Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 April 2014

Manakah Kau Menghilang MH370

Sudah beberapa hari ini menyepi disebabkan kesibukan dan masalah melanda....
Rindu rakan-rakan semua......

Kalau tak silap ibu hari ni masuk hari ke 33 misteri kehilangan MH370.
Hanya Allah saja yang maha mengetahui segala yang berlaku.
Sedih memikirkan nasib keluarga yang kehilangan..........

Sebagai guru Pendidikan Seni/Dunia Seni Visual,
ibu mengambil kesempatan untuk berkongsi kesedihan ini.
Becok anak-anak murid bercerita tentang MH370.
Yang pasti mereka juga setia mengikuti perkembangan ini.....

Tanpa warna dan hanya berbekalkan pensel warna ibu bersama-sama anak-anak didik
mencoretkan hasil nukilan ini.
Gambar yang ibu edit dan photostat untuk bekalan pada anak-anak didik.
Kalau suruh mereka lukis sendiri, jawabnya 2 jam pun tak siap.
Dengan gigihnya cikgu yang memang minat melukis dan mewarna ni mengambil alih bagi
memudahkan tugas mereka.....

Doa yang tulus dan ikhlas daripada insan yang bersih ini.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua......
Semoga keluarga MH370 tabah dan sabar lalui ujian yang besar ini....InsyaAllah.

p/s:
Dah 2 hari ibu keluar dari sekolah kerana urusan diluar...emmmm

7 April 2014

Angah dan Asasi

Hari Jumaat seawal 4.30 pagi ibu, ayah dan Naurah
bertolak ke Kuantan.
Farouk tidak dapat ikut serta kerana dia ada kelas taekwando.

Hari Jumaat merupakan hari terakhir
Angah bergelar pelajar Asasi.
Setelah hampir 1 tahun Angah berhempas pulas
 belajar dengan tajaan di UiTM Kampus Kuantan.
Akhirnya tamat sudah program asasi yang memakan masa tidak sampai setahun.
Insyaallah...bulan 9 nanti Angah akan menyambung degreenya,....

 Kami singgah di Muadzam Shah untuk solat subuh.

 Tiba di Kuantan pada 7.20 pagi.
Tiba di kolej angah pada 7.40 pagi.
Perjalanan mengambil masa 3 jam.
Awal pagi jalan penuh dengan lori besar.......

 Setiap pertemuan pasti ada perpisahaan. Hampir setahun mereka hidup bersama.
Hidup diperantauan..jauh dari keluarga..
Belajar bersama, berkongsi cerita...
susah senang diharungi bersama.
Tibalah masa mereka membawa haluan sendiri.
Entah akan bersua lagi ke tidak.......
Sayu bila ibu tengok keakraban mereka.
Berpelukan dan diiringi airmata...

Selesai urusan mengangkut barang kami terus berangkat
pulang semula ke Muar.

Ibu doakan agar Angah dan rakan-rakan sealiran
terus cemerlang....InsyaAllah.....aminn.....




5 April 2014

Ibu, Resepi dan Pemanggang Dessini

Fenomena periuk ajaib memang merebak di Malaysia.
Macam wabak pulak kan.....
Bila tengok rakan-rakan masak guna pemanggang ajaib (PA)
 ibu pun mengedik teringin jugak.
padahal kat rumah ni ayah dah beli periuk ajaib tu.....biasalah kanzzzz......

 Ni ibu ambik dari en google.
Ibu beli jenis Dessini Italy sebab ianya lebih besar dan lebih dalam.
Itulah nafsukan. Padahal kat rumah ni dah tinggal beberapa mulut je yang nak makan.....
Lama juga ibu peram pemanggang ni kat rumah.
Beli dah lama tapi rasa tak ada kepentingan nak guna sebab ibu dah selesa guna
 periuk ajaib yang ayah beli beberapa tahun dulu.....

 Lama-lama jadi kesian tengok PA ibu tu dok terbiar sepi dalam kotak.
Dengan gigihnya ibu keluarkan dan tenggekkan kat dapur.
Ikan-ikan tu jadi mangsa pertama......

Resepi Ikan Panggang Versi Ibu :
Sosnya:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segengam kacang tanah
sebiji tomato
3 senduk sedang cili boh
gula dan garam secukup rasa.
minyak untuk menumis.

Kisar semua bahan-bahan tu.
Panaskan minat dan tumis hingga masak.
Sumbat dalam perut ikan yang dibelah belakang tu.....

 Ni pulak pulut panggang yang MIL ibu bagi separuh siap.
maksud ibu MIL bagi yang belum panggang.
Mungkin MIL tahu si menantunya ni terlebih "rajin" nak panggang pulut tu.
Ibu simpan dulu dalam petiais dan pagi-pagi gigih kat dapur memanggang pulut2 tu...Fuh!!!!!
So tak adalah resepinya ye....hik.hik.hik......

Beby pulak cuba masak (?) mini pizza.
Sebenarnya Beby guna roti je gantikan doh tu....
Kerja ekspress......
Intinya Beby guna daging kisar + sayur + kentang + soon dan entah apa lagi
isi kandungannya tu.... Inti tu kebihan yang beby masak "Korean Mandu" ala-ala wantan.

Inilah namanya Korean Mandu....
Adeh...pelik semacam je nama resepi Beby ni.
Sekali tengok macam karipap yang tak jadi...muhahaha...tapi intinya sedap.
Ada rasa ala-ala inti wantan cuma kulitnya tu guna doh.

Resepi Korean Mandu
1 biji bawang besar-cincang
daging kisar
soon direndam
daun sup
kentang dicincang
kuib ayam dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis.

Cara-cara:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar .
Masukkan daging kisar/ ayam cincang.
Masukkan kentang cincang, kuib ayam dan garam secukup rasa.
setelah masak masukkan daun bawang/daun sup/tougeh.
Kalau nak guna doh buat ala-ala karipap :
Resepi doh:
Tepung
minyak masak
minyak sapi (kalau ada)
air.
garam.

Cara-cara:
panaskan minyak dan minyak sapi.
Curah ke dalam tepung semasa panas-panas.
Tambah air dan uli hingga menjadi doh.

Bentukkan mengikut citarasa...masukkan inti yang telah siap
dan sedia untuk digoreng....

About me