Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 April 2017

Trip Vietnam-Cucci Tunner

Hari ke 2 kami ke Cucci Tunner.
Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih dari Saigon City.
Ni pun kali ke 2 ibu jejak kaki ke sini.
Emmmmm.......so ibu sekadar skip jelah mana-mana yang tidak
menarik hati ibu...

Tidak banyak perubahan cuma pintu masuk dah dibina tempat membuat bayaran tiket.
Agak besar jugak.

Bergambar di pintu masuk.



Naurah lebih teruja sebab kali pertama datang tapi ibu dan Angah dah 2 kali ke sini
so feel dah kurang.....

Bergambar kenangan dengan geng kami.

Gambar-gambar yang sempat dirakam.
Ibu tak banyak snap pic..kebanyakkan dari wassap ahli group.


Bersama sepupu, adik dan anak-anak saudara ibu.

Bersama Naurah, Angah dan Iman

Adik dan Kakak.
Adik kecik comel dan kakak tinggi macam model....

Adik dan Kakak.
Adik kecik comel..kakak tinggi lampai dan cubby..
Semua orang tak percaya kami adik beradik.
Dari segi saiz memang kami sangat berbeza.
Persamaan kami...dua-dua jadi cikgu.
Adik cikgu Sejarah dan si kakak cikgu Matematik..

Rasanya cukup di sini dulu ye. Nanti kita sambung kisah hari ke 3.
Itupun kalau ada kerajinan nak update....hihu.

18 April 2017

Trip Vietnam-Day 1

Bersua kembali setelah sebulan ibu menyepi.
Banyak sebenarnya peristiwa yang berlaku.
Kesibukan + tak de mood nak update blog menyebabkan ianya penuh berhabuk...

Kisah dah lapuk cuti-cuti obesi masa cuti sekolah hari tu.
Trip 4 hari 3 malam ke Saigon City.

Feel percutian tak seghairah masa kali pertama jejak kali ke Saigon dulu.
Mungkin sebab masih baru lagi ibu ke sana so keseronokan agak suam-suam kuku.

Biarlah gambar berbicara.
Awal pagi kami dah terpacak kat KLIA....

Sedia untuk check in.

Geng kami...seronok sebenarnya bercuti dengan family dan kekawan sekerja.

Ibu pergi dengan Syarikat Travel adik TURSINA TRAVEL.
Feed back sangat mengembirakan.
Semua kawan-kawan ibu  bagi 5 BINTANG.
Penginapan selesa...makanan sangat sedap dan pengangkutan sangat selesa.
Ditambah dengan geng kami yang sentiasa ceria dan meriah....

Flight kami terbang pada 1.30 petang.
Penerbangan mengambil masalebih kurang 2 jam.
TIba sana 3.30 waktu Malaysia bersamaan 2.30 ptg Saigon City.
Beza masa 1 jam.
Muka penat baru tiba kat airport Saigon.


Tiba kat Saigon City kami terus dibawa jalan-jalan sekitar bandar.
Jangka masa 3 tahun ibu datang sini dah banyak perubahan berlaku.
Cepat sungguh bandar ni membangun.
Tak beli apapun kat sini sebab barangnya mahal.
'Sekadar cuci mata jelah.

Depan butik HArd Rock.

Ibu dan 2Farahs

Bangunan pejabat pos.


Bangunan bertentangan pejabat pos besar.

Malam baru check in hotel....
Bilik besar dan selesa.

Nilah hotel penginapan kami.

Lepas check in kami dibawa makan di sebuah restaurant dan masing-masing dah kepenatan.
Balik hotel terus....zzzzzzzzzzz
Tunggu sambungan siri ke 2 di Cucci Tunner.....

