Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 September 2011

Mama-Syukur PadaMu Ya Allah.

Syukur Alhamdulillah kerana kali ini ibu dapat saksikan kesihatan mama 
bertambah baik dari yang sebelumnya.
Dan yang paling mengembirakan ibu bila mata mama yang rabun
hampir 7 tahun mula menampakkan perubahan.
Penglihatan mama ada perkembangan yang positif.
Hati mana yang tidak gembira dan bersyukur.
Setelah hampir 7 tahun mama hidup dalam kesamaran penglihatan
tiba-tiba mata mama mula boleh berfungsi walaupun tidak pulih
sepenuhnya.

Itulah kuasa Allah Yang Maha Agong.
Rambut mama yang baru  tumbuh bukan berwarna putih (uban) tetapi
rambut hitam yang sihat dan subur.
Itu selalu mengusik mama:
"Ma, kenapa rambut mama tumbuh warna hitam???
Mama nampak lebih mula dari akak tau....."

Jika 1 minggu hari raya 2010 kami dikejutkan dengan berita
mama sudah tidak ada harapan untuk hidup (klik sini)
tetapi sekarang ibu dikejutkan dengan berita-berita gembira
dan keajaiban tentang kesihatan mama.
Siapa sangka, bila Dr Nash, seorang doktor pakar jantung yang
terkenal di Malaysia yang merawat mama memaklumkan
mama sudah tidak ada harapan (klik sini) tetapi
dengan kuasa Allah mama masih mampu  tersenyum ceria,
mampu memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu tersayang.
Masih mampu membisikkan kata-kata indah buat kami.

Dan yang paling indah buat kami bila Mama mampu melihat kami.
Walaupun penglihatan mama tidak sejelas dan seterang orang-orang normal
tetapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dan
merupakan hadiah yang amat-amat bermakna dari ALlah SWT.
Kami bersyukur padaMu Ya Allah....
Walaupun mama sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.

Dan disebalik semua itu, ibu rasa salah satu
penawar yang banyak membantu perkembangan mama ialah Jus Pamoga ini.
Mama dah amalkan meminum jus ini selama 3 bulan.
Tujuan utama untuk memulihkan dan menguatkan sendi lutut mama
tetapi yang Allah berikan adalah penglihatan buat mama.....
Syukur kerana mama temuai penawar yang serasi untuk dirinya.

34 ulasan:

cikguNae berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...

Semoga kesihatan mama akak terus pulih... dan
Semoga kita semua dilimpahi rahmat kesihatan dariNYA
Amin

NzA berkata...Reply To This Comment

to nae
InsyaAllah...itulah doa kami setiap masa...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah semoga mama kak ibu terus sihat ddan gembira disamping anak-anak tersayang...tumpang gembira kak ibu

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
InsyaAllah...amin..amin...amin...mmg tramat gembira dgn prkembangan mama skrg.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..
Moga mak akak terus diberikan kesihatan yg baik berpanjangan..

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
Itulah yg kami semua harapkan..amin...

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

alhamdulillah, mg mama akak akan segera sembuh...

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Salam. Syukur Alhamdullillah buat mama cikgu. Somoga terus diberikan Allah SWT kesihatan yg baik.
Nak tahu jus pamoga ni boleh dapat kat mana. Saya nak cuba untuk adik saya yg sakit tu.

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
InsyaAllah...itulh hrpan kami skluarga....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
mmg brsyukur sgt2 n itulh rahmat dr Allah...

Adik cikgu sakit apa???? kalau brminat nnti sy tlg belikan n poskan....cubalh, mungkin serasi....

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Tuhan lebih berkuasa. Darinya bumi ditumbuhkan tumbuhan dan haiwan sebagai penawar.

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
itulah petanda kekuasaan Allah SWT...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..tumpsng gembira mendengar mama akk semakin sihat.semoga mama akk terus dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik. AMIN..

ibuintan berkata...Reply To This Comment

assalamualaikum nZa,


syukur... moga kesihatan mama makin baik


jus delima ke tu?

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah! Seronok dengar berita kesihatan mama kak Nza dah bertambah baik!

Yalah, kena berusaha cari penawar yg sesuai dengan diri sebab tak semua orang serasi dengan suplemen tertentu.

Semoga kesihatan mama kak Nza bertambah baik lagi lepas ni :)

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

syukur kuasa allah kan , biar ape pun kata doktor ...

skrg ni mak Hanie lak beransur uzur :(

amna berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah.. syukur nikmat Allah beri :)
Jus Pamoga.. first time dengar. tq utk info cikgu ^^

Cikli berkata...Reply To This Comment

Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya.

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya. Semoga kesihtan mama Kak Nza bertambah baik.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Syukur Alhmdulillah....semoga kesihatan mama bertmbah baik..Hanya ALLAh yg maha mngrtahui segalanya...

Maya Mayana berkata...Reply To This Comment

Syukur Alhamdulillah, itu jus delima kan?...emm personally kak leha tkde n tk pernah pun jemput yana,cuma mahzan je yg sampaikan so faham2 sendiri jelah kena pergi tunjuk2 muka, kalau mcm tu next time yana pun nak merajuk tk pergi la sebab tk jemput...ada boleh ke? hihihi...

wahida berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...saya tumpang hepi kak...begitu besar kuasa Allah ni kan kak...semoga mama akak terus sihat yer...

jus pamoga tu mana nak dapat kak? baik utk mata yg rabun ke? kalau saya yg dah lama pakai spek ni boleh try tak kak?

juanita berkata...Reply To This Comment

Sayangi mereka sementara mereka masih ada :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
sgt2 bersyukur dgn anugerah yg Maha Esa....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
Sgt2 brsyukur..

Jus tu dicampur dgn berbagai jus lain....sgt2 baik utk kesihatan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
sgt2 brsyukur dan tiada yg trindah bila mama diberi kesihatan yg semakin baik....

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hanie
kuasa Allah mengatasi segalanya..

Moga mak hanie cepat pulih,...

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
sgt brsyukur..

jus ni masih baru dipasaran n kluaran dr kelantan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
Dia Maha Kuasa...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hami
syukur sgt2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
Terlalu brsyukur.....dan semoga begitulah hendaknya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yana
ye, jus delima + jus2 lain...sgt serasi dgn mama....

akak bkn apa yana, rumah dia kn dkt je..xkn tu pn nk main pesan2 gitu jerrr...2 yg akak majuk ttp mmg pn xplan nk p...hi.hi.hi....
cubalah buat2 majuk cam akak....he...

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
thank wahida...kami tramat gembira n brsyukur..

kalau nk cuba boleh juga cz jus tu mmg baik utk kesihatan..2 pn brgntung pd seseorg jugakan.....xsalah mencuba demi utk kesihatan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to juanita
Itulah yg trbaik....

About me