Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 November 2011

Cuti Tapi Tak Cuti

Apa tu...???? Cuti tapi tak cuti????
Ibu dan rakan-rakan gurulah.....
1 minggu lepas hadiri mesyuarat dan menyiapkan sistem fail.
Hari ini 2 minggu kelas tambahan berjalan.
Minggu akhir kami dah kena kembali ke sekolah.
Kena buat berbagai-bagai persiapan untuk tahun 2012.

Redha jelah....
Terima dengan ikhlas....
Senyuman tetap terukir..
Tak kisahlah, berkorban untuk anak-anak murid juga.

Dan sejak cuti ibu juga sibuk dengan aktiviti rewang.
Banyak kenduri musim cuti ni....
Masa untuk kerja dan masa untuk masyarakat sekitar.
Pergi rewang pun sekadar tunjukkan muka.
Nanti orang kata kita tak campur orang pula....

Dan anak-anak mula bersuara:
Kalau hari sekolah ibu balik rumah pukul 1.30 petang.
Tapi hari cuti ibu balik rumah dah nak pukul 3 petang.
Lepas tu ibu keluar rewang lagi.
Balik dah nak Maghrib....
Makin sibuk pula ibu ni......

Alahai kesian anak-anak ibu.
Nak buat macam mana.
Ibu kerja makan gaji.
Kalau ibu jadi bos lainlah cerita.
Pelanggan ibu adalah murid-murid.
Kalau orang dewasa ibu tak kisah sebab mereka 
semua dah habis belajar.......

Kalau prestasi mereka meningkat ibu dan rakan-rakan guru
gembira tidak terhingga walaupun segelintir saja yang memberi ucapan terima kasih.
Banyak ucapan terima kasih diberi kepada guru-guru
tuisyen diluar sana walaupun sebahagian
besar waktu mereka habiskan di sekolah........
Tetapi bila prestasi mereka merosot, ibu dan rakan-rakan
guru juga yang akan dihentam hebat.........
Apapun ibu dan rakan-rakan tetap ikhlas kerana
ibu tahu Allah memberi ganjaran berliat kali ganda.
Kalau bukan untuk ibu ,untuk anak2 ibu juga.......
Terima kasih kerana anak-anak ibu memahami.....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah.
Ada kelas tambahan.............

25 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....senyum ...senyum...
tak perlu kata apa apa...

last2 baru ketawa....
kah kah kah.....

Totie@Tomy berkata...Reply To This Comment

wah busy jugak jadi seorng guru rupanya..baru saya tahu,..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Cuti pun BZ ye kak..
pengorbanan seorg guru utk mendidik anak bangsa..^^

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

hehehhee...samalah tu...

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

cuti2 ni makin bz ye kak nza...

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Memang orang kata, nama jer cuti sekolah tapi cikgu tetap bz. Tapi oklah jugak sbb pergi sekolah macam lepak2 skit kan.

ummiross berkata...Reply To This Comment

Nampak wajah NzA pun tenang je jenis orangnya, walau tugas datang silih berganti. Moga Allah memberi ganjaran
yang berganda

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijah
ha.ha.ha.....ttp trsenyum...jgn kata apa2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to totie
bz xkira masa......itulah kami.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
betul tu lily...utk kejayaan yg lbh cemerlang....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
mmg samakan....he.he.he.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
bz sokmo dik.....hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hami
ada la sikit ruang waktu cz hari cuti rutin agak brubah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
thanks ummi...sejuk rasanya hati nie....

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

kesian akak, tapi takpe kak, bila free nanti boleh bwk anak2 pegi bercuti

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
akak xkisah sgt ttp kesian kt anak2 tu..nk wat camnekan...moga mrk faham....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Sama la kita kak. Nasib baikla STPM takda paper hari Jumaat, lega, merasa jugakla saya 3-day weekend :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kak ibu... Teruskan usaha kak ibu yg murni itu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, tiada siapa yg tahun keadaan kita sebenarnya.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
Thanks mamaQS...selagi trdaya insyaAllah.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

macam tulah nasib cikgu sekolah kan...

klu budak berjaya dimegahlan cikgu tuisyen..:)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

pengorbanan yg pasti ada hasilnya .. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
hu.hu.hu....sedihkan ttp kebykkan gitulah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
InsyaAllah...moga2 gitulah.....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Dah jadi kebiasaan sejak mula kerja.. Cuti sekolah hanya cuti mengajar tapi hakikatnya kerja lagi banyak masa cuti..

About me