Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 November 2011

Kisah Hari ini...

Kesibukan ibu masih berada ditahap maksimum.
Rasa macam jalan dah tak jejak bumi..
Hari ini saja program dah 4 in 1.
Berjalan dan memanjat turun tangga dah tak terkira.

Mohon maaf kepada rakan2 blogger.
Ibu memang tak sempat untuk menjengah kalian.
Cuma sempat singgah di beberapa buah rumah.....
InsyaAllah, jika kesibukan dah reda ibu akan BW macam sedia kala....

Seawal pagi murid2 dikejutkan dengan deringan loceng.
Pra latihan kebakaran di adakan...
Berkejar-kejar kami ke padang.
cepat lari!!!!!!!
Terpaksa la ibu tinggalkan seketika kerja-kerja di dewan.....

Bekejar semula ke dewan untuk menyusun hadiah.
Hadiah-hadiah tu ibu dah bungkus semalam dengan bantuan rakan2.
Pukul 6.30 petang baru tiba ke rumah.....

Sambil itu ibu terpaksa siapkan juga surat-surat perlantikan
pengawas perpustakaan untuk sesi 2012 hari ini.
Juga kena key-in on-line i-NILAM yang berakhir esok.
Mulalah line tenet buat hal..
Aduyai...tensi...tensi....

Hari ini juga pengagihan wang bantuan RM100 untuk ibu bapa pelajar.
Dalam surat ada menyatakan pukul 11.30 pagi baru sesi penyerahan tetapi pukul 9 pagi
sudah ada ibu bapa yang datang menunggu.
Tercunggap Guru Penolong Kanan berkejar balik ke sekolah dari bank.
Buka sikit wang yang di bawa....Berpuluh-puluh ribu.
Nasib baik diiringi pegawai polis.
Yang dasyatnya, ibu boleh terlupa nak ambilkan wang tu untuk 
Naurah dan Farouk.
Itupun Farouk yang ingatkan ibu yang sedang sibuk di dewan...
KIV dululah....Esok nanti boleh ambil......he.he.he....

Cikgu2 bagi ingatan kepada ibu bapa
yang wang itu sebaiknya disimpan untuk bayaran
yuran B.
Ramai yang terkeliru dengan pengumuman PM.
Yuran yang dimansuhkan cuma yuran A.
Yang dikecualikan cuma RM25-RM32 sahaja....
Yuran B berjalan macam biasa.....

Lepas rehat berkejar lagi ke dewan kerana ada raptai persembahan untuk Majlis Q esok.
Hari ini juga dah diadakan Hari Q sesi pertama.....

Balik rumah dah tak larat.......
Letih sangat-sangat..........

18 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....skul mamaijat pun ari ni serahkan RM100 tu...kononnya bagi ikut tahun & hari yang ditentukan... tapi tetiba, boleh GB suh bagi aje pada yang datang x kiralah tahun berapa..adohai...kelam kabut ke bank sekali lagi...dan kami ni si tukang bagi lah yang serabut.....terutaama bila parents tu x sabar2....he he he!

Cikli berkata...Reply To This Comment

evacuation drill memang perlu

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bawak2 rehat dulu kak,nti baru bw.hehe..

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA, aduhai ummi dengar pun tumpang mengah ni NzA,malam ni tidur awal ye, rehat cukup2...

ibuintan berkata...Reply To This Comment

samalah kita Nza... padat xtvt


selamat berehat ye!

Nur berkata...Reply To This Comment

Tak tau pun pasal yuran A ke, yuran B ke. Tapi yang tahu, walau pun cakap mansuh, memang kena bayar pun, kan kak. :)

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Yuran B plak tu apa....dlm berapa henggit cikgu..??

Unknown berkata...Reply To This Comment

Rindu dengan kak ibu

Unknown berkata...Reply To This Comment

majlis anugerah ya kak... sibuk lah dah dihujung tahun..

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
mmg kelam kabut la kalau program brubah disaat akhir camtu....byk pula duit tu.......

hi.hi.hi....cpt je...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
betul tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
thanks PK.....mmg lepak habis....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
InsyaAllah ummi..thanks krn ambil berat......

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
xtrkejarkan kak...semput!!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
mmg kena byr yati....trutama yuran brkaitan dgn sk...cuma yuran khas je dimansuhkan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
yuran khas je dimansuhkan...yuran B tu yg byk tu...pelbagai n jejak ratusan ringgit...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
rindu mamaQS jugak....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakyong
thn ni agak kelam kabut...byk program dibuat hujung thn.....

About me