Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Jun 2011

Rumah Dah Rupa pejabat!!!

Kalau sesiapa dtg ke rumah seminggu dua ni jangan terperanjat.
Dah xde rupa rumah.
Nak kata pejabat pn xjuga...
Yang paling sesuai mcm tongkang pecah!!!!!

Segala kerja yg xsiap terpaksa ibu angkut ke rumah.
Rasanya xcukup waktu 24 jam sehari semlm.
Bayangkan dalam masa 1 minggu ibu terpaksa wujudkan 3 bilik khas kt sekolah.
Kemas kini PSS, 
wujudkan bilik BBM dan hari ni wujudkan Bilik APD.
Itu pun atas permintaan manja Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP)
yg dtg memantau last week..
Bukan akta paksaan, juga bkn akta tekanan ttp
demi menyahut cabaran..
"Alah Z, ko buat setakat yg mampu..."
Ha, jgn trperanjat PTP main ckp kau n aku je dgn ibu....
Namun ibu ttp ayu n sopan....tetap memanggil pegawai itu, ENCIK!!!!.
Itu tanda hormat cz dia tetap "Bos" ibu...

Dan ibu sangat bersyukur kerana menerima kehadiran seorg
Guru besar yg teramat baik n perihatin awal thn nie...
Cikgu Nik lah sering dtg berkunjung ke bilik kerja ibu.
Menemani ibu disaat ibu melakukan kerja2 di sana sendirian.
Sikapnya menambahkan lagi semangat ibu utk menyahut cabaran itu.

.Ibu juga bertuah punya anak2 murid yang rajin..
Sentiasa volunteer utk membantu cikgunya....
W.pn mesti ada upah...
Tapi xpe, bersedekah pd insan tulus camni mmg berkat.....

Cuma ibu sedih bila ada yg cuba mengelak dr melaksanakan 
tanggungjawab yg diamanahkan.
Cuba mengunakan org lain demi kesenangan diri...
Bukan ibu cuba mendabik dada, bukan ibu ingin menunjuk2.
Ibu xakan sekali2 menyerahkan segala tugasan
yg diamanahkan kpd org bulat2 selagi terdaya ibu lakukan.

Ibu hairan bila org sering memberi alasan:
"Xcukup masa"
"Banyak kerja"
"Xsempat"
Kalau nk ikutkan,
Ibu seorg isteri, ibu punya 5 org anak, ibu juga seorg suri rumah tangga...
ibu tiada pembantu rumah, ibulh driver anak2..
Alhamdulillah, ibu mampu bahagikan masa utk semua tu ....

Cuma ibu perlu korbankan masa senggang ibu.
Ibu xde masa lagi utk bersantai2 di bilik guru...
ibu xde masa lg utk bersembang2 kosong dgn kwn2 kecuali waktu rehat.
Ibu xde masa lg utk duduk mengadap kopi berjam2 di bilik rehat....
ibu xde masa lg utk duduk berangan..
Dan masa rehat ibu  perlu diisi dgn tugasan2 itu...

Ibu buat kerja ikhlas utk dptkan rezeki yg halal.....
Dan ibu hairan bila org seolah2 lupa ttg semua itu.....

Dan prinsip ibu, ibu xakan bercakap lebih dari 2X...
Ye...2X sahaja.
Kalau org lepas tangan, ibu akan
langsaikan tugasan2 yg xsiap w.pn itu bukan kerja ibu.
Ibu bukan jenis seorg yg suka mengarah orang.
W.pn ibu diberi kuasa itu.....
Siapalah ibu......

Tapi bila dtg pemantau, ibulah org yg pertama akan 
menjawab semua soalan2 cepu emas
akan disoal, 
akan diselidik.... 

Dan last week 
di depan Guru Besar dan PTP( Pegawai Teknologi Pendidikan)
ibu mula bersuara...
Ibu: "Cikgu Nik, Encik I, Encik R...saya rasa nk letak jawatan skrg...."
Tersentap mrk memandang ibu...
"Z, Kau JANGAN.....!!!!!"
"You can do it....."
"Aku percaya Kau boleh Z..."
Itulh kata2 keramat Pegawai PTP pd ibu...

Nak xnak ibu terpaksa berjuang juga dlm kepayahan.
 sambil menyiapkan tugasan2, masa nilh ibu release tension dgn BW n FB....
Masa ibu mmg banyak mengadap lappy...
Siap membuat data, step 2, masa utk print bahan2.......

 Xcukup ada printer, terpaksa beli mesin liminate sendiri.....
2 pun ada org pertikaikan:
" Kenapa ye printer n mesin liminate tu kt bilik Y????"
"Kenapa xletak kt bilik guru je..kan senang boleh pakai ramai2.."
"Ni mcm dia sorg yg punya..."

Mulut orgkan..sedangkan semua tu milik ibu dan Ina.
Ibu n Ina beli dgn duit sendiri..
Xkan ibu nk war2kan pada dunia semua tu milik prsendirian.
Ha, hari ni mmg 1 dunia dh tau...

dah siap liminate...proses potong memotong dan sepah menyepah bermula...
Ibu bersyukur krn Ayah xpernah menegur atau memberi komen melihat kesibukkan ibu..
Ibu nk p SK masa weekend ke, ibu dok ngadap lappy ke, ibu wat sepah ke..lantakkan aje!!!!.
KERANA Ayah 5 X 5 lagi dasyat dr ibu.....
Ha.ha.ha.....
Dan Ayah tahu,
ibu xpernah ponteng masak utk mengisi perutnya dan anak2....

 sambil2 tu curi sedikit masa jahit baju Pengawas SK Angah...
Kesian anak ibu dh lama menanti..
Sabar ye Angah, Insyallah, mnggu ni ibu akan siapkan......

