Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 September 2013

Sedikit Ujian Buat 2FARAH

Kisah berlaku seawal 6.50 pagi Rabu.
Motosikal yang dipandu BB terbabas di jalan raya sewaktu ke sekolah.
Sedikit ujian yang Allah berikan pada Beby dan Naurah.
Mereka adalah antara 5 orang mangsa terbabas dikawasan
yang sama, dihari yang sama dan diwaktu lebih kurang sama akibat jalan licin.


Luka yang dialami oleh BB.
Agak dalam lukanya.
Alhamdulillah ada seorang guru Kimia BB berbangsa Cina berhati mulia
membawa BB ke unit kecemasan di klinik berhampiran.
Terima kasih di atas jasa cikgu.
Masa tu BB duduki trial SPM.
Exam terpaksa ditangguhkan akibat kecederaan yang BB alami.

Luka yang dialami oleh Naurah.

Alhamdulillah, ibu amat bersyukur kerana Allah sentiasa
melindungi anak-anak ibu.
Sedikit ujian buat mereka untuk menguji kesabaran dan ketabahan.
Mungkin juga sebagai peringatan agar lebih berhati-hati dan sentiasa
mengingati Allah.
Terserlah kesabaran  BB dan Naurah bila diuji sebegini.
Tidak mengeluh, sabar menahan kesakitan, masih gagah melangkah ke sekolah walaupun
dalam keadaan berbalut..
Cuma Naurah agak fobia untuk membonceng motor sehari dua nie.
Kesian anak-anak ibu.
Terpaksa berdikari ke sekolah kerana ibu tiada pilihan.

Alhamdulillah, keadaan mereka berdua beransur baik
dan semoga luka cepat sembuh seperti sediakala.....InsyaAllah.

5 September 2013

Hanya Kerana Solivite ibu Menangis

Percaya tak dengan tajuk di atas.....????? Silalah percaya...
Kisah benar yang terjadi pada ibu.
Airmata ibu boleh tumpah gara-gara 5 botol solivite.

Semalam ibu singgah ke EconSave yang terletak tak sampai 0.5 km dari rumah ibu.
Macam biasa bila terpandang minuman kegemaran anak-anak, ibu akan capai dan beli.
Dan seperti biasa Farouk akan booking perisa kegemaran dia.

Terpacul dari mulutnya : Ibu, air solivite ada lebih 2...satu untuk Along dan 1 untuk Angah.
Tiba-tiba ibu sentap.
Sayu dan sebak.

Airmata tiba-tiba mengalir.
Sedih sangat-sangat.
Kerinduan membuak-buak pada Along dan Angah.

Anak orang lain pun belajar jauh dan sedari kecil dah tinggal di asrama.
Releks je ibu tengok.....Ibu pulak over....huhuhu...
Ibu pun releks juga dimata kasar orang lain tapi jauh di sudut hati
terpendam rasa rindu yang amat sangat..
Mungkin Ibu tak sekuat mereka agaknya.

Ibu amat rasa kehilangan..
4Farah amat rapat dengan ibu.
Hubungan kami bukan setakat ibu dan anak tapi
kami adalah rakan baik, teman bershopping, tempat berkongsi rahsia, berkongsi kisah suka duka..
Yang pasti kami tak pernah berpisah lama.
17 tahun Along dan Angah membesar di depan mata ibu.
Merekalah yang sentiasa disisi ibu bila ayah outstation...macam-macam aktiviti yang kami lakukan bersama-sama,..
Ketiadaan Along dan Angah membuat ibu amat-amat terasa kehilangan.

Rupanya bukan ibu saja yang menangung kerinduan ini.
Ayah pun sama cuma ayah lebih kuat berbanding ibu.

Ayah : Abang ada meeting di KL selama 2 hari.
Balik dari KL abang nak singgah kat tempat along.
Ada apa-apa nak dikirimkan?????
Aduyai....rupanya kami sama-sama merindui anak-anak......

p/s:
Kenapa ye ibu tak boleh masuk ke blog "attyfir"

4 September 2013

Open House Sepanjang Syawal..

Hingga ke hujung Syawal, jemputan open house tak putus-putus.
Mana yang sempat, ibu terjah untuk penuhi undangan.
Badan dah makin mengembangggggg......
Rasa ngeri je bila ibu lalu tepi penimbang yang terbiar sepi kat rumah.
Maka berehatlah seketika penimbang akibat tuannya seolah-olah fobia....

