Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Mei 2014

Beby dan Cita-cita

Beby puteri ke 3 ibu yang digelar master chef dalam family.
Setelah beberapa bulan 'bercuti' setelah tamat SPM, 
keluar result dan menunggu panggilan sambung belajar.
Seorang anak yang ambil mudah segala-galanya...
Nasib baiklah Angah dah tamat asasi dan ada di rumah.
Angahlah yang gigih mengisi permohonan UPU, matrikulasi dan segala-galanya.
Dan semasa semakan keluar, Angahlah yang bersusah payah buka lappy.
Membuat semakan.
Berkorban untuk si adik.
Macam Angah pula yang nak sambung belajar...adeh....


Tawaran ke matrikulasi dipandang sepi.
Tak minat la, tak naklah, susahlah.....

Tawaran UPU.
Tesl yang Beby hadir interview di UPSI hari tu diganti dengan tawaran
Diploma Kejuruteraan Awam.
Tiada respone diraut wajahnya.
Perkataan yang sinonim....susahlah..tak minatlah. tak sangguplah...tak sesuailah
Frust menonggeng katanya sebab cita-cita nak sambung TESL berkubur.

Adoiiii...ibu pulak terlebih risau dan stress.
Ibu pun tak pasti kemana hala tuju dia nak pergi.
Kalaulah universiti tu ibu punya senanglah nak ikut kehendak hati.
Geram pulak ibu rasa.
Cuma ibu dan ayah tidak suka memaksa.
Anak-anak yang nak belajar...kami beri ruang untuk mereka membuat keputusan
dan pilihan yang terbaik.
At last ibu offer Beby "kawin".....
Boleh macam tu?????

Dalam "frust" akhirnya Beby terima tawaran daripada KPM.
Diploma English Communication tajaan MARA.
Mulalah nampak keceriaan diwajahnya.
Maklumlah dia amat minat dengan dunia Bahasa Inggerisnya.
Anak Melayu Rojak + Jawa = minat ala-ala taksub dengan Bahasa Inggeris.

Rezeki Beby disitu agaknya.
Walaupun jauh disudut hati ibu ingin melihat dia melangkah ke matrikulasi
dan menyambung degree tapi Beby lebih berminat untuk merealisasi
impiannya untuk terus cemerlang dalam Bahasa Inggeris.
Beby yang nak belajar so ibu ikut jelah kehendaknya.
Cita-citanya tinggi menggunung untuk menyambung belajar ke luar negara.
InsyaAllah moga dipermudahkan...aminn.

Apapun cita-cita anak-anak ibu, ibu tetap akan bagi sokongan dan dorongan.
Dan yang pasti ibu tidak pernah jemu berdoa untuk kejayaaan dan kecemerlangan
anak-anak ibu.
Semoga Beby terus cemerlang dengan impian dan cita-cita Beby.

12 ulasan:

Salmi berkata...Reply To This Comment

hampir sama je kisah Beby dgn Ude Farhana. Ude pun frust menonggeng bila gagal temuduga TESL. Dapat tawaran diploma sains UiTM tapi tak minat. Akhirnya, ke matrikulasi tapi belum sempat habis satu sem rayuan ke UIA berjaya. Sekarang tgh ambik asasi English Communication di UIA.

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak mie
ank no 3 kot kak mie....adeh, semput si ibu nak melayan kehendak dia..begitu nekad...skrg ni uda dh kt UIAye kak mie..Alhamdulillah ..moga impian dia menjadi kenyataan...kalau UIA 2thn kan asasinya kak?

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bergantung pada test yg dibuat selepas mendaftar. Ujian bahasa Arab dan bahasa inggeris. Jika dua dua ok setahun je. Ude memang tak blh jwb bahasa arab sebab tak ambik semasa di sekolah menengah.

NzA berkata...Reply To This Comment

to kak mie
xpelah kak mie, sekurg2nya impiannya dh mkin cerah...InsyaAllah ude boleh...gud luck ude...tumpang bangga..tahniah utk ude, k.mie n suami.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Saya belum mengalami so tak reti nak komen..tapi rasanya lebih elok kita ikut pilihan anak2 ya kak..sebab yg nak belajar diaorg kan

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..tercapai juga impian Beby. Takpelah NzA, bila anak2 gembira kita juga akan turut merasa kegembiraan itu, lagi pun bagus course yg beby dapat tu..

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Assallam NzA..kemana pun Beby nak beljar tak pe kan..yang penting Beby nak dan minat.
Hero acik minat kejuruteraan awam..dan dapat pulak tawarn dari UTHM batu Pahat.dalam bidang yang dia minat..terus terima je dia..matrik pun tak nak jugak.NzA..acik ikutkan je..yang penting dia nak belajar

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. tumpang bangga dgn beby sebab sgt berminat dengan BI.. bagi lah tips kak~ macam mana nak suruh anak minat BI nih.. susah juga anak2 skrg kalo x pandai BI..:)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

biarkan dia dengan minatnyer... nanti dia usaha lebih.. kita suka dengan anak2 yang ada pandangan tersendiri... yang tahu keinginannyer... semoga berjaya...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

anak2 yg nak belajar perlu seiring minat..kita sebagai ibu ni sekadar nasihat n beri sokongan jelah kak nza..semoga beby buat pilihan tepat..gud luck utk beby!

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Biarlah Beby sambung belajar ikut minatnya. Kalau tak minat nanti pun susah juga nanti. Semoga Beby terus berjaya dalam bidang yang diminatinya.

Unknown berkata...Reply To This Comment

apa2 pun tetap mengucapkan tahniah buat beby... semoga cita2 beby tercapai

About me