Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Januari 2012

Tiba-tiba Teringin...

Hari Ahad masa outing tiba-tiba lalu depan restaurant sushi kat Wetex Prade.
Teringin nak melangkah masuk tapi bila jengah ramai pula kaum cina sedang menjamu selera.
Terus kaki ibu terhenti.
Ibu ni kalau bab-bab makan kat luar jakun sikit.
Maklumlah sejak kahwin dengan Ayah, restaurant ibu cuma di dapur.
Sedihkan!!!!!!

 Ni sushi yang kami makan masa pergi ke Melaka lebih kurang 2 minggu lepas.
Ya Allah, rasanya macam mengidam pulak ibu ni.
Ayah dah mula sibuk.
Sapa nak bawa ibu makan sushi nie?????
Dah meleleh air liur ibu nie.......

p/s:
Salam Takziah untuk bonda Guru Besar Pn Hjh Nik Fauziah yang kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu dan kakanda Ustazah Azalina (Guru Agama) yang pulang ke rahmatullah pada petang Ahad.
Semoga roh arwah berdua ditempatkan disisi orang-orang beriman....Al-Fatihah.

16 Januari 2012

Hari Yang Blurrrrr.....

Entah kenapa hari ni ibu jadi blurrrrr...
Selepas waktu perhimpunan mingguan
ibu terus menuju ke makmal komputer.
Nak siapkan kerja yang perlu dihantar ke PPD dan PKG  "SEGERA"....

1 jam mengadap komputer tiba-tiba ibu dikejutkan 
dengan suatu suara...
"Cikgu, sekarang masa cikgu......"
Tersentap ibu tiba-tiba.....
Ibu : "Ye ke???? bukan masa akhir ke????"
Murid A : Taklah cikgu, sekarang masa Maths la....

MasyaAllah kenapa ibu boleh lupa.
Memang sejak tadi ibu ingatkan masa akhir.....
Berkejar ke kelas di tingkat 3..
Timbul rasa bersalah.
Ibu telah mencuri waktu mereka..
Maafkan cikgu ye anak-anak...

Lepas rehat, ibu mengadap komputer lagi.
TIba-tiba rasa fed-up.
Rasa macam nak je letak jawatan...
Rasa bosan memuncak-muncak.
Bukan ke tugas hakiki ibu mengajar????
Tetapi kenapa perlu buat kerja lain melebihi tugasan sebenar.
Kenapa dibebankan dengan tugasan diluar bidang kita????

Tiba-tiba datang Ustazah H.
Terperanjat ibu untuk kali ke 2.
Ustazah H: Kak, lepas ni masa akak di Th 1 kan???.
Ibu : "ye ke?????Akak ada kelas ek????
Ustazah : Tadi saya tengok jadual. 
Sebab tu saya cari akak.
Kak, saya nak tukar masa ye...Saya ada hal.
Saya ambil masa akak dan nanti akak masuk masa Agama.
Ibu : Ok, akak tak kisah...

MasyaAllah, sudah kali ke 2 hari ni ibu terlupa.
Rasa amat-amat bersalah.
Entah kenapa hari ini ibu banyak mengelamun.
Nak kata rindukan ayah, baru pagi tadi dok tenung muka ayah.
Nak kata rindukan anak-anak, baru pagi tadi menyiapkan 
sarapan pagi mereka........
Kesimpulannya....ibu rasa "stress" dengan tugas sampingan
yang mengalahkan tugasan utama ibu MENGAJAR!!!!!!!.
.
Nasib baik ibu masih ingat jalan PULANG!!!!!!!

Hi-tea Dengan Sup Kentang Berperisa Tomato.

Petang perut sentiasa minta diisi.
Sekadar roti bakar cicah air pun jadilah.
Aktiviti menternak lemak dibadan.
Petang semalam teringan nak makan roti bakar cicah sup kentang berperisa tomato.

Kebetulan bahan-bahan semua ada dalam petiais.

