Semalam ribut petir melanda.
Tiba-tiba modem tenet ibu disambar petir.
21 jam tanpa internet.
Syukur Alhamdulillah dah kembali bersiaran dalam
kesibukan yang masih memuncak.
Terima kasih tmnet....
Hari ini 3 majlis berlangsung.
Khatam Al-Quran
Konvokesyen Pra Sekolah
Hari Anugerah Kecemerlangan.
Keputusan UPSR...
Seawal 7.45 pagi, Majlis Khatam Al-Quran dijalankan....
Konvokesyen Pra Sekolah...
Anak-anak comel bergaya dengan jubah.....
Lebih kurang pukul 10.00 pagi, Majlis Hari Kecemerlangan berlangsung..
Pelajar Terbaik Agama Islam.
Hari kemuncak Naurah meraih 4 Anugerah Cemerlang.
Tersenyum panjang Naurah bila melihat kelibat Ayah yang mencuri sedikit waktu untuk hadir
sebagai memberi motivasi kepada anak tersayang.....
Ibu memang sibuk dengan hadiah-hadiah, piala2 dan sijil2....
Dah tak sempat nak tengok wajah anak menerima hadiah...
Ni semasa Naurah menerima Piala Kecemerlangan
Tempat Pertama keseluruhan Tahun 5.
Ini semasa menerima Hadiah/Piala Kecemerlangan Subjek Sains
keseluruhan Tahun 5....
Ini Hadiah/Piala Kecemerlangan Matematik
keseluruhan Tahun 5.
Ini pula Naurah menerima
Anugerah Pembaca Terbanyak i.NILAM Keseluruhan Tahap 2.
Anugerah Pembaca Terbanyak i.NILAM Keseluruhan Tahap 2.
Setakat ini Naurah membaca sebanyak 1,500+ buah buku....
Naurah bersama Piala/Hadiah yang dirangkul hari ini.....
Tahun ini hadiah/piala oleh Naurah dah berkurangan
kerana diraih oleh rakan-rakannya yang lain.
Tahun lepas Naurah meraih hampir keseluruhan subjek......
klik sini.
Dan Farouk tidak mendapat apa-apa hadiah terbaik/kecemerlangan...
Alahai bujang ibu sorang ni...
Kalau kakak Naurah dapat no 1,
Farouk pula kena tambah lagi 0 dibelakang no 1.....hu.hu.hu.....
Satu-satunya anak ibu yang memecah tradisi
kakak2nya mendapat no berganda.....
Apa pun Farouk selamba je........
Apa pun Farouk selamba je........
p/s:
Belum selesai majlis ibu
berkejar ke SK Angah untuk hari terbuka
dan menerima wang RM100.
Bila ibu sampai, tinggal angah seorang bersama cikgunya.
Kasihan Anak ibu.....
Cikgu Angah : Tahniah kerana anak Puan terus cemerlang
dan merupakan murid yang baik.....
Puan tak perlu risau..Saya sangat bangga dengan
sikap dan pencapaian Nadiah.....
Syukur Alhamdulillah....
Kata-kata cikgu Angah buat ibu rasa amat terharu........
Tahniah Anak2 ibu.
Terima Kasih Cikgu!!!!!
Terima Kasih Cikgu!!!!!
28 ulasan:
tahniah ibu atas kejayaan anak-anak ibu. sy tumpang gembira.
Tahniah naurah dan nadiah, tahniah nza mendidik anak2 begitu cemerlang,seronok kan tengok kejayaan anak2 ni nza
to jemarisuri
thanks......kejayaan mrk atas usha mrk sndiri..ibu cuma mampu doakn je....
to ummiross
kejayaan mrk kejayaan ibu juga..thanks ummi.....
tahniah Nza... anak2 cemerlang, ibubapa tersenyum girang
Alaa Farouk saja belum tunjuk kuku tu... next year kan Farouk
Tahniah atas kecemerlangan anak2 ibu...seronokkan, bila anak2 berjaya....
TO IBUINTAN
thanks kak.....itulah hadiah yg xtrhingga buat seorg ibu...
entahlah bujang sorg tu...bila la nk cemerlang mcm kakak2nya....
to MP
thanks...itulah hadiah yg plg brharga.....
harap kejayaan naurah berpanjangan hingga dewasa..
Tahniah...
hebatnya anak2 akak.. cemerlang semua.. farouk tu nanti akan ikut jejak kakak2nya juga nanti.. :)
Alhamdulillah anak2 akk semua cemerlang..naurah dpt no pertama tu.mmg mimpilah sy nak dapatms sekolah rendah.sekolah menengah tu adalah terbaik dlm satu or dua subjek.tp klu nak dpt no 1 dlm dajah or ting..,entahlah....:)
nasib baik tenet dah ok...hehe
Tahniah kak,
Tahniah jgk buat akak, sbb pandai mendidik anak..harap2 eina pun akan jd mcm akak, dpt anak2 yg boleh membanggakan makayah..Insyaallah..Amin..
cantik header baru akak, haa tu la lama tak singgah sini kan..dh beruabah dah..hee~
wah anak2 mmg cermerlangkan.bangga nurul dapat kenal akak.nnt leh dapatkan tips2 diidik n ajar anak=)
wah...cemerlang anak2 akak...sejuk perut akak ade anak yg bijak...harap2 mia mija nanti mencontohi anak2 akak...amin....
to IM
InsyaAllah, begitulah hendaknya......
to ena
Thanks.....semua tu atas usha mrk juga...
Moga2 gitulah, risau tgk farouk tu...byk sgt mainnya....
to PK
Thanks...syukur dgn kurniaan ilahi....
Xsemestinya kita xdpt top 1 kita xbrjaya....rezeki msg2....
to mamalieyna
InsyaAllah, semoga Allah kurniakan kita anak2 yg cemerlang dunia n akhirat....
to mamaQS
thanks.....
to n.hezrina
thanks nurul.....xdelh, anak2 akak sama dgn anak2 org lain n cara didikan xbyk berbeza...InsyaAllah, akak brkongsi apa yg ada....
to lieya
InsyaAllah, mia n mija juga anak2 yg bijak n pintar......
Alhamdulillah,tahniah buat Naurah! teruskan kejayaan!
to azhan
terima kasih....InsyaAllah....
Tumpang gembira dengan kejayaan anak-anak Kak Nza. Farouk tunggu dulu kot, nanti next year, mana tahu, Insya-Allah boleh dapat number 1! :)
to yati
thanks yati...rezeki anak2..tu pn atas usha mrk sndiri...ibu hanya brdoa..
entahlah yati, farouk ni trlebih vitamin M...dia cpt belajar ttp jenis xkisah...kalau exam boleh dia tinggal lopong2..mana nk dpt markah penuh...hu.hu.hu......
bila ada anak ramai ni,mmg tak sama pencapaian mereka,apa2 pun kita kena support mereka beri semangat
to ct
betul tu ttp sbnarnya sikap farouk tu yg buat akak geram..bukan xboleh ttp trlebih vitamin m....
Catat Ulasan