Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 April 2019

Isa Bey Mosque IZMIR TURKI

Day 3-Daerah ke 3 (18.3.2018)

Hari ke 3 pun aktiviti kami padat.
Kami dibawa ke Ottoman Clock Tower, Olive Oil Shop dan Green Mosque.
Emmmmm...entah kat mana la gambar-gambar tu hilang...
Lagipun memori dah mula pudar...
Keliru yang mana satu tempatnya.

Oklah ibu nak up kan tentang Isa Bey Mosque yang terletak di daerah Izmir ni.
Katanya masjid ni dibina pada tahun 1374-1375. Masjid tertua. Masjid ni letaknya di pinggir bukit Ayasluq di Selcuk, Izmir.

Pintu gerbang semasa kami melalui lorong ke masjid.

Ibu pun tak pasti replika apa yang berhampiran masjid ni...
Semua tulisan dalam bahasa Turki...

dan ini...

Bahagian luar....

Bahagian dalam...
Ditengah-tengahnya ruang masjid sebenarnya ada 1 ruang ala-ala taman mini.

dalam masjid

Sekeliling taman ni.
Tiang-tiang besar di sekeliling masjd.

Besar dan tinggikan tiangnya.
Memang seni bina di Turki ni kukuh dan unik.

Tak banyak gambar di sini sebab kami singgah sekejap je untuk ke destinasi seterusnya yang lebih menyeronokkan..

Destinasi seterusnya.....

KLIK SINI :
KLIK SINI :
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa
Part 4-Uludag


Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

19 April 2019

Gunung Salji ULUDAG TURKI

Day 2-Daerah ke 2 (17 Mac 2018)

Bersua kembali.
Baru selesai percutian ibu di Korea.
Kisah 1 tahun lepas dan ibu baru ada mood untuk update di sini....huhuhu...
Sambungan kisah Kembara ke Negara Turkey selama 10 hari 8 malam yang tergendala...
Hari ke 2 kami sepakat untuk bermain salji di Pergunungan Uludag, Daerah Bursa.
Uludag ni bermaksud Gunung Besar dan terletak di atas sebuah pergunungan.
Ketinggian Uludag ni lebih kurang 2, 543 m dari aras laut..

Semakin tinggi bas menuju ke atas semakin banyak salji di kiri dan kanan jalan...
Waaaaaaaaa.....gembiranya rasa sebab punyalah masing-masing exited nak main salji...he3x
Kiri dan kanan jalan dipenuhi salji....berbunga riang hati mokcik...ha3x....

Dan akhirnya....
Ok posing dulu sebelum masuk ke tempat meluncur...
Kat luar ni salji agak kotor.
Ibu pun tak pasti kenapa..
Mungkin tempat pertembungan antara tanah dan salji.

Fuh...memang ramai rupanya orang datang kat sini untuk bermain salji termasuk la kami...
Nak masuk ke sini perlu ada tiket.
Nak sewa peralatan ski pun ada disediakan di pintu masuk.

Kat sini memang tempat terkenal untuk bermain ski.
Emmmmm...kami sekadar main ais kepal jelah.
Teringin jugak nak meluncur atas ais tapi tau-taulah kan..
Risau nanti jatuh tergolek ala-ala beruang kutub.....
Haaaa....sapa nak tanggung malu nanti...ha3x.....

Kemain exited lagi along ni......
Walaupun sejuk beku tapi gigihlah main "ais kepal"....
Main baling-baling ais..main golek-golek atas salji.

Geng-geng yang terlebih teruja....
Maklumlah kan...kat Malaysia mana nak jumpa salji ori.
Salji buatan adalah tapi 100% berbeza...
Sangat-sangat berbeza..Percayalah.

Tak dapat meluncur dengan ski...meluncur dengan banner pun jadilah ye anak...ha3x.

Kami posing jelah...blurrrr...tak tahu nak buat apa...ha3x...

Ok...posing lagi dan lagi.
Tapi tak banyak pun gambar kat sini.
Mungkin sebab terlalu sejuk...
Otak pun jadi beku...
Neutron-neutron otak lambat berhubung.

Main kepal-kepal ais jelah ye Along....

ok..ok...last.

