Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Februari 2017

Kisah Januari 2017

Kisah bulan Januari.
Banyak sebenarnya catatan nak dibuat tapi banyak memori dah hilang....huhuhu...

Ibu akan catatkan serba sedikit aktiviti Bulan januari yang masih bersisa dalam ingatan.
Minggu pertama kami menghabiskan weekend di KL.
Ayah saban minggu ada meeting dan program di KL.
Kalau ada kerajinan ibu ikutlah.
Itupun kalau anak-anak ada free....

Bertolak awal pagi dari rumah.
Check in di hotel.
Ayah booking 2 bilik.
1 bilik super duper besar untuk anak-anak.
Bilik yang selesa. Bilik ke 2 tu siap ada mini bar.
kalau bawa rice cooker boleh main masak-masak.
Tapi nak cari makan senang sebab kat bawah hotel ada restauran.
makanan pun sedap dan harga berpatutan...
Bila datang bersama Farahs ibu lebih selesa tidur di bilik Farahs.
Masa pergi KL ada 3Farahs..cuma beby je tak ada sebab dia di Kuantan.
So Farouk dan Ayah tidur sebilik...itupun masa ayah meeting farouk banyak abiskan masa di bilik orang pompuan...he3x...

Farouk sorang jelah yang sudi makan kat restauran.
3farahs tu agak sukar.
Mereka lebih selesa tapau je makan kat bilik.

Balik solat Jumaat semasa di KL.
Akta paksaan dari Ayah ,kena posing.
Farouk jelah yang dikerah ikut Ayah ke sana-sini....
ibu dan 3Farahs banyak habiskan masa  lepak-lepak di bilik.


Hari ke 2 kami singgah IKEA.
Sekadar cuci mata je sebab bonet kereta dah penuh dengan barang.

Tak sah kalau pergi IKEA kalau tak makan meat ball yang sedap tu.
beli 2 max set untuk makan di sana dan 2 set untuk tapau.

Dalam Bulan Januari ada beberapa kali juga ibu ke Melaka.
Ni masa temankan along ada urusan di Utem.
Melayan budak Farouk yang suka sangat makan mee sizeeling.
Setiap kali ke melaka, itu jelah menu feveret dia.
Yang lain lebih suka makan sushi dan ayam gunting....

puan ibu mengadap makanan.
Kalau beli makanan penuh dengan nasfu..leps tu memang confirm tak habis punya....adeh.

Minggu Akhir ke melaka lagi untuk renew pasport Naurah dan Angah yang
dah nak luput tarikh.
Angah LI dan tak boleh ikut serta so ibu pergi renew pasport Naurah jelah.
Dalam 1 jam renew pasport selesai.

Singgah Aeon Bandaraya Melaka.
Gigih dok menunnggu "ayam gunting' siap....

Dan macam biasa si putera ni nak makan mee sizeeling feveretnya....


3 ulasan:

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

ayam gunting tu ape kak :D

Ena berkata...Reply To This Comment

hehe..

ayam gunting tu klu x silap ayam uncle bob juga ye kak?
sblm ni sy pun x biasa dengan nama ayam gunting tp aritu blk kg
adik sibuk ajak p beli ayam gunting. bila tgk banner uncle bob..
yg ni pun gitu ke kak?

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

lya kalo g ikea,,,mmg nk naik sawan lah..sudahnya, xtau nk beli apa

About me