Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Januari 2012

Sibuk Teramat

Hari teramat sibuk.

6.40 pagi hingga 1.15 ptg = berada di sekolah untuk rutin sesi mengajar.
2.30 ptg hingga 5.30 ptg = berada di sekolah untuk bermesyuarat.
7.45 malam hingga 10.00 malam = berada di sekolah untuk kelas tambahan.
11.00 malam = tidur.
Bila masa nak bersama anak-anak dan suami....??????
Redha demi mencari rezeki yang halal.
Kerja itukan ibadah.
Peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan tidak merungut......

30 Januari 2012

Selamat Terbang ke Europe....

Ibu nak ucapkan  selamat berangkat ke 
France (Paris,Nice), 
Monaco,
 Italy( Rome, Venice, Pisa, Florence )
dan 
Spain (Madrid) 
kepada adik tersayang Muhd Khairul Anuar. 
Jaga diri baik-baik dibumi asing. 
Jangan lupa beli souvineer untuk kami ye....
Semoga di Aidil Fitri nanti Yu dapat menyambut Hari Raya
bersama kami di Malaysia.

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Yu....
Take care....



Petikan dr FB Yu :  i cant wait this tuesday to fly to Paris first...mcm tak percaya jer...4 buah negara europe....
France(Paris,Nice), Monaco (negara kedua terkecil di dunia), Italy (rome,venice,pisa,florence) & Spain(madrid)..

Cuti-cuti @ Tasik Kenyir

Percutian yang singkat kami di Tasik Kenyir, Terengganu.
Kali terakhir ibu ke sini semasa
Along berumur 3 tahun.
Angah 2 tahun dan Beby 1 tahun.
Segala-galanya berubah namun pemandangan Tasik Kenyir tetap
menambat hati...

Jom layan gambar jelah......
Keindahan Tasik Kenyir......

 Semasa kami tiba, hanya ada 3-4 buah kereta saja.....

 Pintu masuk ke pejabat penerangan Tasik Kenyir

Masing-masing kepenatan dan Beby sampai termuntah-muntah....

 Posing-posing.....

Menuju ke cafe.

 Rehat-rehat sekejap sambil menikmati keindahan alam semulajadi....

 2 orang budak kepenatan dan tak ada mood......

 Model ibu yang sentiasa sporting....

Pemandangan di cafe.

Hanya 3 orang saja yang masih ok.
Angah dan Beby dah kepenatan dan lepak-lepak je...

Farouk di pintu masuk....

dan Naurah....

Naurah lagi dan lagi....

Menikmati keindahan tasik di anjung....

29 Januari 2012

Selamat Datang Qaisara Balqis.

Perkenalkan orang baru dalam family ibu.
Qaisara Balqis,
anak buah ibu yang lahir 2 minggu awal dari tarikh jangkaan 6.2.2012.
Dilahirkan di sebuah klinik swasta di Pasir Mas, Kelantan.

Tahniah untuk mama Qaisara, NorHayati Munirah ,adik kesayangan ibu 
dan papa Qaisara, Marzuki.
Lengkaplah sebuah keluarga kecil mereka berdua
kerana dikurniakan 2 orang permata hati yang comel
seorang anak lelaki bernama Iman Amsyar dan
baby Qaisara Balqis.

 Baby Qaisara Balqis lahir 2 minggu awal dari jangkaan.

Wajah suci bersih umpama bidadari syurga...
Masa gambar ini ibu snap Qaisara baru berusia 10 minit......

 Qaisara di sisi Kak Nana dan abangnya Iman Amsyar.

Angah, Naurah dan Iman yang noty.....

Naurah dan Farouk.

Angah merangkap peneman Su Tie di klinik bersalin.

 Dan hadiah pertama dari Qaisara untuk ibu..."Yak.."...hu.hu.hu.....

Dan yang paling kelakar bila anak-anak ibu siap
bagi amaran, "Kami tak nak adik lagi tau ...."
Sedangkan habis pipi Qaisara jadi mangsa gomolan mereka berlima....

p/s:
Tidak sihat!!!!!!
Masih tak sempat nak BW...hu.hu.hu.....

28 Januari 2012

Ibu Dah Kembali Bersama Baby Baru.

Masih dalam mood penat.
Baru sampai rumah setelah 1 minggu bercuti.
Banyak cerita yang ibu nak share.
Jumpa lagi...bye!!!!

p/s:
Belum sempat nak balas komen2 dan BW..

22 Januari 2012

Tuan Rumah Bercuti

Hari ini  tuan rumah mula bercuti.
Mungkin mengambil masa 1 minggu.
Masa berkualiti bersama insan-insan tersayang.
Mahu lupakan seketika alam maya.
Cuba hidup di dunia realiti.
Mampukan ibu???????
Doakan perjalanan kami selamat....amin..amin..amin...

