Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Mei 2013

Baby Baru Ayah.

Wah tergugat ibu dengan tajuk tu...
Tak delah, sebenarnya ayah beli benda alah ni.
Dah seminggu pun.

Ibu pun tak tahu, Baby yang entah ke berapa.
Kamera digital dah ada 4 bijik, DSLR dah jadi gajah putih dan beli pulak en canon nie. 
Ayah ni kalau dah beli sesuatu memang leka.
Sweet pulak ibu tengok dok tilik2 benda alah tu.
Macam kanak-kanak ribena yang baru dapat mainan gitu.

Dan model kat rumah dah makin pupus.
Kalau dulu Naurah dah Farouk la jadi model tapi sekarang model dah tak bagi kerjasama.
So sekarang kami kena berhati-hati sebab ada je orang curi-curi candid gambar kami....huhuhu....

p/s:
Aduyai...ayah OT lagi....huhuhu....

22 Mei 2013

Cheese Cake Untuk Along.

Hari ini nak tayang makanan ye.
Bak kata ummiross, bukan sebab sakit jiwa....hehehe....

Birthday Along dah berlalu.
JJCM pun sudah cuma kek je belum ada.
Biasanya ayah yang selalu sponser kek birthday 5F tapi kali ini ayah amat sibuk dengan kerja.
Tak sempat langsung nak tempah kek untuk anak manjanya.
Kesian pulak tengok Along tu.
Mesti sedih......huhuhu.....

Untuk tidak menghampakan along, ibu tempah sebiji  dari rakan sekerja seorang ustazah..
Ibu pernah rasa cheese cake airtangan ustazah ni masa Hari Guru lepas.
Memang sedap walaupun simple.........
 Sebiji cheese cake blueberry + oreo untuk along....
Sedap dan harga berpatutan.
Cheese melimpah ruah.....

Kek tu ibu potong 6 bahagian sebab ayah tak minat kek.....
Puas kami makan...
Lain kali bolehlah tempah lagi ye Nurul......

Sekarang ni ibu dah tak ada masalah untuk  tempah
 melty, pavlova, red velvet dan cheese kek sebab kat sekolah dah ada orang yang mengambil tempahan.....
Maka potensi untuk kembang makin bertambah maju...huhuhu.............

20 Mei 2013

Antara Matrik dan Asasi...

Pilihan dan cita-cita yang berbeza antara  ibu dan anak.
Si ibu ingin melihat salah seorang anaknya bergelar sebagai  doktor...
mengikut jejak langkah kedua orang pakciknya.
Si anak langsung tidak berminat.
Pernah si ibu memujuk si anak untuk melanjutkan pelajaran dalam  bidang dental
di luar negara kerana diberi peluang ke sana.
Si anak menolak dengan berhemah..
Si tuan badan lebih berminat
untuk menjadi seorang peguam yang berjaya atau seorang guru yang berdidikasi.....
Cita-cita yang dipendam sebegitu lama......

Apapun ibu redha dengan pilihan Angah kerana yang nak belajar adalah Angah.
Ibu bertindak sebagai penguat semangat dan memberi motivasi pada anak-anak.....
Sebagai seorang ibu, amat-amat bersyukur 
bila melihat cita-cita dan impian si anak semakin hampir....


Pada 7.5.2013 Angah ditawarkan ke program matrikulasi dalam bidang Sains di Gopeng Perak.
Daftar pada 27.5.2013
Gembiranya hati ibu kerana sekurang-kurangnya impian ibu
untuk melihat Angah bergelar seorang doktor dah mula menampakkan sinar.....
Dalam gembira ayah bersedih hati... bersedih kerana terpaksa berjauhan beratus batu dari angah.
Alahai ayah........terlebih  syahdu berbanding ibu..

Angah minta pendapat dan ibu beri pandangan dan sokongan.
Along turut memberi kata-kata semangat agar angah belajar bersungguh-sungguh...
Maklumlah Along bekas pelajar matrik....
Along lebih tahu keadaan dan situasi di sana..

Bersemangat si ayah dan angah membuat persediaan.
Keluar shopping bersama-sama dalam kesibukan ayah dengan urusan kerja.
85% sudah hampir siap......
2 buah beg besar penuh berisi kain baju.
Belum lagi barangan lain.
Agaknya kena booking sebuah lori nak angkut barang anak dara nie......
Dan yang paling ibu tak tahan bila Angah bertanya :
"Ibu, cukup tak Angah bawak 30 pasang baju kurung....?"
"Ke kena tambah 10 pasang lagi.....?"
(* di matrik, pelajar wajib berbaju kurung....)
Terbeliak biji mata ibu mendengarnya.
Dalam hati berkata-kata...
Alahai anak ibu..like mom like doter.....hehehe....

 Pada 17.5.2013 Angah membuat semakan pada UPU.
Alhamdulillah sekali lagi angah berjaya mendapat tawaran.
Kali ini angah ditawarkan ke Asasi Undang-undang di UiTM Kampus Kuantan.
Daftar pada 2.6.2013.

Terus menelefon ibu kerana masa tu ibu masih di sekolah....
Terpancar  kegembiraan pada suaranya.
Cita-cita dan impian angah dah mula cerah untuk menjadi seorang peguam.

Teruskanlah cita-cita Angah....Ibu tetap menyokong angah tanpa berbelah bagi
walaupun impian ibu belum menampakkan hasilnya.
Mungkin cita-cita ibu beralih kepada Beby dan Naurah pulak.
Tapi hampa kerana Beby awal-awal dah cakap nak buat tesl..InshaAllah.
Naurah menolak juga kerana cita-citanya menjadi seorang guru.
Farouk sudah ada cita-cita tersendiri..ingin menjadi seorang engineering dan ulamak tersohor....
Tak kisahlah...Asalkan anak-anak ibu berjaya dalam impian masing-masing....

TAHNIAH Angah.
Ibu amat bangga dengan kejayaan anak-anak ibu....
Kejayaan anak-anak adalah hadiah yang tidak ternilai buat ibu dan ayah.
Kalian sentiasa membuat ibu dan ayah tersenyum bahagia.....

Terima Kasih Allah di atas kurniaanMu pada keluarga ibu.
Amat-amat bersyukur kerana Allah permudahkan segala-galanya..
Mei 2013 banyak membawa berita-berita indah buat kami sekeluarga...
Syukur Alhamdulillah.......
Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kami sekeluarga....
Kisah Mei Yang Indah .

p/s:
2 Jun......Ibu dalam dilema.........

About me