17 Mac 2017

Jom Bercuti

Cuti sekolah bermula.
Mulalah sesi korek-korek tabung travel.
Tabung travel dah kosong dikorek masa ibu
pergi umrah bulan 12 hari tu.
So dengan gigihnya ibu menabung
lagi.
Tak sampai 3 bulan tabung dikorek lagi.
Alhamdulillah dapatlah buat beli souvineer
untuk family dan kekawan...he.he.he.

Selongkar 'Buku Merah'.
Emmm...Alhamdulillah masih 'hidup' dalam zon selesa.
Cuma tak semua anak-anak dapat cuti.
Bawa mana yang dapat.
Bertabahlah.
Ada rezeki kita pergi obesi sama-sama ye.
Doakan percutian kami dipermudahkan
dan dibawah lindungan kasih sayang ALLAH.
Aamin3x.

14 Mac 2017

Aktiviti Sekolah Ibu-Februari

Mesyuarat Agung PIBG
12.2.2017
Mesyuarat dirasmikan oleh bekas pelajar sekolah ini yang bergelar doktor pakar.


Kejohanan Merentas Desa
15.2.2017
Pasukan Rumah Hijau di nobatkan sebagai Johan


Pelancaran Program NILAM
19.2.2017
Program Anjuran Pusat Sumber Sekolah.

Program Kem Ibadah
23-24.2.2017
Anjuran Panitia Agama Islam.

Kami berkampung selama 2 hari 1 malam.
Pelbagai aktiviti diadakan diantaranya :
Mandi wajid
Klinik Al-Fatihah
Ceramah Motivasi
Qiamulai
Cara-cara bertayamum dan lain-lain.

Pelancaran Program Minggu Anti Dadah
26.2.2017
Beberapa aktiviti dan pertandingan dijalankan diantaranya :
-Majlis pelancaran
-Pertandingan mewarna dan melukis poster
-Pertandingan mengarang
-Program 5 minit Anti Dadah
-Pertandingan Deklamasi Sajak dll.





6 Mac 2017

Kisah Februari 2017

Kisah bulan Februari. 
Sejak kebelakangan ni ibu dah "merajinkan diri" mengikut En Ayah
berseminar / meeting di KL.
Alasan kukuh En Ayah, Along ada di sana.
Jadinya saban minggu ibu dan anak-anak habiskan weekend kami di KL.
Lagipun Angah pun sedang LI di Tangkak so berulang dari rumah.
Cuma Beby sorang nun jauh LI di Kuantan.

Awal weekend bulan 2 kami ke IKEA lagi.
Kali ni ke IKEA ceras pulak.
Sementara En Ayah meeting so ibu bersama anak-anak pergi jejalan.
Masa ibu ke IKEA ni memang tak ramai orang.
Lagipun hari Jumaat dan pagi lagi.

Ibu tak shopping mana pun.
Sekadar beli jam dan barangan kecil dan comel..
Tujuan utama pergi nak makan meat ball je

Minggu seterusnya ke KL lagi.
Dah jadi rumah ke 2.
Ibu ada jugak bincang dengan En Ayah dan anak-anak nak beli sebuah pangsapuri atau
kondominium kat KL sebijik.
Rasa macam tak berbaloi setiap weekend terpaksa menginap di hotel.
Dan perlu booking 2 bilik setiap kali ke sana.
Kalau total sebulan untuk penginapan saja dah lebih 1K....huhuhu...
Belum kos lain-lain.

Posing dulu......

Kali ni kami tak jalan kemana.
Sekadar lepak-lepak kat bilik sementara tunggu Along habis kerja pukul 6.30 petang.

Lepas Zohor melayan 2F nak berendan dalam kolam.
Kali ni tak lama mereka berendam sebab sejuk sangat katanya.....

Posing sebelum bergerak pulang.
Tinggallah Along sesorang kat KL.
InsyaAllah ada kelapangan ibu ke KL lagi ye Along.

