Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Oktober 2012

Khidmat Bantu Rakan Sealiran.

Minggu lepas ibu agak sibuk.
Banyak mesyurat dan aktiviti yang perlu ibu hadiri di luar sekolah.

Hari Isnin ibu terpaksa hadir ke mesyuarat GPM di PKG.
Hari Rabu dan Khamis pula ibu perlu hadir ke SKS 6 untuk 
Program Khidmat Bantu PSS.
 Seawal 8.30 pagi ibu tiba ke SKS 6.
Ibu hadir bersama Pegawai Teknologi Pendidikan, JuruTeknik ICT dan 
beberapa orang Guru Perpustakaan Media (GPM).
Kami berkampung di sana selama 2 hari untuk memberi khidmat bantu apa yang patut.
Kami memberi bantuan dari segi idea dan tenaga kepada rakan sejawat
yang memerlukan khidmat kami yang tak seberapa.
Bak kata orang, berkongsi serba sedikit yang kita ada untuk membantu rakan.

Beginilah keadaan PSS di sekolah ini.
Kami perlu bantu dari segi keceriaan, idea, dan sumbangan tenaga ......

 Aksesori yang bakal diberi sentuhan....

Susun atur dan pentas di bina secara gotong royong.....

Semoga hasil sentuhan kami memberi semangat untuk GPM SKS6
untuk terus  memberikan hasil terbaik pada masa akan datang.....
InsyaAllah.

20 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kadang2, bila kerja beramai2 nie terasa semangat meningkat...

Salmi berkata...Reply To This Comment

SKS 6 ni sekolah baru ke, Yah? atau PSSnya berpindah ke bangunan baru? Nampak macam bilik baru je..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamduillah..bagusnya cikgu2, saling bantu membantu, semoga makin cantik dan meriah SK6 hasil bantuan NzA dan rakan2..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Meriah. Gotong royong memang tak terasa penat.

..::..aRe-Na..::.. berkata...Reply To This Comment

terbaekkkklah cikgu:-)

makchaq berkata...Reply To This Comment

Wow.. gambaq sebelum dan selepas.. Auditor 5S mesti terpegun dan teruja..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

TU LA KAN KAK...sape kate keje cikgu ni rileks...byk keje hah...bukan setakat mendidik anak bangse...urusan2 pentadbiran pun kene amik tau kan...all the best kak...

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
betul tu azie cz byk idwa yg diberikan.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak salmi
depa dh dpt bangunan baru lebih 3 thn ttp PSS masih xsmpat diurus...sbb tu kami dipanggil utk membantu.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
Alhamdulillah msg2 xberkira membantu rakan sealiran......

NzA berkata...Reply To This Comment

to azieazah
betul tu malah rasa seronok dpt brsua rakan2 smbil bekerja.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to arena
TQSM......

NzA berkata...Reply To This Comment

to makchaq
2pn blm siap sepenuhnya........hehehe....TQSM.

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
kerja cikgu skrg dh jauh brbeza dr dulu lieya...trlalu byk kerja yg perlu dipikul......

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

sy paling suke bab2 mcm ni..suke bab2 hias camni...sukenye kak warna ijau striking tu..cantik!

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
mesti dilla seorg yg meminati seni nie........mmg cantik hasil tngan seorg guru lelaki....

Kazman / Sue berkata...Reply To This Comment

mesti ibubapa semangat nak bagi buah fikiran bila tengok biilik yg ceria macam ni kan...

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

Ada program mcm ni ye rupenye. Memang bgs kalau pss ceria. Menambhkan minat bdk2 nak masuk kan..:-)

NzA berkata...Reply To This Comment

to kazman/sue
2lh yg pnting murid2 selesa bila brada di pss.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
betul tu...yg pnting murid2 suka brtandang ke PSS.....

About me