Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Oktober 2013

Birthday Farouk di Perantauan.

                                                               1 minggu ibu menyepi.
Banyak kisah suka duka yang berlaku.
Banyak yang ingin ibu ceritakan di sini tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Tanpa di rancang kami balik kampung.
Lepas sekolah kami bersiap
Dalam bersiap-siap Farouk menerima sebijik Cheese Cake daripada
daddy angkatnya a.k.a Sir Lee Cheng Kin yang dikirimkan melalui jiran kami.
Dalam terpingga-pingga kami meneruskan perjalanan.

Singgah makan dan solat kat RnR Muaazam Shah Pahang.
Sambil tu potong cheese cake sebab si tuan punya badan dah tak sabar.

Cheese cake yang sedap sangat-sangat pemberian "daddy" angkat 5F berbangsa Cina
yang merupakan rakan rapat ayah.
TQSM Sir kerana tidak pernah lupa hari bersejarah kami sekeluarga
walaupun terkadang ibu pun sering terlupa......
Jasa Sir tetap dalam ingatan kami sekeluarga.

Birthday boy yang dah tak sabar nak potong kek.

 Ucapan daripada Sir Lee Cheng Kin a.k.a daddy angkat 5F di FB:
Farouk semakin 'mature' n bertambah 'leng chai' (handsome). 
Happy Belated Birthday Leng Chai.

Masing-masing tak sabar nak makan kek...

Balik kampung sekali lagi ibu belikan kek pilihan Farouk.
Farouk pilih sebijik kek Angry-Bird.
Gara-gara ibu dan Along leka di kedai emas...
akhirnyaaaaaa.....
huhuhuhu

V


V


V


V


V


Kek Angry bird bertukar menjadi Angry-Farouk.
Terperanjat si tuan badan bila mata angry bird dah mengelongsor ke bawah.
Ising cair dan dah tak ada rupa kek idaman.
Berjurai-jurai airmata Farouk...sedih...sebak...sayu.....huhuhu.....
Terkedu ibu dan Along......
Terpaksa la ibu cungkil biji mata angry bird tu dan tampal semula kat atas.
Nak gelak tak sampai hati sebab air mata farouk makin laju berjurai.....


Dalam kesedihan 2 orang kanak-kanak rebina menyejukkan hati si abangnya.
Makanlah mereka bertiga kek yang hancuzzz tu dengan berselera
dan kami memandang kerana rasanya tak sanggup nak makan kek itu.....

Doa buat Farouk:
Ya Allah,
Jadikan lah Muhammad Farouk seorang anak yang soleh,
anak yang bijak,
anak yang terang hatinya,
anak yang penyayang,
anak yang mampu membahagiakan insan-insan disekelilingnya,

Ya Allah,
semoga Farouk menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat....
Amin...amin...amin.....


9 Oktober 2013

Farouk, Maskot Adudu dan Sukan.

Minggu lepas dan minggu ni ibu sibuk sangat-sangat dengan pelbagai program 
terutamanya Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah.
Jadi juru letih yang amat-amat meletihkan........
Berpanas di padang.
Jadi hakim yang arif lagi bijaksana walaupun sebenarnya cikgunya tak aktif pun dalam
 sukan sejak zaman sekolah dulu...

Dan macam biasa dihari kemuncak ibu ditempatkan dibawah khemah sebagai
AJK hadiah yang tetap dan berpencen.......
Itulah tugas yang serasi dengan ibu sejak dulu...kini dan mungkin selamanyaaa....
Ketidak aktifan si ibu telah menurun pada kesemua anak-anaknya....huhuhu...

Hari Kejohanan Padang Sesi 1 (Rabu minggu lepas)
Cuba lihat siapa kat padang tu????
Itulah bujang ibu.
Kalau anak-anak orang lain aktif dalam sukan tapi Farouk 
sekadar aktif jadi "juru ukur" tidak bertauliah.
Alahai kesiankan.....

Hari Kemuncak Kejohanan Balapan dan Padang (Selasa-8.10.13).












 Pasukan ibu "Saujana @ Hijau".
Gigih si cikgu ni menyiapkan aksesori dibantu 5F di rumah.
Beby menyiapkan Maskot Adudu yang comel.
4F menyiapkan 'crown' dan 'topeng mata.'
Selebihnya rakan-rakan guru membantu menyiapkan baki selebihnya.
Kami semua umpama "wonder-pets"...
1 minggu rumah macam tongkang pecah.
Kerahan tenaga yang ibu kenakan pada anak-anak.

Anak-anak pun pelik melihat ibu yang  selalu 'over exited' tu.
Tanpa mengira masa, wang dan tenaga melakukan semua ni tanpa
merungut dan penuh senyuman.......

