Hari ini adalah Hari Lahir Muhammad Farouk yang ke 9.
Satu-satunya anak lelaki ibu dan ayah.
Penantian ibu selama bertahun-tahun untuk memiliki seorang waris lelaki.
Alhamdulillah, ibu sangat bersyukur kerana Allah
makbulkan setiap doa2 ibu.
Walaupun Farouk satu-satunya anak lelaki tetapi kasih sayang
ibu pada anak-anak lain adalah sama rata...
Tiada sedikit pun perbezaannya.
Banyak ujian yang Allah berikan pada kami
sewaktu membesarkan Farouk:
1. Sewaktu kecil Farouk alami penyakit paru-paru berair yang agak kronik.
Hospital adalah rumah ke 2 Farouk.
2. Alami muntah darah akibat tertelan serpihan kulit telur.
3. Alami kemalangan bersama ayah dan alami pendarahan yang teruk sehingga kehilangan
sebatang gigi hadapan.
4. Alami pendarahan sewaktu jatuh akibat dilanggar oleh seorang budak di Petro Sains hingga
dikejarkan ke unit kecemasan.
Walaupun Farouk agak manja tetapi sudah nampak ciri-ciri
sikap tanggung jawab terhadap ibu dan ayah......
Sambutan Hari Lahir Farouk yang ke 6 bersama Kak Nana @Beby
Birthday di Pra Sekolah bersama rakan-rakan.
Sambutan Birthday Farouk yang ke 7 bersama Kak Nana @Beby.
Birthday Farouk yang ke 8 tahun lepas.
Doa untuk Farouk:
Ya Allah,
kurniakan lah kesihatan yang baik untuk Muhammad Farouk.
Jadikan lah Muhammad Farouk anak yang soleh dan berakhlak mulia.
Lindungilah Muhammad Farouk dari sebarang kesukaran, kecelakaan dan malapetaka.
Ya Allah,
Terangkan lah hatinya,
Jadikan lah dia seorang anak yang bijak dan pintar,
Kurniakan hati yang terang pada Muhammad Farouk dalam
mendalami ilmu dunia dan akhirat....
Semoga Muhammad Farouk menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan cemerlang di akhirat.
Aminn.....
Al-Fatihah.........
p/s:
Awal-awal pagi ayah dah keluar rumah untuk hadiri
mesyuarat Cuepecs...
Ayah sekadar menghulurkan duit untuk ibu dan anak2 celebrate birthday Farouk...
Jom anak-anak kita pergi berfoya2.......
18 ulasan:
amin...amin...amin
selamat hari ulangtahun.semuga jadi yang terbaik
antara yang baik...insyaallah.
amin....
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 9 Farouk.... semoga semua doa ibu termakbul dan aunty mama qs mendoakan farouk menjadi insan yang rabbani.... untuk duniawi dan ukhrawi...
amin...InsyaALlah
Selamat hari ulang tahun kelahiran buat Farouk. Semoga membesar sebagai anak yang cerdik lagi soleh. Amin.
to mamaijat
InsyaAllah...amin..amin..amin...
to mamaQS
Amin..amin..amin....TQSM diatas doa2 mamaQS....
to kakcik
Terima kasih kak cik...amin.
Semoga Farouk membesar dgn sihat dan semoga peroleh kejayaan didunia dan akhirat..
Amin ya Rabbal 'Alamin..
Happy birthday Farouk!
:)
Ya Allah makbulkanlah doa sahabatku ini untuk anak kesayangannya Muhammad Farouk,Amin,Amin,Amin...
Happy birtday Farouk, moga dilindungi Allah selalu dan menjadi anak soleh.
slmt ulngthn
hero sorang ni
jd anak yg baik tau ;)
happy birthday farouk! dah besar dah....jadi anak yang soleh ya..semoga farouk sentiasa dirahmati Allah...:-)
byk betul dugaan kt farouk kan...
js ucapkan hepi besday farouk...makcik pun takde baby boy...hihi..
moga menjadi ank yg sihat dan berbakti kpd ibu bapa nti...insyaallah
hepi befday farouk..moga jd anak yg soleh kebanggaan ibu dan ayah ye..:)
Selamat Ulangtahun Kelahiran Farouk! Nampak sungguh mencabar zaman kanak-kanaknya. Apapun semoga terus menjadi anak yang cemerlang!
happy birthday farouk. umo farouk sama ngan siratu rupanya. moga jadi anak yang soleh dan membanggakan keluarga
Acik Salmi terlambat lagi.. Apa2 pun, Selamat Hari Lahir buat Farouk.
Moga Farouk menjadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat.
TERIMA KASIH SEMUA DIATAS UCAPAN DAN DOA2 KALIAN...SEMOGA ALLAH MAKBULKAN DOA2 IKHLAS DR KITA...AMINN.....
happy belated besday ye farouk. hero kesayangan dlm famili nih~
Catat Ulasan