Sejak cuti boleh dikatakan setiap hari ibu terima jemputan.
Makin memuncak bila tiba hujung minggu.
Bukan setakat 2-3 tempat, terkadang menjangkau 5-6 buah rumah.
Bukan setakat jemputan kahwin tetapi jemputan majlis khatan dan berkhatam.
Yang paling ibu risau, berat badan.
Macam manalah agaknya kalau berterusan begini
sepanjang cuti...
Baru 1 minggu cuti, berat dah naik 2 kg....
Itu pun ibu kawal makan.
Ibu akan makan nasi minyak cuma di rumah pertama.
Rumah seterusnya ibu sekadar menjamah makanan sampingan je.
Kalau kat Johor ni bab-bab buah tangan memang canggih manggih.
Bakul dari surat khabar yang penuh dengan jajan ni ibu dapat dimajlis berkhatan.....
Bakul tu sebesar pinggan juga dan macam-macam isi ada kat dalam tu....
Untuk Naurah dan Farouk dapat jajan yang berasingan....
Semalam dapat 1 set hidangan.
Dapat macam-macam lauk..
Ni untuk orang yang pergi rewang.
Dapat macam-macam lauk..
Ni untuk orang yang pergi rewang.
Ibu bukan rewang mana pun.
Sekadar tolong kopek bawang je...hi.hi.hi....
Kata orang kalau kenduri kahwin gantung periuk belanga.
Kat rumah ibu tak ada istilah tu.
Masak tetap masak.
Biasanya yang ikut ibu dan ayah cuma 2 orang
kanak-kanak ribena tu aje.
Itu pun bukan makan pun.
Balik rumah baru sibuk lapar.....
Itu pun bukan makan pun.
Balik rumah baru sibuk lapar.....
3 Farah tetap makan di rumah.
p/s:
Hari ini ada jemputan lagi...
Cuma sempat pergi 2 buah rumah aje.....
16 ulasan:
kenduri kadangkala menyiksakan.
diet sukar nak dijaga.
di situlah biasanya ada tapai, bubur kacang, nasi manis dsbnya yang menjadi 'pantang jumpa' saya.
tiap rumah yang diziarah, perlu modal juga untuk dihulur sebagai buah tangan.
paling tidak dalam rm10.
kalau 1 hari 3 buah rumah, rm30hihihi....
tapi tak apa, Allah gantikan dengan rezeki cara lain, insya-Allah.
Rezeki kak, jangan ditolak. Lepas tu boleh eratkan silaturrahim. Lepas tu nanti turn akak pulak buat kenduri-kendara (kenduri kawen ke?). Ramai orang boleh datang rewang.
sekarang ni musim kenduri kahwin...
esok saya pun ada jemputan jugak...
to AHP
2 yg tak tahan AHP...menu semuanya kearah menaikkan jarum penimbang...
Kalau musim cuti byk budget habis ke sumbangan tu..ttp xpelah, niat sedekah...nnti adalah ganjaran drNya....
to Hami
rezeki hujung tahun melimpah ruah....hi...
InsyaAllah, nanti tiba giliran kita pula....
to ainnoraini
setiap hari ada je jemputan....
wah musim cuti sekolah ni musim org kawin..hehe
to totie
2lh, xlarat rasanya...
wow buah tangan tu besar pulak bakulnya..
msk ttp msk kan kak..:)
Musim cuti sekolah ni memang murah rezeki,
cantik2nya buah tangan tu NzA..
banyak deh gula
banyak deh gula
to PK
2lh, dh besar n isinya penuh melimpah ruah..
ttp masak utk anak2.....
to ummiross
rezeki melimpah ruah ummi...ttp yg xbestnya badan dh makin bulat.....
to imanshah
makae gula hari2 dik...bekwoh sano sini.....
bestnyeee kenduri memanjang ... ;)
Catat Ulasan