Tengahari tiba-tiba dapat pamplet.
Ada solat hajat perdana sempena UPSR malamnya.
Mau tidak tergamam.
Ibu pun hairan juga sejak dua menjak ni.
Setiap program sekolah dijalankan secara senyap-senyap je.
Drastik pula tu...
Kalau dulu, bila nak lakukan sesuatu program riuh 1 sekolah.
Meriah dan sekurang-kurangnya sempatlah kita prepare apa yang patut.
Dapat susun jadual family sebelum melakukan komitment lain.
Lain la kalau kita hidup sendirian...
Kitakan ada family.
Mestilah kena maklumkan dulu pada bos dan anak-anak.
Entahlah.
Petang tu kelam kabut bersiap.
Bertolak ke sekolah.
Sampai aje dah azan Maghrib.
Teguk sedikit air dan makan 2 biji kurma untuk berbuka puasa.
Terus mendaki tangga ke tingkat 4 untuk ke surau sekolah.
Sampai aje, imam dah mula solat.
Fuh!!! drastik dan bombastik sungguh.
Apapun, ibu berdoa agar semua anak-anak didik
mencapai kejayaaan cemerlang dalam
peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Selamat Maju Jaya.
Saat terindah bila setiap tahun ibu mendapat perkhabaran
indah dari bekas anak-anak murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Mereka tetap tidak lupa pada seorang cikgu yang terpinggir ini....
Dan paling indah bila anak-anak didik yang teramat nakal
di zaman persekolah mampu berjaya cemerlang dan menjejak kaki ke menara gading.
Mereka tidak pernah melupakan cikgu mereka ini.....
Tetap menjejaki ibu hingga ke FB....
Cubitan kasih dan marah2 sayang tetap
tersemat dijiwa mereka......
26 ulasan:
semoga mereka semua beroleh kejayaan..
mmg besar pengorbanan seorg guru ni kan kak...ibarat lilin kekdahnya...
besar pahala tu...
semoga sukses anak-anak kita
Pengorbanan seorang guru + jasa guru akan sentiasa dikenang.
tingat mase lieya sekolah dulu....dah nak dekat peksa besar wajib ade buat majlis gini.....wajib pergi sambil bawak air sebotol....nak buat air yassin....
semoga berjaya anak2 didik akak yeak....insyallah...
to wahida
InsyaAllah, itulah harapan ibu bapa dan guru2....
to cikli
InsyaAllah....amin.
to hami
Begitu juga jasa bekas guru2 kita....
to lieya
betul tu lieya n program camni diadakan setiap bln......
tahun ni sorang anak buah, 2 orang sepupu amik upsr.. gerun gak tu.. tgk sape yg paling cemerlang nanti
to h4ni3
dan yg plg cemerlang pasti dpt ganjaran tu.....
dalam sehari dua ni, mcm2 jmputan majlis sebegini kena hadir termasuk utk anak (PMR) dan tempat kerja isteri (UPSR).
pagi hingga 10 mlm sibuk.
sgt2 memenatkan.
semoga anak2 kita semua cemerlang dunia akhirat.
to AHP
dan brcmpur aduk dgn open house...mmg memenatkan ttp demi kecemerlangan dan silatulrahim, segala kepenatan hilang..
Gud luck utk anak2 AHP...
hari khamis su dah buat majlis baca yassin utk ami yg nak upsr kat umah tok umi, syukur alhamdullillah ramai yg hadir
Semoga depa berjaya, insyaallah!
Sekolah saya kadang2 buat jugak perangai camtu, buat keja terkejut tergempaq. Kena banyak sabaaaaq.
semoga mereka semua berjaya.. ibu doakan utk anak2x murid sy jgk ye ibu :)
Semoga anak2 didik kita berjaya...sekolah saya pun baru selesai buat solat hajat....
TO MAMASYAZA
Alhamdulilla...dan akak doakan agar ami brjaya mendapat 5A..insyaAllah....
to dinas
InsyaAllah...
2lh, trkdg menyusahkan org lin n skrg dh jadi buah mulut cikgu2...
to SHZ
InsyaAllah...kita doakan yg trbaik buat semua....amin.
to MP
InsyaAllah semoga semuanya cemerlang....
dah dekat kan exam..semoga berjaya semua anak2
to imanshah
minggu dpn upsr dh mula n pastu tu PMR n SPM....risau...
semoga ank2 murid ibu berjaya semuanya.Amin..
to PK
InsyaAllah....amin..
Salam cikgu. Maaf dua hari ni saya tak online.
Insyaallah berkat doa guru dan ibu bapa anak2 akan berjaya.
Kalau kat sekolah saya dekat-dekat nak periksa sekolah akan jemput paderi untuk bg restu kejayaan. Tapi cikgu muslim tak dijemput. Nasib baik.
to anggun
InsyaAllah semoga mrk dipermudahkan...
ye ke???? xpelh asalkn mrk xlibatkan kita...
Catat Ulasan