Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 September 2014

Johor-Selangor-Perak

Salam rindu semua.
Dah beberapa hari ibu menyepi.
Alhamdulillah hari ni kita bersua kembali.

Cuti 3 hari ibu sekeluarga mengukur jalan.
Bermula dari petang Khamis hinggalah ke petang Ahad.
Destinasi pertama kami ke Rawang, Selangor.
Dari rumah ibu ke Rawang lebih kurang 3 jam lebih melalui
lebuh raya Utara Selatan.
Tersesat jugak beberapa kali walaupun dah guna GPS kereta dan Wase....

Lebih kurang pukul 6.30 petang kami tiba di sana.
Bermalam semalaman di rumah adik ibu.
Bukan main seronok lagi Farouk dapat jumpa sepupu kesayangannya Daniel dan Wafiq.

Semalaman di Rawang dan keesokan harinya kami bergerak ke Ayer Tawar,Perak.
Lebih kurang 4 jam perjalanan melalui lebuh raya Utara-Selatan.

Mengunjungi rumah peninggalan K.long dan Abg long.
Family ibu dan adik-adik dah rancang untuk berkumpul di sini.

Ya Allah...sayunya hati bila kedatangan kami sudah tidak ada yang menyambut..
Tiada lagi kedengaran gelak ketawa dan sapaan mesra arwah berdua.
Yang tinggal cuma suasana sunyi..sepi...suram.....

Tidak kuat hati untuk bermalam di rumah arwah.
Terlalu banyak kenangan yang tertinggal di situ.
Kami telah booking sebuah homestay 2 tingkat, 4 bilik.
Semalaman RM300 dan kami adik beradik menetap di situ selama 2 malam.
Memang selesa sangat sebab homestay ni baru siap.
Anak-anak ibu bersama Su-tie (adik bongsu ibu) dan sepupu sepapat........
Anak arwah bertudung oning kuning tu....

Esoknya seawal 11.00 pagi ibu bersama adik atie dan 2 orang adik ipar bergerak
ke rumah arwah untuk sesi mengemas.
Kanak-kanak rebina kami tinggalkan dulu di homestay bersama Along.
2 orang adik lelaki ibu dah bergerak ke pejabat peguam bagi urusan
harta-harta peninggalan arwah kak long.

Dah selesai sesi mengemas bahagian bawah, barulah kanak-kanak rebina
dibawa ke sini.

Punyalah penat kaum ibu mengemas...dan dengan riang ria kanak-kanak rebina
membuat sepah.....
Namun hati ibu tenang dan sejuk melihat keakraban mereka....
Bukan selalu mereka dapat berkumpul begini....

Inilah kerja anak-anak generasi Y.....

Seharian kami di rumah arwah.
Mengemas, memasak dan makan di rumah arwah......
Setiap saat kami pasti bercerita tentang arwah.
Kami rindu segala-galanya tentang arwah..
Setiap saat kami rasa arwah berada bersama kami......
Ya Allah......terlalu merindui k.long.......

Terpaku mata ibu memandang cenderahati yang abang long sediakan
untuk kak long untuk hari ulang tahun perkahwinan mereka yang tidak sempat mereka raikan.
Tertulis " Khas untuk kesayangan abang..my sweet heart...love you".
Ya Allah...begitu sayangnya A.long pada K.long.
Akhirnya mereka ditakdirkan sehidup semati bersama.......

3 hari 2 malam di Ayer Tawar, Perak.
Barang-barang peninggalan arwah terutama kain baju ibu dan adik-adik packing untuk
disedekahkan pada yang memerlukan.
Berat hati untuk meninggalkan rumah arwah.
Mungkin ini kali terakhir kami ke sana...
Ibu sempat berbisik :
"Kak Long, kakak balik dulu ye. 
Kakak dan adik-adik dah bersihkan rumah kak long.
Moga kak long tenang di sana bersama abang long....
Kami rindu kak long sangat-sangat....."

Hari terakhir kami mengambil kesempatan mengziarahi pusara arwah.
Perjalanan memakan masa 3 jam.
Ya Allah...sayunya hati.
Terlalu berat kaki untuk melangkah.

Tanah perkuburan yang baru dibuka.
Cuma ada 5 buah kubur saja.