Ibu : " Tak pe, ibu berhabis wang dan tenaga untuk anak-anak didik ibu juga.
Inilah cara ibu nak "top-up" mana-mana yang terkurang semasa waktu bekerja.
Kan nanti ganjaran Allah bagi pada anak-anak ibu jugak...".

Itulah yang selalu ibu pesan pada anak-anak.
Bila kita diamanahkan buat sesuatu kerja, kita kena jujur,
jangan berkira tenaga , masa dan wang.
Jangan merungut kerana pasti ganjaran
pahala akan Allah berikan setiap apa yang kita lakukan....
Cewah..macam ustazah pulak...he3X.....

 Acara kemuncak yang dinanti-natikan tiba.
Penuh warna warni dan ceria.....

 Farouklah yang bertanggung jawab menjadi Maskot Adudu.....
Nak buat macam mana, itu sajalah bakti yang Farouk mampu lakukan untuk
pasukannya....

 Cecuba tengok......Farouk terima hadiah??????
Mana mungkin Farouk terima hadiah kerana Farouk tak masuk apa-apa acara pun...
Farouk sebagai wakil kawan je tu terima medal...wakaka......

Farouk dan rakan-rakan sepasukan.....

Dan si ibu macam biasa akan sentiasa control ayu walaupun di padang.
Orang lain berpakaian sukan ibu tetap berbaju kurung.
Saja je mengenakan baju pink + biru untuk mengurangkan bahang kepanasan......
Nak buat macam mana, tugas utama ibu sejak dulu, sekarang dan mungkin selamanya
adalah AJK hadiah.
So ibu terpaksa berpakaian formal.....
Disamping itu ibu berkejar merangkap juru gambar  di tengah padang.
Rasanya ini sekeping je ada gambar ibu.
Biasalah orang bergelar mamarazzi....

Majlis berakhir menjelang Maghrib.
Dan dirasmikan oleh ADUN Ledang.......

7 Oktober 2013

Ukur Jalan

Bermula hari Khamis masa ibu banyak dihabiskan di dalam kereta.
Petang Khamis ibu ke Melaka untuk menjemput Along di UTeM.
Sempat singgah di Mydin MITC.
Anak-anak dara ibu dah mewarisi kegemaran ibu......bershopping!!!!!
Mydin di MITC.
Dekat je dari UTeM.

Naurah dah mula rambang mata.
Sempat juga dia sambar 4 helai t-shirt, Beby 2 helai dan Along sehelai...
Sempat juga Along beli sebuah handbag.
Katanya ada offer...70%., bila ibu tengok harga RM145 jugak...
Aduyai..anak-anak......
RM145 je??????

Kalau ke Mydin memang tak sah kalau tak beli big apple, feveret kami anak beranak.

Esoknya kami ke Kuantan untuk menjemput Angah pula.
Perjalanan memakan masa antara 3-4 jam......
Angah bercuti selama sebulan setengah sebelum melangkah ke semester ke 2.
Terpaksalah barang-barangnya diangkut balik.....

Kami tiba di Kuantan dalam pukul 2.00 petang.
Masa sampai Angah dah siap menunggu dengan beg-beg yang menimbun.....


Operasi angkut mengangkut.

Macam nak pindah randah rupanya....
Sebelum balik kami singgah ECM.
Kat ECM kami cuci-cuci mata je sebab kejar masa nak balik semula ke Muar.

Singgah pekena oblong kambing di Muaazah Shah....
Setiap kali lalu MuaazamShah mesti kami singgah beli oblong kambing nie.

Hari Ahad kami ke Melaka lagi untuk pulangkan Along semula.
Highway agak lengang.

Singgah lagi kat Mydin MITC sebelum hantar Along ke kampus.
Shopping lagi dan lagi.
Kali ni Angah pulak beli jubah.
Katanya untuk raya haji nanti.

Dan pekena big apple lagi....

Dalam pukul 1.00 petang kami tiba di UTeM.
Ni pejabat pentadbiran.

Akhirnya tiba di asrama Lestari tempat penginapan Along.
Masa ibu nak balik mulalah Along berdrama airmata.
Begitulah sejak belajar kat matrikulasi ibu dah saksikan drama swasta Along tu....
Peluk-peluk ibu dan yang paling tak tahan boleh dia duduk dalam kereta dengan selamber katanya:
"Ibu boleh tak Along tak nak dok sini...Along nak balik rumah....huk.huk.huk....."
Alahai anak manja sorang nie.
Dah besar pun masih manja.
Sebenarnya ibu pun sedih jugak........

p/s:
Maaf ye sebab sekarang ibu amat-amat sibuk.
Tak sempat nak jengah blog kawan2..
Nak buat n3 pun tertangguh....huhuhu.....

About me