluarga shima :D

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kak...orang kata kalau acuannya elok, cantiklah kuihnya. Benarlah bidalan itu. Alhamdulillah.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Alhmdulillah ...saya yg baca pun tumpang gembira..
Seronok tengok 4F tu...

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

seronok masa dah besar ginilerkan.. masa kecik jenuh ler jugakkan... takper semuanyer pun dah berlalu.. moga mereka terus menjadi anak2 yang membahagiakan...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Kesian Farouq, tersisih dalam entry kali ni. Hehehe...

Anak tu anugerah. Tak tahu kenapa orang yang mengandung dan bersalin setiap tahun tu menjadi bahan bualan orang...?

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Comel-comel anak dara NzA ... akak yg dua orang perempuan ni sibuk orang tanya kembar ker... padahal jaraknya dua tahun dengan kakaknya :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..tumpang bahagia sama tgk keakraban anak2 kak nza ..akrab sesama sndiri n akrab ngan ibunye jugak..^_^

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulilah..seronok tgk keluarga yg bahagia

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulilah..seronok tgk keluarga yg bahagia

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah kak... tumpang rasa bahagia tu..
Kalau ada rezki nak jugak anak ramai gitu.. :-)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mana tak sukanya org tgok,anak2 dara comel2 belaka..seronok kak ramai anak..pulak tu lebih kurang sebaya..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..permata hati kurniaan Allah SWT, bertuah NzA, berkat bimbingan NzA dan suami NzA juga mereka menjadi anak-anak yang menyejukkan hati ibubapa.

eMMe berkata...Reply To This Comment

seronok tgk anak membesar depan mata.. susah payah ibu selama membesarkan mereka, moga dan harapnya terbalas dgn kejayaan anak2 InshaAllah kan Ibu...

About me