Di antaranya kubur bapa abang long yang meninggal sehari sebelum k.long dan abang long meninggal.
Suram dan sunyi suasana di situ membuatkan hati ibu bertambah sayu.
Damailah dan tenanglah kak long dan abang long bersemadi di situ.
Al-FATIHAH

Throwback:
Gambar ni ibu snap semasa OTW balik dari Perak.
Sehari selepas k.long dan a.long meninggal.......

25 Ogos 2014

Kursus Yang Buat Ibu Teruja.

19-20 Ogos ibu perlu hadir kursus Pendidikan Seni.
20 Ogos juga sekolah ibu adakan sambutan Hari Raya.
Perancangan yang dibuat sebelum raya terpaksa ibu lupakan.
Tugas hakiki perlu ibu utamakan.
Saban tahun ibu konon-kononnya merangkap Ketua Panitia Pendidikan Seni 
perlu hadir atas arahan BTP.

Jika tahun-tahun sudah kursus ini berjalan 4 hari tapi
tahun ni dipendekkan selama 2 hari.
Bayangkan bertapa padatnya aktiviti yang perlu kami lalui.
Walaupun padat namun keseronokan tetap ada.

Macam biasa kami sekadar berkursus di dewan sekolah.
Berlapikkan kerusi plastik dan didinginkan dengan kipas.
Namun kami tidak pernah merunggut.
Tak apalah..tetap bersyukur..yang penting ilmu yang kami timba untuk dibekalkan
pada aset negara....Anak-anak didik kami..cewah....
Sebenarnya ibu pun tak sangka sejak bergelar cikgu ibu mampu
terima segala kekurangan dengan seadanya.......

Soalan sinonim yang akan diajukan pada ibu :
"Ni cikgu Z ye....."
Saya selalu tengok blog PSV cikgu...
Saya banyak rujuk bahan cikgu untuk buat assigement.
Saya selalu gunakan blog PSV cikgu untuk PdP.....
Alahai, tak sangka blog PANITIA PSV/DSV ibu yang
 terpinggir ibu rupanya jadi bahan rujukan kawan-kawan sealiran.
Sharing is caring..

 Cikgu cikgi yang hadir.
Biasanya orang yang sama saban tahun....
Ada muka-muka baru...adik-adik junior yang baru posting...

 Masyarakat majmuk.
Dalam group ibu ada 2 orang bangsa Cina, seorang India dan 3 orang Melayu.
Kami lakukan kerja bersama-sama tanpa mengira bangsa.
Penuh dengan gurauandan gelak ketawa.....


Hasil seni yang kami aplikasikan sepanjang 2 hari berkursus.
Kebanyakkannya daripada bahan-bahan terpakai.

Bila cikgu-cikgu seni berkumpul ,maka macam-macam idea kami
dapat kongsi bersama.
Walaupun nampak simple namun ianya amat berguna untuk kami.
lImu itu akan diaplikasikan kepada anak-anak didik.

Dan yang penting, kesedihan dan kerinduan pada arwah kak long dan abang long
terubat seketika bila berada di sini.

24 Ogos 2014

Resepi Ringkas : Bubur Lambuk

Antara pelbagai resepi bubur , bubur lambuk adalah
feveret ibu.
Dan biasanya kak Longlah bahan rujuk ibu bila
perlukan resepi kerana kak long merupakan pakar
masak dalam family kami.
Emmmm..sekarang Kak Long sudah tiada dan tiadalah
sumber rujukan utama ibu.....

Semangkuk bubur lambuk yang menjadi santapan ibu bersarapan pagi ini........

Ni Resepi Bubur Lambuk versi ibu:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
*ketiga bahan dikisar

1 cawan beras yang siap dibasuh.
2 sudu besar serbuk lada hitam
sup bunjut
1 cawan santan pekat
rempah menumis ( kuit kayu manis dan seangkatan dengannya)
daging (ibu malas nak rebus daging so ibu guna bebola daging...boleh ke macam tu????)

sayur-sayuran ibu main belasah je mana yang ada dalam petiais.
Kebetulan yang ada cuma bayam dan kentang.
Itulah yang menjadi mangsa ibu.
garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisardan masukkan sekali rempah menumis.
Masukkan beras berserta air secukupnya dan biarkan mendidih.
Masukkan daging/bebola daging, serbuk lada hitam dan perasa serta garam.
Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih seketika.

Bila dah masak terpulanglah nak tabur bawang goreng ke, daun sup/bawang ke.
Yang penting sesuai dengan tekak.

About me