13 Februari 2017

Aktiviti Sekolah Ibu-Januari

PROGRAM DIALOG PRESTASI UPSR 2017
13.1.2017 (Ahad)

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN 
PEMIMPIN MURID
22.1.2017 (Ahad)
program rutin tahunan.
majlis menyampaikan wartikah kepada pemimpin murid yang terpilih.
Perasminya dijemput dari balai Polis berhampiran

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI
25.1.2017 (Rabu)
Program Suai-kenal selama 3 minggu untuk murid-murid tahun 1 berakhir dengan jayanya...
So diadakan majlis meraikan mereka.

MAULIDUR-RASUL
26.1.2017 (Khamis)
Program yang diraikan setiap tahun tanda kita Cintakan Rasulullah..
Beginilah caranya pihak sekolah terapkan nilai kecintaan dijiwa anak-anak.

perarakan di waktu pagi.

kebetulan sedondon dengan "Adam".
Ibu tak pernah mengajar si Adam ni tapi setiap kali terserempak mesti Adam menyapa.


Makan ramai-ramai dalam dulang.

Selesai makan, ada ceramah agama dan kuiz diadakan.





7 Februari 2017

Kisah Januari 2017

Kisah bulan Januari.
Banyak sebenarnya catatan nak dibuat tapi banyak memori dah hilang....huhuhu...

Ibu akan catatkan serba sedikit aktiviti Bulan januari yang masih bersisa dalam ingatan.
Minggu pertama kami menghabiskan weekend di KL.
Ayah saban minggu ada meeting dan program di KL.
Kalau ada kerajinan ibu ikutlah.
Itupun kalau anak-anak ada free....

Bertolak awal pagi dari rumah.
Check in di hotel.
Ayah booking 2 bilik.
1 bilik super duper besar untuk anak-anak.
Bilik yang selesa. Bilik ke 2 tu siap ada mini bar.
kalau bawa rice cooker boleh main masak-masak.
Tapi nak cari makan senang sebab kat bawah hotel ada restauran.
makanan pun sedap dan harga berpatutan...
Bila datang bersama Farahs ibu lebih selesa tidur di bilik Farahs.
Masa pergi KL ada 3Farahs..cuma beby je tak ada sebab dia di Kuantan.
So Farouk dan Ayah tidur sebilik...itupun masa ayah meeting farouk banyak abiskan masa di bilik orang pompuan...he3x...

Farouk sorang jelah yang sudi makan kat restauran.
3farahs tu agak sukar.
Mereka lebih selesa tapau je makan kat bilik.

Balik solat Jumaat semasa di KL.
Akta paksaan dari Ayah ,kena posing.
Farouk jelah yang dikerah ikut Ayah ke sana-sini....
ibu dan 3Farahs banyak habiskan masa  lepak-lepak di bilik.


Hari ke 2 kami singgah IKEA.
Sekadar cuci mata je sebab bonet kereta dah penuh dengan barang.

Tak sah kalau pergi IKEA kalau tak makan meat ball yang sedap tu.
beli 2 max set untuk makan di sana dan 2 set untuk tapau.

Dalam Bulan Januari ada beberapa kali juga ibu ke Melaka.
Ni masa temankan along ada urusan di Utem.
Melayan budak Farouk yang suka sangat makan mee sizeeling.
Setiap kali ke melaka, itu jelah menu feveret dia.
Yang lain lebih suka makan sushi dan ayam gunting....

puan ibu mengadap makanan.
Kalau beli makanan penuh dengan nasfu..leps tu memang confirm tak habis punya....adeh.

Minggu Akhir ke melaka lagi untuk renew pasport Naurah dan Angah yang
dah nak luput tarikh.
Angah LI dan tak boleh ikut serta so ibu pergi renew pasport Naurah jelah.
Dalam 1 jam renew pasport selesai.

Singgah Aeon Bandaraya Melaka.
Gigih dok menunnggu "ayam gunting' siap....

Dan macam biasa si putera ni nak makan mee sizeeling feveretnya....


About me