Hari ni kerajinan + bermalas-malasan melanda.
Maklumlah, sejak bermula jawatan surirumah sepenuh masa
ni rasa macam best sangat-sangat.
ni rasa macam best sangat-sangat.
Sesuka hati bila nak masak, basuh baju, kemas rumah,
yang penting sesuka hati bila nak terbongkang
sambil layan TV....
Pakai uniform kegemaran di rumah kain batik + blouse.
Nikmat tak terhingga.
Setengah hari kerjanya membuta.
Tak ada siapa yang nak ganggu.
Syok sungguh.
Bangun dari beradu masuk dapur.
Masak untuk lunch.
Sambil tu masak kuih.
Anak-anak seronok.
Katanya "Bestkan kalau hari-hari ibu ada kat rumah".
Tak kuasa ibu!!!!!
Lepas makan terbongkang lagi.
Layan sukan SEA.
Penat rehat bangun goreng meehoon.
Terlebih rajin la pulak.
Angah pula komen: Bestla ibu macam nie......
Entah berapa harilah ibu bertahan menjadi terlebih rajin memasak macam ni....
Ha.ha.ha..... i like it......
27 ulasan:
eh...selama ni sape jadi suri rumah? =P
Rajinnya kak ibu
percubaan yang baik
Anak2 suka tuuuu! Tapi kalau selalu gitu, pening jugak kan, hehe
wahhh banyak lak menu akak hari ni. anak2 memang suka kalo kita sentiasa melekat kat umah, macam2 menu yg depa order
sesekali ibu kt rumah sepenuh masa msti anak suka..Klu tak asyik sibuk jer kan..:)
heheheh...seronok jugak sarung uniform berbeza bila cuti pnjng...
Rajin betul ibu masak..macam2 menu ada.......patutlah anak2 suka...
Enjoy la masa cuti ni, kak. Pejam celik, masa cepat berlalu, tup tup nak naik sekolah semula.
Selamat bercuti di rumah! :)
to muna
hi.hi.hi.......kitelah..ttp separuh masa.
to mamaQS
rajin ikut mood....hi.hi.hi...
to imanshah
dan prmulaan yg baik....he..
to dinas
suka sgt la mrk tu ttp 2lh, mampukah kerajinan brtahan lama....
to mamasyaza
2lh, bila kerajinan melanda mcm2 ada ttp kalau dh xde mood nk masak pn rasa liat....
to PK
2lh, kesian mrk krn trbiar dgn kesibukkan ibu....
to MP
uniform yg plg best...he.he.he...
gitulah anak2, seronok bila mcm tu cuma ibu je yg xkuasa....hi...
to yati
5 minggu tu akn brlalu tnpa sedar yati....
Huhuhu.. jeles3x. Nak juga cuti panjang2.. tp sy ni kalau di bagi cuti panjang pun belum tentu rajin mcm akak.. hihi..
to zefa
hi.hi.hi...akak pn bukan jenis rajin...tgk mood la....
Penat membuat kerja rumah tak sama dengan penat bekerja.
Penat bekerja rumah tapi fikiran lapang.
@NzA
mujur anak faham kerjaya ibu..lgpun dieorg dah besar2..:)
Bila cuti kita tak mengejar masa sangat, Lebih relax nak buat kerja.
Masa cuti begini berat badan pun boleh bertambah.
to kunang2
yelah kak, w.pn penat hati puas bila dikelilingi anak2 ttp kalau penat kt sk rasa tepu je otak nie....
to PK
Alhamdulillah sejak kecil mrk sntiasa dibawa brsama kalau ada xtvt ko..jadinya mrk dh faham dunia ibu mrk...
to anggun
bila tak trikat kita enjoy..bila2 masa je kita buat kerja....lapang rasanya...
2yg risau....byk rehat n asyik masak je....hu.hu.hu...
Waa anak2 mesti suka ni NzA, agenda makan2..
to ummiross
suka sgtlah depa tu..ibu yg risau ...nnti berat bdn brtmbah...
Salam Yah,
Akak ni bab masak-memasak ni dh kurang rajin..
Catat Ulasan