Ok ibu kongsi cara nak masak:

Bahan-bahan:
4-5 biji kentang-dikupas kulit dan dipotong 4
3-4 biji buah tomato-dipotong 4
Sedikit hirisan dada ayam-kalau tak nak pun tak pe.
1 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih
Garam dan kuib ayam atau serbuk perasa.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong.
Masukkan air dan masukkan semua bahan-bahan lain.
Biarkan masak.
Setelah masak dan biarkan agak sejuk, kisar hingga hancur.
Sedia untuk dimakan, mudahkan dan yang penting berkhasiat........

Jemput makan semua.....

15 Januari 2012

Destinasi Wajib Awal Tahun.

Hari ini lambat sikit ibu bersiaran kerana terlewat bangun.
Bila terjaga hari dah siang.
Farouk dan Ayah dah balik dari berbasikal keliling taman.
Sarapan pun ibu tak sediakan.....

Semalam balik latihan merentas desa terus ke jemputan rumah bos, 
Balik dari rumah bos ,
anak-anak ajak pergi ke destinasi "WAJIB" kami setiap awal tahun.
Kedai buku.
Mereka dah terbiasa dengan rutin ini sejak kecil lagi.

 Kami ke Bandar Maharani @Muar.
Tempat pertama yang dituju ialah City Star BookCentre.
Kat City Star hanya ibu dan Along je beli buku.
Sejak duduk kat rumah ni ,Along sangat berminat dengan novel Bahasa Inggeris.
Edisi Harry Potter dah habis dibacanya.
Kalau tak silap ibu dalam 8 siri.
Sebuah buku tu dalam RM40-50.
Mau ratus-ratus juga melabur tu.....
Hari ini Along beli novel Twilight dan New Moon....
2 buah tu dah jejak Rm100.
Tak pelah, janji dia minat membaca....
Dan duit beli buku tu claim dari Ayah....he.he.he...

 Ini kedai buku ke 2 kami pergi ,
Tanjung Mas Book Centre.
Terletak di Wetex Parade.
Bukan main leka anak-anak ibu kalau dah
masuk kedai buku.
Along beli lagi 2 buah novel Bahasa Inggeris lagi.
2 buah dah RM100+...

Untuk Farouk ibu beli "Komik Doraemon".
Itulah Komek yang ibu beli untuk anak-anak semasa mereka kecil.
Tujuan untuk memupuk minat membaca.

Tapi "awas" ye kerana sebelum bagi anak-anak baca ibu kena tapis dulu.
Maklumlah dalam buku KOmik ni banyak perkataan yang tidak
sopan seperti penggunaan perkataan "Bodoh" digunakan.
Sebab tu ibu terangkan dulu kepada anak-anak
pengunaan perkataan yang tidak elok Allah dan Nabi benci.....
Bila mereka baca buku-buku macam ni mereka akan faham...
Setiap kali jumpa perkataan itu mereka akan cakap apa yang
ibu terangkan.
"DOsa ek ibu bila cakap B.O.D.O.H ......
(anak2 siap eja kerana ibu tidak benarkan mereka menyebut perkataan itu...he.he.he...kelakarkan)

Shopping time.....

Ibu ada 2 keping member card VIP.
Jadinya ibu dapat diskaun yang lebih tinggi.....

 Sebelum ke Tanjung Mas BookCentre kami singgah ke Masjid Jamek dulu.
Jalan-jalan juga, solat jangan lupa.
Ayah memang sengaja bawa anak-anak solat di Masjid setiap kali "Outing".
Solat mesti on time.
Tujuannya supaya anak-anak faham,
walau pun kemana kita pergi ALLAH tetap bersama kita.

 Singgah sekejap di Tanjung Emas Muar.
Melayan 2 orang kanak-kanak rebina nak ke playground.
3 Farah cuak je dengan adik mereka berdua nie.....
Layan jelah......

Aksi stunt Naurah dan Farouk.
Main tak hinggat.....

 Siapa yang paling tinggi ibu????????
Hish!!!! macam-macam....

 Along dan Naurah....Pinky girls!!!!

Singgah pekena aiskrim di Daily Fresh.
Ni perisa coklat.

 yang ini perisa mocca....

 Naurah peminat aiskrim coklat....

