Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Oktober 2012

Pengganti Ayah

Salam rindu semua.
Maaf ye ibu masih dalam keadaan sibuk dan perlu banyak
menghabiskan masa di luar sekolah....huhuhu......
Banyak n3 yang terperam dalam draf....

Ni n3 yang ibu buat masa weekend hari tu.......
Sedih bunyi tajuk tu kan....huhuhu...
Satu-satunya pewaris yang kami ada.
Walaupun masih kecil, Farouklah penguat semangat kami bila ayah tak ada.
Walaupun pada hakikatnya Farouk ni lebih penakut dari 4F...walah.....

 Tugas rutin Farouk setiap hujung minggu.
Cuci kereta ibu dan dalam erti kata lain mandikan kereta ibu..
Yang peliknya cuci beria2 tapi takdelah bersih sangat pun.macam "orang mandi kerbau".......
hehehe...
Bila tengok Farouk cuci kereta dengan berbaju kemeja macam mamat bangla la pulak.....
Melaram tak kena tempat.

 Petangnya Farouk gigih buat karipap.
Farouk ni pembantu je.
Angah yang buatkan inti dan kakak Naurah uli doh.....

Bila tengok Farouk yang "rajin" tolong a.k.a kacau ibu kat dapur teringat kenangan lalu.
Kenangan dulu masa ayah tak sibuk.
Ayahlah "guru" yang mengajar ibu memasak.
Alamak "terpecah" rahsia ibu.
Ayah memang teror masak.
Hasil airtangan ayah memang sedap......


 Hasil airtangan Farouk dan Kakak Naurah.
Dah macam-macam rupa ada..
Rupa karipap yang teruk-teruk tu ibu paksa farouk habiskan....hehehe..
Kejamkan ibu.

Masa pergi jemput ayah baru balik dari outstation sempat pekena takoyaki ketam....
Sedapppppppppppppppp sangat-sangat-sangat-sangat............

p/s:
Pagi ni kena ke Kompleks Bimbingan dan Usahawaan Tani, Pagoh pulak.
Tempat berbengkel bagi Fasi Tokoh NILAM ditukarkan secara  tiba-tiba...
Kat mana nie????????Tanya Ayah, pun tak tau kan mana.
Pepagi ayah kena jadi penjejak untuk cari tempat tu dan ibu akan menyusul kemudian...huhuhu........

17 ulasan:

cheryna zamrinor berkata...Reply To This Comment

takoyaki ketam?!
kat mana??? sedap betul nampaknya tu!
dan sangat jealous dgn org yg boleh membuat karipap kerana saya fail.

Kalau ujian masterchef, gerenti tersingkir:)

jeBateja berkata...Reply To This Comment

kira leh di harap jugak lah anak teruna cikgu tu.....walaupun tak brsih......tapi kira bersih laaaa.....ahakz

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

pandainya farouk tolong buat karipap tu kak. kalau muhaimin...entahlah jadi apa rupanya...

nak jgkk takoyaki!

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheryna
sedap...ni beli kt giant muar....nyumnyumnyum.....
budak2 tu pun guna acuan karipap, kalau tak confirm xjadi punya....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
setakat mandikan kereta oklh dr langsung xmandi.....hehehe....susah la kete warna hitam nie.

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
dia tu kalau bab2 menolong sambil mengacau boleh la izan....farouk ada kakak kot izan jadi dia belajar dr kakak2nya tu ttp muhaimin sesorg2 kan.....

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA cayang, rindulah pulak 2 hari tak menjenguk. Ummi datang pagi-pagi nak minta maaf, sebab tadi ummi terdelete komen NzA kat n3 Produk Dr Nabisar tu, iphone tak boleh tersalah touch sikit, ya ampun ye NzA, huhuhu.
InsyaAllah, klu ummi dh try produk tu ummi bagitau NzA macamana kesannya ye.
Alhamdulillah, rajin Farouk, walaupun masih kecil tapi dah nampak bakat untuk menggalas tanggung jawab..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

serba boleh pewaris sorang ni..hehe..yela kak, pakai baju kemeja cuci kereta..macaaaaaaam...hehe~ encem jer.. ^_^

pB berkata...Reply To This Comment

assalamualaikum


pB datang melawat

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah.....sejuk perut akak ade anak2 yg soleh n solehan mcm nie....rajin betul membantu kat umah.......

kak, lieyapun suke takoyaki..selalu pekena kat sushi king...

wahida berkata...Reply To This Comment

kahkah...lawak la akak, kata farouk mcm mamat bangla...gelak besar saya kat opis ni kak...ekekek...

pas tu kesian farouk kena paksa habiskan karipap yg teruk tu...

akak akak

rindu akak lah...

cheqna berkata...Reply To This Comment

adik bongsu cheqna satu2nya anak lelaki..ma cheqna selalu kata...jadilah...sekurang2nya ada jugak yang akan pegang ma untuk masukkan ke liang lahad nanti..sedih tau...adik cheqna yang bongsu dengar ma kata camtu terdiam...tak terkata

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

sedapnya karipap tu..untung ada anak2 yg menolong..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...kanda tumpang bahagia tenguk kebahagiaan dinda suami isteri juga anak2...

..::..aRe-Na..::.. berkata...Reply To This Comment

ala..la rajinnya anak teruna ni ehehhee.sdp2nyer makanan tuhh!!

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Farouk ni mesti manja agaknya. Sebab seorang lelaki & bongsu plak tu.

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

Sampai ati ibu kate farouk mamat bangla ek..hehehehe

About me