Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 November 2011

Kisah Semalam.

Semalam keluar untuk pergi kenduri kahwin agak lewat 
gara-gara buat appoiment dengan Z dan M.
Rumah pertama yang kami tuju rumah Cikgu R, 
Kakak senior ibu yang baru pencen 1 bulan yang lalu.
Bila jumpa apa lagi, adengan peluk memeluk terjadi.
Maklumlah, dia umpama emak kepada kami.....
Lama juga di sana.

Rumah kedua ibu sampai dah 3.20 petang.
Dah tak jamah nasi.
Sekadar makan ayam panggang yang yummy.....
Bila jumpa rakan memakan masa juga.
Tengok jam dah hampir pukul 4 petang.
Jawabnya 3 buah rumah lagi dah tak sempat.
Kalau kat sini majlis tutup tepat pada masa...
Pukul 4 petang dah kemas.......

Dan akhirnya kami lepak-lepak kat taman berhampiran.
Sia-sia aje bawa budak berdua nie.
Tak nak makan apa-apa.
Cuma minum air.
Mereka berdua ni sebenarnya nak berebut buah tangan tu aje.

Naurah posing lagi sebelum balik rumah......

p/s:
ramai yang pilih tarikh 11.11.11 untuk majlis perkahwinan.
Yang sebenarnya tarikh semalam lebih cantik dan tepat
20.11.2011.
Tarikh 11.11.11 tu kalau diikutkan yang sebetulnya 2000 tahun berlalu iaitu
11.11.1111..sebabnya tarikh sekarang 11.11.2011...tak gitu!!!!.
Apa-apa jelah, janji bahagia hingga ke syurga....

18 ulasan:

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Orang kampung saya nikah 11.11.11 tapi kendurinya semalam 20.11.2011 ... orang kampung pun pandai pilih tarikh2 camni.

NzA berkata...Reply To This Comment

to hami
dunia makin maju sbb skrg anak2 yg pilih tarikh...xmcm masa akak kawin dulu..semua urusan serah pd makayah krn masa tu masih brgelar pelajar...hi...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

yang penting..bahagia hingga ke akhir hayatkan kak.. ;)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ye lah nza, tarikh 11.11.2011 tu memang cantik, apapun semoga semuanya berbahagia menjalani kehidupan berumahtangga..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

meriah dengna jemputan majlis kawin kan kak...lagi2 kene tarikh yg cun tu....mmg ramai betul...meriah giler....senang kak, terus gantung kuali heheheheh......

Maya Mayana berkata...Reply To This Comment

macam kenai je tmn permainan itteww :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
itu yg utma.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg cantik tarikh tu ummi.....dulu masa kahwin abah yg pilih cz sy masih brgelar student....hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
mmg penuh dgn undangan..xtrlayan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to yana
oh, ye ke????hi hi hi...1st time lepak2 kt situ..best juga, redup n brangin...

Munn Jaafar berkata...Reply To This Comment

erk..smlm pun pg majlis kahwin jgk...mmg meriah, bderet org kahwin!

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

bila jemputan kenduri kahwin terlalu banyak sekaligus, kadang2 ianya menjadi sgt2 memenatkan. apa2pun kewajiban hadir tetap diutamakan selagi mampu. biasa terjadi sekadar datang bersalaman dgn tuan rumah dan sekadar duduk2 seketika. dah tak mampu nak telan apapun kecuali sedikit air kosong.

p/s- saya adalah antara orang yang tak pernah ambil kisah tentang kaitan tarikh dgn urusan perkahwinan. asalkan betul je tarikh dgn keperluan, kewajiban perlu diutamakan.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tarikh sy nikah 7.6.06 selang sehari tarikh cantik 6.6.06..

bg sy no takda makna apa2..yg penting ikatan yg diikat tu kekal..

comel je naurah berjubah..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to MF
smlm mmg ramai org kahwin...mayb tarikhnya yg menarik....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
betul tu, penat sgt2 dah rasanya makan pn dh xtrkawal...bkn apa risau kalau berat bdn brtmbah n risiko kena penyakit...

saya pn sama, yg pnting apa yg kita rancang brjalan dlm keredhaan Allah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
wow...best juga tu ttp betullah PK, apapun tarikh kita kahwin, ianya ttp trsemat dihati smpai bila2..yg pnting bahagia...

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

2000 tahun ek kak berlalu..lama toll kan.tapi ada betulnya.kalau nak angka 1 semua kenalah 1 tak terkecuali.mmg taklah cantik mana pun.huhu.

NzA berkata...Reply To This Comment

to n.hezrina
kalau dikira congak lbh kurg gitulh....ttp yg pnting bahagia n no yg cantik tu kreditlah....

About me