Tak lama sangat kami kat atas ni sebab masing-masing dah kesejukkan.
Rasanya dalam 2 jam je kat sini.
Itupun rasa dah berjam-jam......

Setelah penat main baling-baling salji, kami lepak sekejap di dalam cafe.
Kat cafe ni ada dijual fastfood.
Bolehlah sekadar panaskan badan dengan menghirup air panas dan alas perut dengan kentang goreng.

Akhirnya kami pun turun dari pergunungan Uludag untuk menuju ke destanasi seterusnya..

KLIK SINI :
Part 1-Kembara Turkey
Part 2-Istanbul
Part 3-Bursa

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

18 April 2019

TRIP KOREA-Selamat Tinggal KOREA

Day 6-29.3.2019 (Jumaat)

Selesai sudah siri jelajah ibu di Bumi Sonata.
Banyak kenangan indah terpahat di sudut memori.
Emmmm...entah berapa lama la ianya bertahan.

Seawal 5.30 pagi kami check out dari M Hotel.
Bye..bye...M Hotel.
Penginapan yang selesa....

Menuju ke airport.
Singgah bersarapan dulu dan menghabiskan saki baki duit wang 
di kedai bersebelahan restaurant.
Ibu ni jenis yang agak cerewet bab-bab tanda halal.
Teliti satu persatu.
Ada orang jenis tak kisah.
Main beli je. Itu hak masing-masing kan.
Ok...sarapan dulu.
Mee udong versi Korea.

7.40 pagi kami dah kat airport.
Check in. 
Urusan berjalan lancar.
Macam biasa la airport antarabangsa. Luas dan besar.
Beratur panjang diimagresen adalah perkara biasa.
Kena berjalan jauh untuk ke tempat menunggu pun perkara biasa.

Posing sedas dibalai menunggu.
Ok..baju sejuk dah boleh buka...

Menunggu pun tak la lama sangat sebab banyak habis masa kat imagresen dan 
terpaksa berjalan jauh menuju ke sini.

Penerbangan selama 3 jam dari Korea ke Hanoi.
Ni airport Hanoi, Vietnam.
Transit selama 2 jam
Penerbangan dari Hanoi ke KLIA selama 
2 jam 30 minit.
Perjalanan pergi balik kami menaiki pesawat Vietnam Airlines



Antara menu yang dihidangkan dalam penerbangan pergi dan balik.
Dari Hanoi ke Seoul dan Seoul ke Hanoi
Ayam grill bersama sayur-sayuran.
Rasanya oklah. Boleh tahan sedap.


Menu ni juga dihidangkan sepanjang penerbangan dari 
KLIA ke Hanoi dan Hanoi ke KLIA.
Ibu memang tak boleh telan lah nasinya tu sebab nasi dimasak bersama kekacang.
Pelik je rasanya tapi udang + sotong tu boleh la. 
So ibu sekadar makan lauk jelah.

Rezeki OTW Hanoi ke KLIA kami dapat tempat duduk sederet.
Apa lagi....kemain la Timah tu bergelak ketawa bila dengar kisah lucu.

dan kesian si adik manis ni terpaksa duduk sederet dengan jejaka berdua ni.
Masak la telinga anak dara ni kena usik sepanjang perjalanan.
Sebelah Iqa tu Cikgu Lim merangkap ketua rombongan kami...

Bye..bye Korea...

KLIA.....kami pulang ke pangkal jalan.....
Dan akhirnya....
Ibu tiba di Malaysia pada pukul 8.30 malam waktu tempatan.
Di sambut oleh adik sekeluarga.
Juga en suami.

Seribu kenangan indah terukir.
Semoga Allah kurniakan lagi rezeki untuk melangkah melihat dunia luar....
Insyaallah.....

Terima kasih tidak terhingga buat Timah...Iqa dan Saharah kerana menjadi geng travel ibu.
Semoga kita diberi ruang dan peluang lagi untuk terbang bersama-sama melihat ciptaan Allah.
Terima Kasih Allah di atas segala rezeki yang Kau berikan.

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami
Part 3-Namsan Park
Part 10-Makan-makan

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL

About me