Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Mac 2013

Bisnes Bertukar Tangan.

Bisnes la sangat....hehehe...
Beberapa bulan lepas ibu ada buat n3 tentang  Beby a.k.a Farah Najdah
buat biz keychain dari kain felt.
Klik SINI.
Beby terpaksa "bersara" seketika dari dunia biz sebab tahun ni dia akan duduki SPM.
(Macam la dia study hard untuk exam tu....huhuhuhu......)

Banyak kain felt dan bahan-bahan untuk membuat keychain tu tersadai sepi.
Sayang pula ibu tengok semua tu.
Ibu cadangkan angah a.k.a Farah Nadiah pula ambil alih untuk hasilkan keychain.
Maka dengan gigihnya angah memulakan operasi tu.
Untuk permulaan ni ibu jual di "gerai kecil PSS".
Ibu ambil sedikit sebagai komesyen untuk disalurkan pada PSS.
Tak adalah banyak sangat pun sebab harga yang angah letak pun
murah je antara RM1.50-RM2.50.
Maklumlah nak jual pada budak-budak tak boleh letak 
harga yang tinggi.
Sekadar dapat sesen dua untuk isi masa lapang.

Keychain yang 90% siap.
 1 malam Angah dan ibu dok mengadap benda alah nie.
Leka juga.

Ni pula 'plush'.
Yang ini dijual dengan harga RM2.50 keatas mengikut saiz.
Setakat ni Angah buat sekitar harga RM2.50.

p/s:
Kalau ada sapa-sapa nak tempah boleh order ye...
hehehe...tolong promosi untuk Angah.

5 Mac 2013

Akhirnyaaaa...PhotoBook Ibu Siap...

Pada n3 yang lepas ibu ada cerita tentang angan-angan ibu nak hasilkan photobook sendiri.
Itupun setelah ibu dapat software + print + binding percuma
setelah "terbeli" sebuah lagi kamera digital.
Klik SINI.
Rasanya kalau tak dapat free ibu tak kisah pun tentang photobook tu.
Dulu pernah menang voucer photobook dalam contest "Anak Ku Merdeka"
Farouk jadi model masa hantar gambar tu.
Tapi masa tu ibu belum berminat nak tuntut voucer tu....aduyai..rasa rugi pulak..

Masa awal-awal dapat software tu ibu sempat  buat 2-3 muka surat photobook
dan akhirnya tergendala.
Maklumlah dalam istilah "SAYA MURID BARU BELAJAR".
Terkial-kial keseorangan.
Terkadang rasa fedup pun ada.

Hampir 1 bulan rancangan ibu tergendala ditambah
dengan kesibukan kerja-kerja pengurusan sekolah diawal tahun.
Photobook tersadai sepi di dalam lappy.
Masa Along balik bercuti, dia tanya ibu pasal projek tu.
Baru semangat kembali untuk mengadap lappy dan menyiapkan photobook tu.

Dalam masa 2-3 hari ibu curi sedikit masa untuk cuba siapkan.
Edit sikit-sikit dalam keadaan yang masih blurrr.....
Akhirnya ibu nekad siapkan juga.
 Terlanjur hantar along balik ke kolej ibu minta ayah singgah ke
Mahkota Prade di Melaka untuk hantar printe + binding.
Maklumlah kalau sekadar nak ke Melaka hantar benda alah ni rasa tak berbaloi

 Dan akhirnya siap juga photobook sentuhan pertama ibu...
Alahai, orang lain dah berpuluh-puluh buah buat photobook tak kecoh pun...
Ibu buat 1 pun dah kecoh bagai.....
Ibu kan suka kecoh...so buat kecohlah nie....hehehe.....

Bahagian dalam photobook............

Photobook Siri 1 ni semuanya tentang percutian kami sekeluarga...
Sabah ada, Vietnam ada dan tempat-tempat menarik seluruh Msia......
Cuma percutian di Sarawak dan Pulau Langkawi tak ada.
Puas ibu cari pic dalam lappy-lappy kat rumah ni tapi tak jumpa....huhuhu....

Dannn bila ibu tilik-tilik semuanya gambar anak-anak.
Ada 2-3 keping je gambar ibu dan 1 keping je gambar ibu dan ayah di Sabah...Aduyai.
Gitulah nasib jadi jurukamera(ibu + ayah).
Gambar sendiri tak ada.......huhuhu...
Takpelah, asalkan gambar-gambar buah hati ibu dan ayah ada..
Seronok tengok mereka ceria bila berpeluang bercuti bersama...

Wajah ceria 5F tersemadi di photobook sebagai tanda kenangan....

Moga lepas ni ibu bersemangat untuk hasilkan siri ke 2 pula...
Bila masanya ibu pun tak pastiiiii...

Untuk pengetahuan rakan-rakan, upah print + binding untuk 20m/s dalam RM88.
Itu tak termasuk kos edit pic tu semua....
Ibu rasa kosnya agak mahal sebab photobook ni nipis bangat cuma
kulitnya memang tebal + cantik.....
Ada tak sapa-sapa area Muar dan Melaka tahu tempat yang lebih murah
untuk print + binding photobook nie??????

4 Mac 2013

Kisah Misteri Nusantara.

Minggu lepas berlaku satu kisah misteri.
Bagi yang lemah semangat baik jangan baca waktu malam ye..
Hehehe..tak delah seram sangat pun cuma sedikit misteri.

Pada malam Jumaat pada pukul 12.45 malam ibu terima 'miss call' dari seorang rakan setugas.
Seawal pagi bila check hp baru ibu  perasan ada 'miss call'.
 Maklumlah hp ibu sering bertapa dalam handbag.

Sampai di sekolah ibu bertanya M kenapa call ibu pagi-pagi buta.
M tercengang dan menatap ibu dengan confius.
M : Bukan akak ke miss call saya dulu.
Ada 2 miss call  dan satu tu akak hantar voice mail.
Voice mail tu suara macam orang lelaki dan bunyi macam deruan angin......
So saya call la akak tapi tiada jawapan.
Yang pasti masa tu ibu sedang dibuai mimpi indah.
Dan ayah pun tiada kerana outstation di KL selama 2 hari...

 Terus ibu keluarkan hp dan check 'call out..'
Pelik sebab tiada dalam senarai ibu call keluar.
Lagipun kredit ibu kurang RM2 malam tu dan tidak mungkin ibu boleh call out.
Bertambah pelik, macam mana hp dalam handbag boleh tertekan tanpa sengaja.
Lagipun kalau dah lama2, 
pastinya hp dah 'keylock' dan tak mungkin boleh buat 'call out....'

Bukan sekali hp ibu dilanda misteri.
Hp ibu pernah 2X hilang di sekolah.
Semasa hilang ibu berada di bilik guru.
2 hari kemudian hp tu ibu jumpa di atas meja kerja ibu yang terletak di blok lain.
Serius ibu cakap.
Masa tu bulu roma ibu meremang......huhuhu...
2X kejadian sama berulang.

gambar kidnap dr en google....
Handphone murah kesayangan ibu.....

Bila fikir-fikir seram juga dengan cik nokia nie tapi ibu sayang sangat kat cik nokia tu
berbanding hp ibu yang lain.
Sebab : tak tau sebab apa.....hehehe.....

Dalam fikiran mula terbayang benda yang bukan-bukan.
Hp ibu bukannya yang canggih manggih tapi ibu tetap sayangkan ia.....
Cuma hati ibu sedikit rasa keliru + confius + pelik + hairan
dengan kejadian yang berlaku...
Ah!!!! abaikan aje...........


About me