Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Oktober 2012

Kursus Yang Paling Seronok

Selesai sudah sesi berkursus ibu selama 4 hari.
Kursus KSSR yang perlu dihadiri oleh semua guru sekolah rendah secara berperingkat-peringkat.
Tahun ini adalah tahun ke 3 ibu hadiri kursus KSSR.
Dan tahun ini ibu berubah angin ke Kursus Dunia Muzik.
Sebenarnya ibu dah lama tak ajar subjek Muzik.
Sekadar nak tambah ilmu, ibu sanggup menukar subek kursus.

Setiap pagi ibu meredah kabus tebal untuk sampai ke tempat kursus.
Jaraknya dalam 30km dari rumah ibu.
Pergi balik untuk sehari lebik kurang 60km......

 Setiap petang ibu ditemani dengan hujan lebat.
Lebat selebatnya sehingga pandangan ibu kaburrrrr....
Sabar jelah.

Yang paling dasyat setiap petang ibu akan singgah kat rumah "tok Janggut" 
untuk mendapatkan  zinger 2D...Ala2 orang ketagih.
Bayangkan sambil memandu sambil mengunyah, sambil layan lagu kat radio era...
Bila tengok penimbang ibu mula rasa ngeri......

Hari pertama dan ke 2 ibu berkursus di PPD.
Hari ke 3 dan ke 4 sekadar di dewan sebuah sekolah.
Itulah keadaan "kami" di sini.
Redha walaupun dalam keadaan yang tidak selesa.

Sebelum pergi kursus, di dalam surat sudah dinyatakan ibu perlu
membawa lappy dan pelbagai jenis  alat muzik terutama rekoder.
Bayangkan,  kali terakhir ibu belajar rekoder sewaktu di kolej.
Ibu dapat bayangkan nanti,
bunyi yang sumbang sudah semestinya dari tiupan rekoder ibu...hehehe..
Maklumlah setiap hari ibu bergelumbang dengan nombor-nombor dan kali ini
ibu terpaksa belajar membaca note muzik.......

Ni semasa aktiviti mencipta irama.
Kagum ibu lihat cikgu-cikgu opsyen muzik nie.
Sekejap je mereka mampu mencipta irama yang berlainan beserta isyarat tangan DO,RE, ME.....
Ibu belasah ajelah......hahaha....

Yang seronoknya pelbagai aktiviti menarik yang ibu belajar di sini.
Cikgu-cikgu yang datang kebanyakan opsyen muzik sedangkan ibu seorang yang buta muzik.

Mereka juga mencipta pelbagai pergerakan yang menghasikan tarian yang menarik.
Banyak ilmu baru yang ibu dapat.
Ibu juga belajar mengawal suara,
belajar lontaran suara (tiba2 macam penyanyi pulak...)
Belajar menari....
Belajar membaca nota muzik yang berbentuk "togeh".
Belajar bermain rekoder walaupun terkadang kedengaran tiupan ibu sumbang.
Ibu main belasah aje mana yang ibu tak begitu pasti....ngee
Sedangkan rakan-rakan lain mampu memainkan lagu-lagu pop tanpa melihat" togeh" itu.....

Kami juga mencipta skrip, berlakon, mencipta tarian dan bermacam-macam aktiviti menarik.
Rasa macam kat AF la pulak.......cit!!!!
Semua aktiviti tu dibuat dalam kumpulan.
Yang paling ibu respect, cikgu-cikgu ni sporting dalam lakukan setiap aktiviti.
Ada yang sudah veteran pun tetapi mereka amat sporting dan jadi bahan ketawa.
Tak kering gusi kami semua gelak guling-guling sampai sakit perut..
Yang paling best "TAK ADA MAKRO TEACHING"......
Enjoy sangat-sangat sedangkan sebelum hadiri kursus ibu
risau kerana ibu langsung tiada asas dalam dunia muzik....

Sedar tak sedar sudah 4 hari berlalu.
Rasa sedih pula nak berpisah dengan ahli kumpulan yang amat baik dan
banyak membantu ibu dalam Dunia Muzik.......

p/s:
Dalam gembira ada sedih.
Weekend ni kami tidak dapat ikut ayah "berseminar + cuti2 Msia" sebab kursus ibu
tamat pada hari Sabtu.
Farouk dan Naurah yang paling kecewa ......
Ibu ok je....hehehe.....

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

mesti bestkan dpt berjumpa kwn2 baru...time ni la nk lepas stress yg ada kt tmpt kerja...^^

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
2lh, jumpa kwn baru n kwn lama ttp yg pnting enjoy....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Bestlah kursus muzik, seronok tengok gambar2 tu, nampak hepi ja. Dah lama sangat saya tak tengok 'togeh2' tu, mesti merangkak2 kalau kena baca balik, kehkeh..

Unknown berkata...Reply To This Comment

yang membaca pun tumpang gembira hehehehe

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .wow,biduanita NzA lah sekarang. . .
dah jadi RETIS lah dinda nampaknya. . .
ha ha ha . . .

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
mmg hepi + enjoy..rasa hilang segala stress...depa mmg cikgu2 yg penuh riang ria..sbb tu muka cikgu muzik sntiasa ceria.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
TQSM...hilang stress jap....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
Hahaha.....artis yg sumbang mambang.....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

wahhhh...seronoknya...!!! saya memang buta bab togeh tu...hehehe

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

menarik gak kursus yang akak attend ni. maklum la saya pun buta muzik..buta alat muzik...hehe...kalau suruh nyanyi laju la....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
2lh sskali beralih angin best jugak...hilang stress seketika.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
mmg menarik..boleh belajar benda baru dan enjoy sgt2....

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

hehe..jd cikgu, kena jd macam budak2 balik kan..hehe~ yelah nak mengajar kan.. ^_^

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

ohh.gi kursus muzik ke rupenye kak nza..kalau sy pon mesti gelabah sbb spesis buta muzik jugak..hihihi

Nur berkata...Reply To This Comment

Kalau camni, tak rasa macam kursus la ya, enjoy je, sebab belajar muzik, nyanyi, lakon, etc. :)
Bestnya kak Nza, makan zinger, nyum.. nyum..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Best juga kursus macam ni kak..enjoy..^^
tergoda plak tgk burger 2D tu kak..yummeh.. :)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

rasa mcm best je berkurusus2 ni kak... hehe

adoii terliur dr hari tu lg tgk kat FB akk zinger 2d tu... sampei arini hanie xdapat2 lagi tau....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya kalau kursus mcm tu.. hilang stress kt tmpt kerja..

About me