Rumah ibu memang tak pernah ada istilah open house secara formal
sebab rumah ibu sentiasa "open" sepanjang Syawal.
Maklumlah anak-anak murid ramai.
Walaupun mereka dah melangkah ke sekolah menengah tapi
mereka tak lupa mengunjungi cikgu a.k.a ibu tiri yang garang tapi penyayang nie....cit!!!

Hari Khamis lepas rakan-rakan bercadang nak datang  beraya ke rumah.
Program spontan dan agak extrim yang sering kami lakukan.
Hari tu ibu bekerja seperti biasa.
Maklumlah ibu ni seorang yang terlebih rajin bekerja.....p/s : sila jangan percaya!!!!
So Alonglah mengambil alih tugas memasak dan menyiapkan apa yang patut.
(masa majlis ni along masih ada di rumah......)

Along tolong masakkan spaghetti bersama 2 jenis sos carbonara dan bolognise.
Ibu tempah ayam goreng rangup dan beli sedikit buah-buahan.

Beby pulak tolong masakkan  puding triffle sebagai pencuci mulut.
Beby memang teror bab-bab hidangan pencuci mulut.
Bayangkan esoknya dia ada trial SPM subjek add-math, malamnya gigih masakkan
puding ni walaupun diberi amaran keras oleh ibu.
Alahai, beby ni pelik sikit...katanya nak release tension.
Release tension la konon...bukan dia study punnnn.....huhuhu....

Ni geng sesi pertama.
Ada seekor kumbang antara bunga.
Cikgu ni memang sporting...pangkat adik manja dengan ibu...hehehe...
Alhamdulillah, ramai jugak rakan-rakan yang hadir.
Memang meriah sangat-sangat...
Mereka hadir dalam 2 sesi...

Baby kecik yang comel dipangkuan ibu......
Baik dan diam je Baby ni.
Geram ibu tengokkan...puas gomol-gomol dia.

Sesi ke 2 kaum ibu dengan anak-anak datang beraya.
Sementara kaum ibu sibuk bergosip di luar, anak-anak leka melayan cerita kartun.....
Gud boy...gud girl....
Tengok tu siapa disebelah Farouk...awek cun.....

Sementara itu ada saja group anak-anak murid datang beraya
sepanjang bulan Syawal..
Boleh dikatakan rumah ibu sentiasa menerima kunjungan.
Ada yang sempat ibu snap gambar dan ada yang terlupa.
Anak-anak murid yang dah melangkah ke sekolah menengah
tapi masih setia pada cikgunya nie....
Dialog penting:  Cikgu.....nak duit raya....
Ambo-amboi dah besar panjang pun masih nak mintak duit raya bagai.
Tapi ibu memang tak pernah lupa sediakan budget lebih untuk mereka.
Merekalah insan-insan jujur dan ikhlas........


Selepas kunjungan rakan-rakan ke rumah ibu,
giliran ibu pula berkunjung ke rumah rakan-rakan.
Yang bestnya kami pergi secara kumpulan/konvoi.
Program kami diadakan pada hari sekolah sebab weekend
ada undangan lain pula menanti....

Along merangkap pemandu ibu dan farouk sebagai bodyguard mengantikan ayah.
Kalau open house disebelah petang, memang ayah tak boleh ikut serta
kecuali hari minggu.
Open house di rumah rakan ayah diadakan sebelah malam....
So siang malam la ibu hadir open house.....

Siap sedia untuk menambahkan berat badan..
Makin berlemak sana sini...huhuhu.......

Antara rumah rakan-rakan yang sempat ibu kunjungi.
Sehari dalam 4-5 buah rumah yang ibu hadirrrr.....
Dan disaat ini hancur berkecailah diet  ibu..diet la sangattttttkannnzzz.......

Esok, lusa dan pengakhir Syawal ibu masih lagi menerima
jemputan open house daripada rakan-rakan ibu dan rakan-rakan ayah.......
Cepatlah Syawal berlalu dan selamat datang Zulkaedah.......

p/s:
Jap lagi ada pemantau nak datang.
Semoga dipermudahkan......aminn...

About me