Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Mac 2014

Tunai Janji.

5F yang amat berbeza personaliti namun 4Farah
 dah buktikan kecemerlangan mereka dalam UPSR dan PMR.
Along dan Angah dah buktikan dalam SPM hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekarang ni masa untuk Farouk pulak.

Farouk tidak secemerlang kakak-kakaknya.
Sejak tadika kakak2nya ulang alik turun naik pentas
menerima hadiah kecemerlangan akademik dan ko-kuriklum....
Mereka sentiasa berada dalam TOP3 dan TOP5 tapi
Farouk tidak begitu....

Barulah ibu dapat rasai perasaan seorang ibu yang amat-amat
mengharapkan kecemerlangan anak mereka kerana selama
ini ibu sentiasa berada dalam ZON SELESA.

Akhir tahun lepas, sebelum berangkat ke China dan semasa
ibu memenuhi impian Farouk ke Disneyland dia telah berjanji.
"Ibu, Farouk nak pandai macam Along, Angah, Kak Nana dan Kakak".
Farouk pun nak naik pentas terima hadiah macam kakak-kakak tu semua..... 
Hati ibu tercuit  dan tersentuh.
Mungkin selama ini Farouk rasa dia ketinggalan berbanding kakak-kakaknya.

Alhamdulillah di awal tahun Farouk dah mula naik pentas
menerima "batch" penghargaan NILAM.
Farouk tergolong antara 10 orang murid sekolah yang layak menerima NILAM
Ini bermakna Farouk dah membaca melebihi 360 buah buku......

Alhamdulillah, dia juga dah mula berani tampil ke depan.
Farouk masuk pertandingan deklamasi sajak.
Alhamdulillah walaupun sekadar dapat hadiah saguhati
tapi dia satu-satunya peserta Tahun 5 yang menang kategori
peserta Tahun 5/6.
Farouk juga dapat menjawab soalan kuiz spontan dengan penuh yakin..

1. Hadiah kemenangan deklamasi sajak.
2.Malu-malu kucing kena paksa bergambar oleh ibu...hehehe....
3. Bersama pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan.
4. Hadiah kemenangan kuiz.

Hari Jumaat Farouk terpilih untuk ikut serta dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR.
8 orang murid tahun 5 dipilih untuk ikut serta.
Alhamdulillah, ibu lihat dia tekun mendengar, mencatat dan menjawab soalan2 
yang dikemukan oleh penceramah.
Farouk juga menerima cenderahati dari penceramah kerana menjawab soalan dengan tepat.
1. Cenderahati yang farouk dapat berupa alat tulis.
2 dan 3. Tekun mendengar dan membuat catatan.
4. Makan bersama abang senior....

Yang pastinya Farouk ada perkembangan positif walaupun
kadang-kadang ibu perlu bertukar jadi mak tarzan kerana
dia masih skip dalam menyiapkan home work dan kurang tumpuan dalam kelas....
Namun ibu tidak putus-putus mengamalkan amalan ini
untuk anak-anak ibu....
InsyaAllah, doa seorang ibu paling mujarab dan sentiasa diperkenankan 
olehNya....

7 Mac 2014

Sotong Sumbat Bersayur.

Hari ni kita cerita pasal makan-makan pulak.
Sebenarnya ibu tengah lapar nie....

Sotong feveret ibu dan anak-anak tapi kat tempat ibu agak sukar nak
dapatkan sotong segar + besar.
Cara ibu nak gemukkan sotong dengan menyumbat sesuatu dalam isi perutnya.

Sotong-sotong yang tak berapa nak besar ni ibu isi sayur-sayuran kat dalam perutnya.....he3X.
Sayur tu ibu main belasah je yang ada kat dalam petiais ni.
Kebetulan yang ada karot, kacang panjang, kentang serta bebola ikan.
Masak dulu sayur-sayur tu kemudian ibu sumbat dalam sotong.
Kemudian tutup semula badan sotong tu dengan kepalanya...cocok dengan lidi......
Bila dah masak anak-anak sibuk tanya kenapa sotong ibu jadi gemuzzz dan gebu.....

Resepi sayur:
Langkah 1
Tumis bawang putih dan cili serta bawang besar.
Masukkan bebola ikan.
Tambah garam dan perasa.
Kemudian msukkan kentang, kacang panjang dan apa saja sayur kesukaan.
Goreng hingga masak tapi pastikan jangan lembek.

Selesai disumbat sayur ke dalam sotong tu:
Langkah ke 2
Tumis bawang besar + bawang putih + cili besar dalam minyak panas.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan perasa.
Sedikit air asam jawa atau asam keping....
Masukkan sotong yang telah siap disumbat tu.
Goreng sekejap je sebab sotong akan liat bila
lama-lama atas api.......

Siap untuk dimakan.
Jap lagi nak pergi pasar malam.
Nak cari sotong...he3x.....

6 Mac 2014

Hadiah Telekong Lycra

Dah lama nak buat n3 ni tapi asyik tertangguh.
Beby dah 2 bulan kerja sambilan selepas tamat SPM di atas kehendaknya.
Katanya nak kumpul duit pergi Korea semata-mata nak jumpa abang K-Pop...hehehe....
Gaji pertama Beby belikan ibu telekung
yang lebih kurang sama dalam gambar tu.
Terharu sungguh ibu....huhuhu...
Tapi yang pelik dia beli warna pink.
Warna yang paling dia tak suka...
Beby juga belanja kami satey kambing, daging,
perut dan ayam...

Terima kasih Beby.
Moga Beby bertambah murah rezeki..insyaallah..
Telekong tu ibu simpan dulu..sayang nak guna...

About me