Beby dah tak layan aiskrim..
Sibuk dengan Samsung Galaxy tab tu......
Sabar jelah.....

 Angah layan aiskrin mocca....

 Along pun sama.....

Dan bila bersama ayah, inilah yang selalu mereka berdua cari.
Patutlah tiba-tiba Farouk dan Ayah menghilang entah ke mana.
Kalau ada ibu memang confirm ibu bising.....
Sampai rumah dah tengah malam.....zzzzzzzzzzz...

Maaf ye n3 kali ini penuh dengan gambar......

14 Januari 2012

Merentas Kebun Kelapa Sawit.

Hari minggu ni ibu belum boleh bersantai-santai lagi.
Ada latihan merentas desa la pulak.
Redha jelah.
Pagi minggu kena bangun macam biasa.

Di awal larian semuanya bersemangat.
Ada yang lari pecut gitu....sabar ye anak-anak...
Jauh lagi tu nak kena lari.....

Ibu jaga check point yang pertama.
Berdua dengan kak Mas.
Sambil menanti sambil gosip-gosip...
Yang bestnya ada pula kawan hulur makanan untuk kami.....

 Baru nampak bayang Naurah...
Alahai anak ibu, memang tak ada gaya athlet langsung.
Maklumlah, masa zaman sekolah si ibu pun jadi pom-pom girl je...hi.hi.hi..
Dan Ayah pun tak aktif sukan.
Ayah sebenarnya pernah jadi jurulatih perahu layar hingga ke peringkat SUKMA..
Paling lasak pun ayah cuma masuk pertandingan bowling.....
Bab-bab sukan lasak memang tak aktiflah....

Dan Farouk.
Di awal larian bukan main bersemangat......

Dan dipertengahan jalan dah mula pancit.
Menurut cikgunya, Farouk siap buka kasut dan duduk bersila di tengah jalan.
Katanya dah penat sangat-sangat dan sakit kaki.
Alahai..kawan-kawan sebaya ok je lari.....

Farouk kata dia sempat ber"dating" dengan Atifah...
Buah hati dia yang tak ada gigi tu....
Ha.ha.ha.......apalah Farouk nie.
Patutlah sampai paling lambat.
Diumumkan Farouk dapat no 1 dari belakang...Haru betul......

p/s:
Jap lagi nak pergi jemputan rumah bos......

13 Januari 2012

Hi-Tea Petang Ini

Sejak kerja menimbun-nimbun ni perut asyik lapar je minta diisi.
Mulut pula asyik nak buat senaman je.
Senaman mengunyah...hu.hu.hu....
Mau ibu tak risau.
Tak pasal-pasal sebulan dua nanti badan jadi macam belon.
Baju ibu tu nanti nak bagi sapa kalau dah tak muat????????

Untuk menyelamatkan keadaan ibu gigihkan diri keluar pergi beli jambu.
Sebenarnya pasar tu bersebelahan dengan rumah je....he.he.he...
Dan Along volunteer nak buatkan asam jambu yang sedap itu.
Klik sini .
Thanks Along.
Sekurang-kurangnya makan buah jambu boleh
menurunkan kolesterol dalam darah.
Menurut kajian, jambu adalah diet seimbang untuk
mengurangkan berat badan.
Entah ia ke tidak tapi yang pasti sedap!!!!!!

Angry Bird vs Angry Mom...

Kisah si bujang terhangat lagi.
Ibu suruh pergi buat HW.
Dia hilang....
Bila ibu panggil rupanya dah keluar berfoya-foya dengan ayah.
Yang si ayah ni tak tau penat.
Baru sampai rumah dari meeting di Putra Jaya (Kes SBPA-Cuepecs) 
dah bawa si bujang tu keluar.....
Agaknya nak tenangkan fikiran kot.....

Muncul je Farouk depan pintu, ibu sound lagi suruh buat HW.
Diam lagi...
Rupanya dok leka layan game dalam ni......
Bukan main syok lagi si Farouk dok layan "Angry Bird" dalam samsung galaxy...
Ibu dah mula jadi "Angry Mom"......