21 Januari 2012

Seharian di Tangkak.

Sebelum cuti-cuti bermula kami ke Tangkak.
Dah teringin sangat nak makan pizza terbaru Golden Fortune Pizza.

Bandar Tangkak yang selalu menggoda ibu untuk shopping kain.
Nasib baik hari ni ibu tak de mood nak shopping kain pasang....

Muka budak kelaparan.
Yang paling ibu tak suka tang pizza hut ni terpaksa menunggu.
Lama pulak tu.
Lapar tau.........

 Muka orang kelaparan........

 Farouk, peminat fanatik pizza..
Kalau makan pizza, awek comel lalu pun dia tak layan...hi.hi.hi....

 Kami order 2 jenis pizza.
Ni cheesy Lava yg paling besar.
Pelahap betul.
Ha ambik, 1 dulang besar.

 dan sedulang pizza terbaru Golden Fortune ....
Orang sebelah jeling semacam je tengok kami order 2 dulang besar pizza...
Ada kami kisah..tak habis kami tapau.......
Golden Fortune Pizza sedap bagi kami berbanding Cheesy Lava yang tak kena dengan tekak kami...
Udangnya sangat rangup dan rasanya nyummy......
Menyesal pulak order cheesy lava tu......hu.hu.hu...

 Terpaksa order air lemon tea dan asam boi ni......
Alahai adik pizza, lain orang order lain dia bagi...
Nenek kebayan order 2 set pizza, dia hantar pizza je.....
Nasib baik nenek kebayan baik tau.
Yelah, Along kata budak tu kawan sebaya dia.
Baru habis SPM.
Nasib baik muka ensom cu.......

 Budak yang makan paling lambat.
Asyik control ayu sokmo.......

Lepas makan, kami ronda-ronda dulu.
Tapi tak delah shopping apa-apa.

 Posing kejap..
Perut kenyang, hati senang......

 Ibu cuma jeling-jeling je masa lalu kat kedai kain tu.....
Fuh!!!Nasib baik tak tergoda...
Lagipun kain yang beli kt Jakel Shah Alam masih ada yang
belum berjahit......

 Farouk dah tak nak layan posing..Katanya dah kenyang...
Nak balik sebab ada appoiment dengan kawan dia.....

 Along dan Angah.
Pakai baju pn macam pakat-pakat je......

 Naurah pulak menyelit..
Tema hitam + pink.....

 dan akhirnya posing dekat pokok besar........

Interview Tokoh NILAM DAERAH

Petang semalam  hantar Naurah ke PKG untuk sesi interview
Tokoh NILAM peringkat Zon.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Ibu menunggu di luar dan Naurah serta calon Tokoh NILAM
dipanggil bergilir-gilir  untuk di temuduga.

Sebelum balik Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP)
sempat berbisik pada ibu :
"Cikgu, tunggu result pada 30hb...nanti saya call"
"Murid Cikgu berbakat tapi semua tu bergantung pada sesi temuduga
dan persaingan dengan calon-calon SK lain.
Apa pun Tahniah.....".

Sesi taklimat oleh PTP sebelum temuduga bermula....
Naurah dan calon Tokoh NILAM tekun mendengar.....

 Sebelum balik singgah pasar malam berhampiran PKG..
Ada ke patut pukul 4.20 pergi pasar malam.
Penjual baru dok pasang khemah....
So tak ada apa makanan pun yang ada.
Balik dalam kelaparan.

Frust punya pasal ibu singgah di gerai berhampiran rumah.
Beli cendawan goreng + pisang goreng + keledek goreng.......
Fuh!!!!!penat la.....

p/s:
Hari ni dah mula cuti tapi ibu perlu ke sekolah
untuk kelas tambahan Maths Tahun 6..........
Bila nak balik kampung nie.....??????

20 Januari 2012

Ku Sangka Hujan Hingga ke Petang...Rupa-rupanya....?????

Hujan tak jadi.
Kalau tengok awan yang gelap dan mendung tu macam hujan lebat nak turun.
Dah 2X gelap macam tu hari ni tetapi hujan entah ke mana.
Cuaca makin panas, sepanas hati ini.....
Oh hujan........bila la nak turun nie???????
Rindu nak menyaksikan titisan mutiara dari langit........
PANAS.......PANAS.....PANAS......

p/s :
Penat sangat-sangat..
Petang berkejar ke PKG sesi interview Tokoh NILAM.
(n3 comming soon)
Esok walaupun cuti CNY bermula tapi tetap ke sekolah
sebab ada kelas tambahan..
Bila nak bercuti nie???????

Jumaat #Tanpa Bicara#

Baju baru "Rekod Mengajar".
 Moga mampu bertahan lebih lama!!!!!

Mood: BZ n LZ!!!!!

About me