Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Mei 2009

Selamat Hari Guru 2009


Dari 15hb lagi hp aku dah terima ucapan..Sepanjang hari hp asyik menjerit tanda terima sms. 
At last hp jadi kembung kerana dah padat dan sarat dengan sms.
 Terima kasih diucapkan kepada kak long (satu-satunya kakak yang terrrsayang), atie ( adik yang terrsayang) , cikgu yati (ex-GB), cikgu munah(GB), kak ani, rahmah, as, dihah, anis, osman (eh, mimpi apa lak pak we ni), kak junaini, zana, enab (paling lewat antar sms), kak sabar dan kekawan yang tak tersebuttt namanya.
Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada suami, rakan perjuangan di SKPK., rakan-rakan guru, dan bekas-bekas gurukang masih hidup ataupun yang dah meninggal dunia...( al-fatihah).. 
Juga untuk abah yang juga bekas seorang guru. 
Terlalu banyak pengoranan yang dicurahkan. 
Kini tahulah aku betapa gembira, bangga, pedih, penat dan berbagai-bagai pengalaman yang telah aku lalui sepanjang bergelar guru. 
Kerana tugasku juga aku menjadi lebih sabar dan tabah.

Khas untu pelajar-pelajar cikgu, kejayaan kalian adalah hadiah yang paling berharga buat cikgu...teruskan berusaha untuk capai kejayaan....aminnn.


Macam-macam
mak kata CIKGU macam maggi....makanan ketika susah,
ayah kata CIKGU macam D'SEEKERS..... menakutkan,
atok kata CIKGU macam ASTRO.....macam-macam ada,
tapi saya kata CIKGU macam L'OREAL....kerana,
DIRIMU BEGITU BERHARGA!!!
Seorang Guru
guru...dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam tangannya insan terbina..
berbahagialah menjadi guru...
SELAMAT HARI GURU.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

4 ulasan:

Roha berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Guru buat ibu. Cta pun cikgu gak. sama2 lah kita meraikannya. Nice blog!

NzA berkata...Reply To This Comment

Terima kasih kerana beri ucapan untuk ibu. Juga selamat hari guru gak buat mummy love. Moga suksess....2 day ibu dapat banyak hadiah daripada anak2 murid. Penuh satu but kereta. Syahdu sungguh...

airul in da houSE berkata...Reply To This Comment

selamat hari guru kak....kak,u rindu kat kak nih.kirim salam kat along angah bb naurah fayut.
doakan u.u tgh exam final.u nak balik malaysia cuti.u rindu sangat.hehehe.

m.Khairul Anuar
(Bekas Pelajar Tahun 6 SKPK 2002)
(Pelajar Perubatan dan Pembedahan,Fakulti Perubatan,Universiti Zagazig,Mesir)

NzA berkata...Reply To This Comment

Thank u so much. kak pn rindu kat u. Gitu juga anak2 buah kt cni..along, angah, beby, naurah n Farouk...asyik dok sebut nama ayah u..ayah u dan ayah u...

About me