 Selamba je dia jawab..."Ya ibu...sekejap..."
Sebelum ibu jadi ANGRY  MOM lebih baik cepat-cepat pergi buat HW......

Muka budak tak ikhlas buat HW.
Akta paksaan dari ibu.
Yang paling ibu geram, ayah boleh buat muka slamber je tanpa rasa bersalah.
Jangan sampai ibu jadi ANGRY WIFE!!!!!
Boleh ke??????

p/s:
Alhamdulillah hp ayah dh jumpa..
tercicir di ofis..Rezeki menyebelahi lagi tu.
Tapi yang bestnya hp tu ayah hadiahkan pada 
beby sempena PMR hari tu...
Dapat hp 2nd-hand pn xpe janji dapat.......

12 Januari 2012

Bahagianya...

Sejak naik sekolah tahun 2012 ada peristiwa yang 
tidak bahagia (kerana beban kerja yang melampau) dan ada kisah bahagia.
N3 ni ibu nak cerita kisah bahagia ibu.
Bahagia kerana pagi-pagi ibu tak sesibuk tahun-tahun yang lalu.
Maklumlah kat rumah ni dah ada "maid" free...

Pagi-pagi tugas ibu hanya separuh ibu uruskan dan 
separuhnya si "maid" yang lakukan.
Bestkan!!!!

Oppsss!!! 
"Maid" yang ibu maksudkan itu Along..
Maaf ye Along..
Ibu gurau-gurau je....

Nilah pembantu ibu.
Sekarang ni tugas memasak dah dijalankan secara bergilir-gilir.
Kadang-kadang Along masak dan selebihnya ibu yang masak.
Kalau nak diserahkan terus pada Along tak boleh la pulak.
Nanti Ayah dan anak-anak akan rindukan masakan ibu yang enak ini..ha.ha.ha...yelah tu.
Kalau ikutkan Along tak kisah tetapi ibu rasa tak adil la pulak tugas ibu nak 
serahkan bulat-bulat pada Along.
Mentang-mentanglah Along bercuti panjang, ibu pula nak ambil kesempatan....

Tapi yang bestnya, bila balik rumah semuanya dah kemas.
Kain baju dah siap berjemur.
Sinki dah bersih dan kemas.
Rumah siap bersapu.....
Best...best...best....

Dan yang paling best, pagi-pagi ibu sempat mengadap lappy
sebelum pergi ke sekolah....he.he.he.....

Mata Hitamku Berwarna Coklat...

Sejak kecil sampai besar ada sesuatu ibu tak suka
tentang diri ibu bila warna mata hitam berwarna "Coklat".
Dan ibu jadi hairan bila orang sengaja
pakai contact lens berwarna coklat.

Ibu akui mata ibu diwarisi dari Abah..
Mata hitam abah berwarna coklat cair, kulit abah putih kuning,
kami adik-beradik banyak mewarisi warna mata abah.

Kini anak-anak selalu merenung mata ibu.
Dan setiap kali mereka tenung mata ibu mereka akan berkata:
"Suka la tengok mata ibu...warna coklat..."
"Kenapa mata kami tak warna coklat macam ibu...???"
Dan mereka tidak tahu bahawa suatu ketika dulu
ibu paling tidak suka jika orang bertanya tentang warna itu.......
gambar dari en google....

p/s:
Kesimpulannya kita patut bersyukur dengan pemberian dari Allah.....

11 Januari 2012

Diselubungi Misteri Nusantara Lagi....

Sejak naik sekolah ibu terpaksa bertapa semula di sarang ibu di PSS.
Sendirian berada di blok yang terpencil.
Ditemani buku-buku.
Jauh dari rakan-rakan..jauh dari keriuhan......

Dikala rakan-rakan lain berkumpul di bilik guru,
ibu terpaksa menyeronokkan diri keseorangan di........
 Perpustakaan kerana inilah tempat kerja sampingan ibu
disamping mengajar......

