Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 September 2011

Catatan Perjalanan.

Kelakar je tajuk tu tapi ibu nak tulis juga kat dairy ibu ni.
Kisah perjalanan ini ke tempat kursus yang jaraknya
lebih kurang 32 km dari rumah.
Pergi balik lebih kurang 64 km.

Hari Pertama:
Seawal pagi hati ibu berasap + berapi.
Di dalam kesibukkan jalan raya di pagi hari
tiba-tiba ada sebuah kereta bernombor plat 
JAGXXXX, memandu 40km/jam di double-line.
BAYANGKAN....40km/jam.
Kalau kayuh basikal lagi laju rasanya.
Mau hati tak berapi.
Si pemandu slamber je tanpa rasa bersalah.
Sedangkan itu masa kemuncak untuk orang ke tempat kerja.
Tak pasal-pasal disebabkan 'dia' seorang,
berderet-deret kereta bersusun dibelakang......

Bayangkan ibu perlu hadir ke tempat kursus jam 7.45 pagi.
Sesuka hati je pemandu itu bersiar-siar di pagi hari.
Rasa nak je ibu langgar bontot kereta tu....
Tapi rasanya tak berbaloi la kerana kereta tu
dah tunggu masa nak mereput sedangkan kereta baru ibu jadi mangsa...
OoOOooooooo...Tak rela!!!!!!

Hari Ke 2:
Perjalanan ibu berjalan lancar tanpa gangguan
dari JAGXXXX.
Walaupun terpaksa melalui kesesakan di beberapa tempat yang
ada sekolah, itu perkara biasa.
Tersenggeh ibu sorang2 macam kerang busuk....
.
Tiba-tiba jalan jadi 'jam' teruk semasa menghala
ke jambatan Muar.
Alahai, ada pulak la van tersadai di tengah-tengah jalan betul-betul
di muka pintu ke jambatan...sabo jelah.
Terus hilang senyuman yg paling manis + menawan itu berganti
dengan dahi yang berkerut seribu.

Hari ke 3:
Hari ini ibu berdoa agar tidak berlaku lagi insident2
yang menghalang kelancaran perjalanan ibu.
Lega rasanya hati bila dapat melintasi jambatan Muar
dengan lancar walaupun macam biasa
jalan yang tersekat-sekat akibat kesibukan di kawasan
sekolah dan trafik light.
Tiba di Bandar Muar, 
tiba-tiba ada pula beberapa orang sedang
mengayuh basikal di tengah-tengah jalan raya.
Ibu pun tak pasti mereka ni sedang traning ke apa sebab
masing-masing memakai pakaian seragam....
Mak aiiii.........tensi...tensi...
Tak ada masa lain ke depa tu nak kayuh basikal kat
tengah-tengah jalan raya.....
Malam ke, pagi2 buta ke????
Tak pun kayuh basikal dalam air!!!!!!

Hari ke 4 dan ke 5:
???????????
Moga-moga esok tidak ada lagi halangan-halangan
yang tidak diduga.
Dan semoga perjalanan ibu lancar.
Tak seronok rasanya pagi-pagi dah didatangi
dengan insident2 yang tidak diingini.....

26 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Hehe..cobaan!!!
Semoga perjalanan esok berjalan lancar ye NzA...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

cubaan.kenapalah ada pakcik 40km tu yg tak peduli kepentingan org lain.dipikir diri dia jer.semut pun laju lg.keke..insyaallah esok ramai yg doakan perjalanan berjalan lancar

Suhana Shahril berkata...Reply To This Comment

jauh nyer 32km tetiap hari...huhu..lotih kalo ada byk dugaan2 di jln raya..boleh sakit jantung...mesti bila dh sampai destinasi lepas lelah lega

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Kak NZA,
Jadilah pemandu berhemah .. kata2 semangat ni. Perasaan masa tu agaknya ... rasa nak hon je kereta2 yg lembab, yang tak tentu pasal mengayuh basikal waktu orang pergi kerja + nak tolong tolak van yang tersangkut tu dalam Sg Muar. Baru adilkan??

Maya Mayana berkata...Reply To This Comment

selamat berkursus :)

So Shy Lady (SSL) berkata...Reply To This Comment

gabra juga kan klau pgi tmpat yg kt t.biasa. kursus leklok. Take care ;D

addinahumaira berkata...Reply To This Comment

Kak NzA, mesti angin satu badan bila duk blkg JAQ tu kan.Sy pernah mengalami pengalaman mcm tu jgk.Biasanya yg bwk mcm tu pesara yg nk pg pasar atau nk pg sarapan kat kedai..

wahida berkata...Reply To This Comment

mmg menduga hati dan persaan betul...huhu...sabo je la...

harap tak de lagi halangan pas ni..

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

kdg2 ada terfikir,
kalaulah sistem pengangkutan awam di negara kita ni cekap, on time dan selesa....

h4ni3 berkata...Reply To This Comment

hehe
saba k,nza.. saba
selawat banyak2.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
Alhamdulillah prjlnan hr ni lancar....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2lh, mau rasa xhangit pagi2 buta dh kluar brsiar2 camtu..menyusahkan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to suhana
mmg letih ana cz trpaksa melalui jln bndar yg sememangnya jam....

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hami
thanks..mmg rasa geram semacam je bila kita nk cpt....ada je halangan.

NzA berkata...Reply To This Comment

to yana
thanks...

NzA berkata...Reply To This Comment

to SSL
itulh dan byk lak halangannya tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to addinahumaira
mmg geram n sakit hatikan bila trkena camtu..kalau nk brsiar2 pn agak2 la keadaan dh reda.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
mmg menguji kesabaran n ketabahan...cewah.

NzA berkata...Reply To This Comment

to AHP
betul tu AHP.....ttp nk buat camnekan..redha jelh.

NzA berkata...Reply To This Comment

to h4ni3
Sabo..sabo...sabo....

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

kak...mmg dogaan ni

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Menguji kesabaran memandu jauh2 ni. Tabahkan hati dan kuatkan semangat.

NzA berkata...Reply To This Comment

to iela
byk dugaannnnnnnnnnnn....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
perlu byk brsabar dgn keadaan camni....

ummuabdullahsyaakir berkata...Reply To This Comment

Baca entri akk ni boleh bygkn betapa sibuknya akk...penat,kan kak?

HEHe pakcik tu terlalu berhemah sangat...tak kena tempatnya.

NzA berkata...Reply To This Comment

to UAS
akhir2 thn ni mcm tulah aini..sibuk n byk xtviti..

2lh, menyusahkan ramai org....

About me