Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Mei 2009

Luahan Hati Versi Cuti Sekolah



Sabtu 30.5.09 - HOREYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!CUTI...CUTI....CUTI.....Sekolah mula cuti. "Ibu kami nak balik Kelantan... dah rindu kat Atuk Ayah, Atuk mama, iman, su ti , dan ayah su " . " Kami rindu nak gi Rantau Panjang, nak gi Pengkalan Kubur....nak window shopping " . " Kali ni kami tak nak gi bercuti...cukuplah dapat jumpa atuk....kami dah rindu sangattttt".. .....Luahan hati anak-anak ibu... "Oklah..kita akan balik kg bila dah lapang sikit " Horreeeeyyyyy!!!!!!!!!!




Emm...dah penuh jadual dengan program. First Along ada tuisyen, Angah terpilih ke program di Dewan Serbaguna , ibu ada kelas tambahan dan ayah...emm tak payah cakap lee...kalah PM......Emm anak beranak sibuk dengan program....

Awal-awal cuti ibu dah ada program... konon-konon dijemput jadi penceramah untuk kursus ICT....eh, boleh ke bagi kursus kat rakan-rakan guru ni... kalu untuk student tu kira oklah coz tiap-tiap hari dok ngadap muka mereka.....apa pun ibu cuba yang terbaik. Yelah berkongsi sedikit ilmu yang kita ada....besar pahalanya...so far nampaknya oklah..memang kekawan excited sangat nak belajar..masa dah abis pun masih tak berganjak dok ngadap komputer masing-masing.....nampak gaya kena tambah masa sampai petang.....terima kasih semua atas kerjasama.


Ni semasa sesi kursus....jadi penceramah jemputan kekononnya...




Coming soon kita berkongsi satu lagi ilmu yek.....depa ni berminat sangat nak belajar tentang "ULEAD STUDIO 9" katanya movie maker kat dalam lap top tak best sangat. Yang ni konon-kononnya canggih le sikit. Thanks a lot untuk Encik Isa B Sudar (Pegawai kat PKG Serom) yang berkongsi ilmu tu..ibu dapat tu pun time gi kursus selama 2 hari kat PKG Serom....


Ibu ni spesis kalu dah dapat benda baru mulalah leka. Tak ingat makan- minum dok ngadap lap top siang malam. Nasib baik dapat suami yang cool dan tak kisah. Terkadang tidur sampai pukul 2 pagi nak siapkan satu-satu program.. syok sendiri katakan. Time tu suami mula keluar masuk bilik...he...


Kekawan selalu tengok ibu selalu dok tayang movie setiap kali ada program... Anak-anak murid apa lagi...bangga setiap kali tengok muka depa ada kat dalam video yang ditayangkan kt LCD yang besar tuu... siap dengan lagu terkini....Seronok dan ibu rasa ada satu kepuasan bila dapat buat benda-benda tu.. bukan nak cari glamour tetapi kerana minat...



Tapiiiii..... ibu sedih bila ada yang mula ambil kesempatan....ibu lakukan ini ikhlas dan tak pernah berkira pun...siap beli kamera digital yang ke 2 (walau pun dah ada tetapi yang first tu ayah punya...he, he, he...kekonon tak nak kongsi lagi dah.. ......cz nak bawa sekolah tiap-tiap hari macam bawa handset..tu ibu beli yang lagi ringan dan nipis dari ayah punya..berhabis duit pun tak kisah asal hati puasssss.......) , beli CD , printer colour pribadi, dan macam-macam (malas nak sebut kat sini)............ ibu ni memang suka merakam apa jerr peristiwa yang berlaku...Konon nak simpan sebagai kenangan dan koleksi PSS dan peribadi....ibu tak pernah berkira semua tu...........berhabis pun tak pe janji hati puas....tapiii..sekarang bila dah jadi cam tu ibu rasa amat terkilan sangat.....


