Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 November 2011

Bertuahnya Kami

Bila menatap gambar-gambar Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra,
hati ibu benar-benar rasa bangga.
Bangga menjadi rakyat Kelantan di bawah naungan Baginda.
Seorang Sultan yang begitu sederhana dan penuh dengan keimanan.
Baginda memang layak memegang gelaran "Ketua Agama Negeri".......

Dan ibu pernah belajar 1 sekolah dengan baginda Sultan
di Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail Collage) di Kota Bharu.
Sebuah sekolah tinggi/elit  di Kelantan.
Sejak zaman persekolahan Baginda seorang
rakan dan murid yang sangat disenangi semua.....

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati
pemerintahan Baginda yang menjadi 
kesayangan dan kebanggan
rakyat Kelantan.
Dan semoga baginda dijadikan contoh dan idola
kepada pemerintah dan pemimpin tertinggi Malaysia.....

Alangkah indahnya jika semua pemimpin tertinggi Malaysia 
boleh menjadi imam solat seperti Baginda Sultan.
Sejuk mata dan hati ibu menatap gambar-gambar ini....

BICARA BUAT SEORANG SULTAN
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…
raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA, 160211
Penulis adalah bekas mufti Perlis

p/s:
Petang ni ada mesyuarat penandaan kertas pula di Muar.....

32 ulasan:

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Memang seronok baca pasal Sultan ni. Very humble person. Dah le bujang .. hehe

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA,ummi pun bangga dengan sultan Kelantan ni, inilah pemimpin contoh..

NIA berkata...Reply To This Comment

wah seronok ada pemimpin macam ni

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

itulah antara keistimewaan pemimpin di negeri serambi mekah.

p/s-maaf xsmpat tinggalkan komen sbb terlalu sibuk dgn mcm2 komitmen.
semoga kembali sembuh sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

Semoga baginda dirahmati Allah selalu dan negeri Kelantan menjadi negeri yang diberkati.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Semoga Allah sentiasa merahmati baginda..

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

izan pun tumpang bangga adanya sultan seperti baginda...

NzA berkata...Reply To This Comment

to hami
akak pn rasa sgt2 seronok bila baca n tatap gambar Baginda nie...sejuk mata memandang.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi..susah nk cari pemimpin seperti Baginda.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
seronok dan amat2 bangga....

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
Mmg tepat dgn gelaran itu dan amat bangga.....

Xpe, sy faham....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kunang2
InsyaAllah k.ani..itulah doa dr rakyat jelata yg menyayangi Baginda...

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
InsyaAllah....amin...

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
mmg kita patut bangga....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

igtkan puisi tu akka yg karang..baru nak puji akk berbakat.hehe..

tumpang berbangga juga..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
akak mana la reti nk cipta bahasa2 yg puitis PK...org yg sibuk dgn angka xkreatif bab2 gaya bahasa nie.....

semua brbanggakan....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

memang bangga sangat punya sultan sprti baginda....

cikguNae berkata...Reply To This Comment

betul akak, kalaulah semua sultan dan pemimpin Malaysia macam ni...

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
kita patut bersyukurkan MP....

NzA berkata...Reply To This Comment

to nae
maka wujudlah negara yg islamik!!!!

puanbee berkata...Reply To This Comment

oh Dr Maza Bekas mufti perlis ? bee baru je baca blog beliau , best jugak ..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah!

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

bangga sbb ada darah kelntn..dptlk sultAn mcm nie...sejuk mato

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
nk cari gaklah blog beliau...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
Amin...syukur...

NzA berkata...Reply To This Comment

to n.hezrina
mmg bangga sgt.....

amna berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..
syukur :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
syukur....

Nur berkata...Reply To This Comment

Rakyat Kelantan memang bertuah. Kalau dari Perak kan, masuk Kelantan je rasa sejuk. Kat Perak rasa panas. Tengok la Kelantan di bawah pemerintahan siapa. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to Yati
mmg kami brtuah yati...sgt2 brtuah..semoga Allah beri keamanan dan kesejahteraan kpd seluruh rakyat Kelantan...

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

tumpang bangge jugok .. ;)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Memang bertuah rakyat kelantan.. Kita pun tumpang bangga..

About me