Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 November 2011

Raya Haji Yang Sedih!!!!

Selamat Hri Raya Aidil-Adha ibu ucapkan kepada semua.


Bila tengok tajuk n3 mesti kawan-kawan tertanya kenapa ibu sedihkan.
Macam mana tak sedih kerana dah beberapa tahun
ibu terpaksa menyambut Hari Raya Aidil-Adha di sini.
Dan yang paling ibu sedih kerana tiada sambutan
diadakan di sini berbanding ditempat kelahiran ibu
Kelantan.

Kalau di sana hari Raya Haji sama meriah dengan Hari Raya Puasa.
Buat kuih, tempah baju raya, prepare rumah untuk raya.
Ada open house sampai raya ke 3......
Boleh dikatakan setiap rumah adakah majlis korban.

Rasanya ibu tak ada masak yang special
untuk hari raya.
Tengoklah kalau rajin, ibu cuma nak masak nasik minyak je dan
tunggu lodeh dan ketupat dari MIL......

SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA.....


P/S:
Mood sedih masa taip n3...hu.hu.hu..


30 ulasan:

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya kembali.

memanglah, di sebelah pantai timur terutamanya kelantan raya haji lebih disambut meriah.
memangpun sepatutnya begitu.
sebab tu takbir boleh sehingga 3 hari.

kat tempat lain, raya puasa yg lebih.
agaknya sebab puasa sebulan.
perut asyik lapar, berangan makan macam2.
patutnya sebulan terdidik mengawal puasa, raya cukuplah tanda kesyukuran dapat berpuasa sebulan.
sebaliknya kita sibuk beraya, bergolok gadai sampai tak cukup syawal masih nak buat open house.

eh, apa yg saya bebel ni. hehehe...

saya tak suka ambil mudah ibadah qurban.

jgn sedih2.
kampung asal saya tak jauh daripada sempadan kelantan, raya ni baliklah 1 hari sebab mak ajak buat qurban di sana.
cuti pendek sangat.
patutnya cuti deepavali dulu yg pendek...tapi dia org sambung2 cuti sampai dekat seminggu.
raya haji ni sehari je. camna nak drive pergi balik, raya nak sembelih qurban, melapah, potong daging dan sebagainya. selepas tu terus nak drive balik semula? tak balik kang, sibuk nak kerja semula, anak2 nak skolah dsbnya. bukannya dekat.

eh, terbebel lagi. hehehe

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

kata ibu_suri semalam, Raya kita di sini. IM ikut aje walaupun hati ini terasa sedih.

walaupun, dimana-mana berhariraya, ianya sama namun bila teringatkan eamk IM, sebenarnya ia tidak sama!

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

salam aidiladha kak..

samalah dengan lily ni..takde persiapan apa2..hubby pun kena kerja juga..sedih..

NzA berkata...Reply To This Comment

To AHP
Saya pun sebenarnya trkilan kerana Raya haji dipandang sepi sedangkan raya haji patut disambut secara besar-besaran oleh umat Islam...ttp nk buat mcm mana...redha jelah..

Saya ucapkan selamat menyambut Hari raya Qurban dan selamat kembali ke kg halaman..berhati-hati di jalan raya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
mmg tak sama IM beraya dgn ibu bapa dan family..ttp apa nak buat terpaksa jugalah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
sedihkan tapi apa nak buat...redha jelah....

nieda berkata...Reply To This Comment

jgn sedih2

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

akak...jgn sedih2 tau! izan pun balik raya umah mak izan kat selangor yg suasana rayanya biasa2 aje. cuti ni hubby amik lama sikit sbb last raya puasa dpt balik sekejap aje.

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

k.nza..
saya pun sedih.. huhu~
start malam ni kena tinggal 2 minggu :(

NzA berkata...Reply To This Comment

to nieda
ok....hu.hu.hu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
xpelh izan sekurg2nya dpt brkumpul dgn family....

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
hu.hu.hu....kesiannya dan akak alami nasib yg sama rabu ni..kena tinggal 1 minggu.....

puanbee berkata...Reply To This Comment

salam ibu , sama lah kita ni , sy tk balik kampung so mcm tak de hari raya je , tp tahun ni dah niat nak bawak anak2 pergi tengok org sembelih lembu tahun2 lepas tk pergi sebab anak kecik2 sgt lagi ..

selamat hari raya ibu ~ huhu gaks

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak,

xde korban ke yg dibuat kat surau depan rumah kak tu..??

saya pun selalunya tak masak apa2 pun di hari raya (even raya puasa) sbb selalu nya dok pusing rumah sedara mara & berkg di rumah mertua.. ;)

kalo masak pun mungkin lepas hari raya ke 3..

Selamat hari raya Aidil Adha kak.. semoga ade kesempatan utk balik kg di tahun mendatang..

NIA berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya kak :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sob..sob..tumpang sedih juga..

sy lagi sedih,hari raya pun kena berkorban utk negara.hehe..

slmt hari raya utk akk sekeluarga..:)

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA, ummi singgah nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat NzA sekeluarga, semoga diberkati Allah, jangan sedih2 ye..

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

jgn sedih2 kak...ana pun kali ni raya haji di nilai,umah mentua. kita yg kena buat happy agar kemeriahan tu dtg...selamat hari raya buat akak sekeluarga

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

salam idul adha =)
moga dirahmati-NYA

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Janganlah sedih kak Nza. Ada suami & anak2, juga keluarga MIL, tetap beraya jugak kan :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
nk buat mcm manakan...kt taman ni majlis korban kt surau dpn rumah jerrr.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakyong
ada k.yong n byk juga lembu yg dikorbankan ttp suasana di sini xsama mcm di kg...lepas majlis korban dh xde apa2 lagi smbutan....

Kiranya best juga la cz ada ziarah menziarahi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
Selamat Hari raya dik...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
slamat hari raya ummi.....
Sayu xdpt peluk n cium tngan abah dan mama serta family....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
Sama2 sedih...ttp apa nk buatkan..selamat bertugas....

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
sekurg2nya ana blk kg juga..Apa pun selamat hari raya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to azhan
Selamat Hari raya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, mrk ttp disisi ttp kt sini xde sambutan raya kecuali solat raya n korban je...hu.hu.hu...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

aah...belah pantai timur je meriah sambutan aidiladha ... kami lagi le mcm biase...tgh brpantang lak tu..beraya umah mak je...mak lak xberapa sihat... tp dia masak2 gak sikit..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
kat sana mmg meriah hanie..mak hanie sakit apa????

About me