Nampaknya ada orang yang mula ambil kesempatan.....Bila dah buat gitu depa ingat ibu ni camera woman tetap........(Oiii saya ni pompuan lee..Tak manis le tertonggeng depan orang...kalu setakat kat depan kekawan atau anak murid tak kisahlah..)...Pernah sekali tu ibu sedang ada program kat makmal komputer.....ibu dengar cerita dari kekawan ada orang membebel coz ibu tak datang tangkap gambar kat padang... emm mulalah hati rasa sedih, kecil hati dan kesal...


Sejak hari tu ibu dah merajuk sendiri......Rasa sedih sangat coz kerja ikhlas kita selama ini dijadikan satu rutin yang mesti kita kena buat...ibu siap cakap dah tak nak lagi bawa kamera (ada yang anggap ibu guna kamera sekolah....kamera sekolah dah boleh hapus kira laaa.., hantar kedai recyle pun dah tak laku..he,he,he..), tak nak lagi tangkap gambar, dan tak nak lagi buat itu ini...


Mujur ada kekawan yang faham dan menyejukkan hati ibu niiii...Apapun ibu bersyukur dapat ramai kekawan yang terlalu baik , selalu beri dorongan, semangat dan take care....thanks a lot....I love you all so much....buat ina, mahani, anis, enab, zana, lia, rahmah dan yang tak tersebut namanya di sini Terima kasih kerana terlalu memahami....

6 ulasan:

Roha berkata...Reply To This Comment

Salam. Sian kak. Biasalah kak, manusia ni memang x leh tengok orang lain senang n suka ambil kesempatan. X pernah apreciate apa yang kita buat, yang dorang tau komple jer. Padahal orang yang tiada inisiatif tu x sedar diri plak.Apa yang penting kalau wujud orang2 jenis ni namun masih terselit lagi insan2 yang menyokong kita dari belakang.Sabar ye kak...

NzA berkata...Reply To This Comment

Trima kasih di atas keperihatinan..tulah, terkadang orang ni lebih-lebih jerr...eh, kata nak gi holidy..bila tu. Jangan lupa ibu....hapy holidy tu anak-anak ibu yang cute-cute belaka...uummphhh....

::BLOGMASTER:: berkata...Reply To This Comment

SALAM. SABAU JE LA CIKGU. ITU DUGAAN DAN CABARAN NAMANYA. BIASALAH KALAU KITA NAK BUAT SESUATU YANG BAIK , UNTUK MENAIKKAN NAMA SEKOLAH, ADALAH YANG MULA NGOK-NGEK, KALAU BERI SEMANGAT TAK APA TAPI NAK KONDEM PULAK. APAPUN JIKA NIAT KITA IKHLAS, TERUSKANLAH USAHA MURNI TU..SEBENARNYA ORANG YANG KONDEM KITA TU IRIHATI DENGAN KEBOLEHAN KITA, YANG PASTINYA DIA ORANG TAK TAHU NAK BUAT...
TERUSKAN USAHA CIKGU!

NzA berkata...Reply To This Comment

Terima kasih di atas kata-kata semangat... rasa sejuk sikit hati ni. Tulah..terkadang niat baik kita dipandang serong pulak... apa pun saya akan teruskan juga misi dan visi saya ini. Thanks a lot...

Roha berkata...Reply To This Comment

Kitorang nak betolak mlm ni. Takut jem kat jeti nk ke langkawi. Orang ramai tu cuti sekolah... Ibu ble nak sampai kelantan ni? Klu x dan jumpa mlm ni kita jmp nati lepas balik dari langkawi la ye... Bye....

NzA berkata...Reply To This Comment

Selamat g langkawi, jangan lupe kain batik..he. Ibu mybe balik jumaat ni..along ada tuisyen le.. Cuti-cuti ni mmg lee tak terkata ramai orang kt sana. Hari tu kami gi masa cuti..yaa ampunnn.. beratur kat jeti rasa mcm kt mekah ,ramaii!!!!... lepas tu kami gi masa hol sultan johor lak... aman damai..mmg xde orang. Sewa van pun murah...mmg puas berjln time tu.. kt org..dunia ni ana yang punya...

About me