Dan pada hari ke 2 persekolahan,
sewaktu ibu sedang leka menyiapkan kerja-kerja sendirian....
tiba-tiba ibu rasa ditemani oleh "beberapa orang"....
Pada mulanya ibu tidak endahkan bunyi menyapu di bilik kerja ibu kerana
menyangka ada pekerja sedang mengemas dan menyapu di situ.
Bunyi kerusi di tolak masuk, bunyi buku-buku dan fail disusun.....

dan tiba-tiba ibu terdengar pula seolah beberapa "orang" sedang menyusun buku di rak ini.
Ibu tersentak dan tergamam.
Ibu amati bunyi jelas buku-buku sedang disusun sedangkan tiada sesiapa di situ.
Ya Allah....tiba-tiba meremang bulu roma ibu.
Bunyi "orang" menyapu dan mengemas bilik kerja ibu pun semakin rancak.

Ibu kuatkan semangat.
Dalam keadaan yang menyeramkan,
ibu berselawat...dan membaca ayat-ayat suci.
Dalam hati tidak putus-putus berdoa.
Ibu sempat menulis status di FB berbunyi:
"Sendirian di PSS, mcm2 bunyi ada..Ngeri + seram sejuk lak rasa...sapa nk tlg temankan nie...TOLONG!!!!!!....hu.hu.hu...."

Memang di sini agak keras dan sudah banyak pengalaman
"misteri nusantara"  berlaku......
Dan akhirnya ibu terpaksa mengalah.
Menapak keluar dengan penuh debar...
Melangkah tanpa menoleh ke belakang....

Esoknya ibu ke sana.........
Terpegun seketika bila melihat buku-buku tersusun kemas.
Bilik ibu juga seolah-olah dibersihkan.
MasyaAllah.........Hanya Allah yang tahu bagaimana hati ibu.
Dan ibu terpaksa lalui hari-hari di sini setiap waktu terluang kerana
banyak tugas sedang menanti..........

p/s:
*Hari ni meeting lagi...
Mood : PENAT + BOSAN!!!!!!
Maaf kerana ibu tidak mampu untuk BW mcm biasa
akibat kesibukkan yang melampau......


*Ramai rakan blogger bertanya ttg "Lokching".
Lokching tu sebenarnya satey ikan yang dibakar dan dimakan dengan sos pedas.
Sedap sangat-sangat dan harganya amat2 murah...rasanya 1 cucuk tu cuma 20sen...
Kalau ke Rantau Panjang Kelantan cubalah rasa. Banyak dijual ditepi jalan.

Mengidam Mee Celup + Shopping @ Rantau Panjang., Kelate.

Tiba-tiba teringin nak makan mee celup.
Masalahnya mee celup yang marvelous cuma ada kat
sebuah gerai di Rantau Panjang dan di Restaurant Sampan Pasir Mas...
Mee celup tak sama ye dengan mee sup, bakso atau soto.
Nampak macam sama tetapi tak serupa.
Keenakannya terletak pada rasa kuahnya dan bebola dagingnya tu.
Aduh...camne ni........

gambar pinjam dr en. google....

Terlanjur sebut Rantau Panjang,
Ni kisah basi.
Kisah masa bercuti di kampung.
Rantau Panjang adalah destinasi wajib ibu pergi.
Memang orang yang saja menempah muflis.
Kalau pergi sini memang ibu boleh muflis.
Semua berkenan dimata.
Main ambil je barang yang berkenan dihati tanpa berfikir.
Bila balik rumah baru rasa sesal.
Ayah pula jenis yang sporting habis.
Dia akan ikut dan diam je tanpa beri ibu sebarang amaran.
hu.hu.hu........
Macam manalah ibu nak kawal sikap semulajadi yang boros ni..
eh!!semulajadi ke????
Kalau sampai Rantau panjang, makanan pertama yang ibu cari ialah lockhing....
Feveret kami anak beranak.....
Farouk seorang yang makan udang.....
Yang fustnya kali ni tak sempat pekena mee celup.
2 yang mengidam tak sudah-sudah......

Beby dan Ayah Su yang nampak hampir sebaya.
Ramai orang akan salah sangka.....

Bodyguard ibu yang setia....he.he.he....

Posing sebelum balik....