 Dan jahit baju pengantin utk ibu...opppss!!!!baju unit beruniform PPIM.
Bosan la asyik dok pakai baju yg sama je setiap hari Rabu.
Jahit lagi sepasang w.pn mmg warnanya tetap sama
Pink + Putih.......aduhai!!!!!
Yang pasti, ibu teramat
PENAT!!!!!!!!!!!!!!!!!

32 ulasan:

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

bz bebenor ye kak..esok dah senin, maleh la pulok rasa nak ke skolah

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...Reply To This Comment

org xfhm je yg kata kejer cikgu ni sparuh hari, byk cuti & mcm2 elaun.
sian sy mmbacanya.

moga mjadi amal bakti di sisiNya.

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
mmg BZ thp maksimum....

esok dh isnin ke????ALAMAK!!!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to aHIVp
2lh, hanya org yg mangalami tau camne mencabarnya seorg cikgu..trutama ckigu biasa....

mummysyafie berkata...Reply To This Comment

dulu saya fikir cikgu ni byk waktu rehat. bila cuti sekolah je, cikgu mesti cuti gak..tapi bila tengok akak ni, baru nor tahu..cikgu ni kerja nya tak pernah berhenti..sentiasa ada yang perlu diselesaikan.

Hans Hanis berkata...Reply To This Comment

cikgu skrg memang banyak kerjakan
sepupu saya pun cikgu
banyak betul kerja dia
kesian den tgok

Lirik Lagu Dimana Dimana (OST Annisa) - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah

addinahumaira berkata...Reply To This Comment

syabas cikgu...kagum sgt2...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

BZnye ye kak..
Besar perngorbanan yg harus ditempuhi oleh seorg guru ye kak..
Moga terus tabah utk menjd seorg guru.. ;)

Unknown berkata...Reply To This Comment

sabar kak... hanya Allah yang akan membalas jasa akak....
guru itu umpama ibu atau bapa kedua kepada anak2 itu yang selalu saya pesan kepada Qayyum dan Sumaiyyah agar mereka menghormati muallim dan muallimah mereka...

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

tabik kat akak. akak memang rajin. mana ngan keja skolah bwk balik umah, boleh menjahit lagi, memasak lagi...kelassss gituuu

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Jadikan kesibukan kerja itu sebagai biasa. dan jadikan kerja itu sebagai sesuatu yangmenyeronokkan.

jangan lupa kebajikan si Abang sayang dah ler...

NIA berkata...Reply To This Comment

huuuu takut pulak rasa nak jadi cikgu nnti.memacam kerja.sabar ea kak.

ummiross berkata...Reply To This Comment

Tahniah NzA, kuatkan semangat, NzA boleh....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mummysyafie
ramai org menyangka begitu nor ttp hakikatnya kami kerja tnpa sempadan...xmasa dan waktu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to hans
mmg bebanan kerja kami mkn thn mkn brtambah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to addinahumaira
thanks.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
bila jadi cikgu baru tahu mcm mana bebanan tugas yg xtentu masa....ttp demi kerja, ttp teruskan juga....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mama QS
InsyaAllah, semoga Allah terus beri akak kekuatan n semangat utk terus lalui semua tu.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
Thanks su, trpaksa agihkan tugas n keluarga....biar seimbang.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
Trkdg kesibukkan boleh buat kita lupa segala2nya ttp trkdg menyeronokkan bila tgk hasilkan..

w.pn sibuk, family ttp no 1....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
jadikan ini sebagai satu perkongsian pengalaman dik..nnti dh dh masuk sk xtrjadi kejutan budaya.......he..

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
InsyaAllah ummi...Thanks atas ata2 semangat...

CuTeMiUt78 berkata...Reply To This Comment

salam kak.. tabik spring ngan akak.. walau sesibuk mana pun akak tetap ada masa tuk anak2..

ct N honey berkata...Reply To This Comment

ini dah kalahkan superwoman ni..tabik spring..

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

tahniah akak...komitmen terbaik! saya kena jadikan cth guru terbaik ni...hehe

juanita berkata...Reply To This Comment

Itu la dia pengorbanan yang perlu dilakukan :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to cute miut
family yg utama rina....

NzA berkata...Reply To This Comment

to CT
agak2 boleh kalahkan superman tak??? he..

NzA berkata...Reply To This Comment

to azhan
setiap org ada kelebihan msg2 azhan..akak belajar dr abah akak yg begitu komited pd kerja....

NzA berkata...Reply To This Comment

to juanita
betul tu......demi family n kerjaya...

ibuintan berkata...Reply To This Comment

pengorbanan seorang guru yg orang luar tak nampak... akak pulak sekarang ni sedang bergelut dengan fail2 kssr dan linus

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

mg dipermudahkan sgl urusan ye kak... sy pun skrg tgh sibuk makeover bilik j-qaf...

About me