10 Januari 2012

Jejaka Idaman Malaya

Hari ini ibu didatangi seorang jejaka idaman Malaya.
Waduh, berdegup kencang jantung ibu
bila si jejaka yang teramat kacak bergaya
mengatur langkah menuju ke tempat ibu.
Rasa maunya gugur bukan setakat jantung ibu tetapi
rambut ibu juga.
Hebatkan!!!!!!

Siapa yang tidak berdebar-debar tiba-tiba
didatangi oleh si jejaka yang tidak diundang.
Jangan salah sangka ye.
Sebenarnya si jejaka idaman Malaya tu adalah
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)...
Tiba-tiba datang bertandan tanpa diundang.

Aduhai..Malangnya nasib ibu untuk kesekian kalinya.
Ibu terpilih lagi untuk dipantau.
Ini kali ke 3 ibu dipantau untuk Tahun 2012.

Walau apapun P & P berjalan lancar.
Anak-anak murid yang pertama kali bersama ibu hari ini
turut memberi kerjasama.
Bayangkan hari ini kali pertama ibu diarahkan mengajar
Matematik Tahun 1 akibat kekurangan guru.
Semua itu berlaku secara
drastik ,bombastik + drumstik (tiba-tiba teringin nak makan aiskrim...).
Sudah lebih 9 tahun ibu tidak mengajar pelajaran teras tahun 1.
Bayangkan!!!!!!

Alhamdulillah, Allah tetap memudahkan urusan ibu.
Ibu seolah-olah diberi petunjuk.
Menyiapkan apa yang patut pagi tadi.
Bertanya dan meminta dokumen dengan cikgu Transisi.
Entah kenapa ibu begitu beria-ia hari ini.
Syukur padaMu Ya Allah........

Pegawai itu  turut seronok bersama kami.
Sesekali dia tersenyum dan ketawa bila anak-anak becok bercerita
tentang kisah Upin & Ipin.
Sebenarnya si cikgu tak ada idea + blur kerana tersentap.
Si cikgu mengajak anak-anak bercerita.
Tajuk cerita "Arnab dan Kura2"
Tetapi murid-murid melencong bercerita tentang
si Upin & Ipin bela kura-kura.
Entah si Mail mana pula bela Arnab...ha.ha.ha...

Murid A:  Cikgu, Upin dan Ipin pun ada bela Kura-kura tau.


Cikgu :  ye ke??? comel ke kura-kura mereka tu? ada berapa ekor??
(Dalam dada cikgu penuh debar tetapi berlakon macam tak ada apa-apa berlaku...hu.hu.hu..)


Murid B : Comell cikgu, tapi sekor je.
Cikgu...cikgu...Mail..kan ada bela Rabbit tau.


Cikgu : Mail mana pulak ni Alia???


Murid B : Alah..Mail kawan Upin dan Ipin tu..Cikgu tak kenal ek???.


Cikgu : ooooo...ye ke? Cikgu jarang tengok la cerita ni.
Pukul berapa cerita tu???..Nanti cikgu nak tengok la..
Mesti bestkan....????(pura-pura la tu......)


Murid C : Pukul 2 cikgu..tak..tak pukul 6..
Nanti cikgu tengok tau......
(sambil si cikgu menulis nombor yang disebut..
konon2 berlaku penerapan dalam subjek Matematik...)


Cikgu : Ok..nanti cikgu tengok..Oklah masa dah habis..
nanti kita cerita lagi ye.....
(Dalam hati cikgu..YAHOOOO.....selamat aku dari bala yang menimpa!!!!!!)


Cikgu : Ok , murid-murid....ucap terima kasih pada Encik di depan ni..
Murid-murid ucap terima kasih sambil melambai-lambai riang..
anak-anak sekarang penuh dengan riang ria dan 
Pegawai PPD turut melambai-lambai keseronokan....

Fuh!!! mau tak berpeluh ibu dibuatnya.
Rasa nak je ibu berlakon pengsan...
Baru gempak...ha.ha.ha...

Pegawai PPD berbincang serba sedikit dengan ibu.
Dan diakhir pertemuan Pegawai PPD berkata:
Tahniah cikgu, Program Transisi berjalan lancar. Saya pun seronok.
Ibu a.k.a si cikgu : Terima kasih Encik......

Tahun ini nasib ibu agak malang.
Asyik kena pantau je.

Hari pertama dipantau oleh Nazir
Komen Jemaah Nazir semasa taklimat :
1. Saya ucapkan Tahniah pada cikgu Z kerana penulisan 
Rancangan Pembelajaran Harian 
paling lengkap dan bertepatan dengan KSSR.
2. Saya juga telah meninjau PSS cikgu Z..
Alhamdulillah, saya kagum...kemas, ceria, dan 
sedia menerima murid-murid walaupun pada hari pertama.
(Kembang kempis hidung ibu tetapi control ayu.....ha.ha.ha....tak menahan...)

Pemantauan ke 2 (Semalam) oleh PTP
Komen :
Tahniah cikgu Z, PSS awak cemerlang..
Saya akan datang lagi untuk percalonan PSS Cemerlang.
(Siap tercatat dalam ruangan komen :TAHNIAH! TERUSKAN KECEMERLANGAN)
Dalam hati berbunga cinta tetapi jiwa tidak seronok kerana akan bertambahlah kerja ibu..
Kawan-kawan mengutuk2 manja..."Z kau ada skandal ke dengan En R tu..???
Suka betul dia datang sini..Mesti ko GPM feveret dia......!!!!!!
Ha.ha.ha...skandal la sangat.....ada aku kisah!!!!!!!!.

Pemantauan ke 3 oleh PPD
Komen : Tahniah cikgu..teruskan usaha cikgu.....

Semua komen-komen tu sebagai cabaran dan motivasi peribadi
untuk ibu untuk terus menabur bakti.
Semoga ibu terus diberi kekuatan dan keikhlasan dalam menjalani profesion yang ibu pilih.
Dan semoga ibu tidak terus hanyut dengan pujian2 yang diterima kerana setiap pujian boleh menjadi racun jika kita tidak merealisasi sebaik mungkin....
Ya Allah, Peliharalah hambaMu yang lemah ini...amin.

Fuh!!!!!esok agak-agak ada lagi ke orang nak datang memantau??????

Bagai Langit Dengan Bumi

Perumpamaan itu merujuk sikap 2 orang kanak-kanak ribena kat rumah ibu.
Antara Kakak Naurah dan si adiknya Farouk.
Lahir dari ibu dan ayah yang sama
tetapi sikap amat jauh berbeza.....

Buku-buku latihan yang Naurah dapat semasa 
Kalau dah dapat buku, dah tak ingat nak makan minum.

 Si kakak sangat tekun belajar.
Sejak Tahun 1 tak pernah lagi dapat nombor melebihi 3.
Biasanya nombor 1 milik Naurah.
Kalau dapat nombor 2 pun Kakak dah sedih sangat-sangat.
Kalau dapat buku bukan main seronok.
Macam dapat gula-gula.
Akan dibuat penuh kusyuk.......

Dan si adik juga seorang yang tekun tetapi tekun bermain.
Kerjanya main..main dan main...
Sampai naik pening si ibu melihatkan sikap si adik.
Ada saja aktiviti main yang menyeronokkan dia.
HW kena ibu pantau.
Kalau tidak, beraya sakan la dia.
Cuma yang bagusnya Farouk tak
minat tonton TV yang jadi rutin anak-anak sebaya.
Entah bila la si Farouk ni nak berubah jadi tekun macam kakak.....

p/s:
Terima kasih diatas ucapan tahniah dan kata-kata
semangat dari rakan2 blogger.
Sebenarnya ibu seboleh-bolehnya cuba elakkan
di calonkan sebagai PSS cemerlang.
Dah 5 tahun berturut-turut tercalon.
Amat-amat memenatkan dan menuntut kerja lebih masa dari biasa.
Banyak kerja yang akan menanti....hu.hu.hu...
Apapun ibu tetap hadapi setiap cabaran itu dengan
dorongan family dan rakan2......

About me