Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Januari 2011

Ibu ada "Maid" free...!!!!

Kejamnya ibu nie.
Ada ke patut cakap camtu kt anak.
Xdelh, gurau2 je utk hilangkn stress yg melanda.
Naurah nilh yg slalu volunteer kt dapur.
Suka siang dan bersihkan lauk pauk xkira la
ayam ke, ikan ke n apa2 jelh spesis lauk.

Dan ibu, teramat la suka hati sesgt bila ada org nk tolong.
Besar tapak tangan dulang saiz XXXXXXL ibu tadahkan.
Naurah nie ringan tulang sejak kecik lagi.
Ala2 "Gadis Melayu Terakhir" gitu.
Suka buat kerja2 kt dapur.

Tapi kalu bersihkan ikan,
alamat smpai putih berseri2 la ikan2 tu...
Xpelh, janji kerja siap n kurang la ckit kerja ibu.

Ha, sapa2 yg nk isi borang permohonan
nk wat menantu ke,
adik ipar ke,
anak saudara ipar ke
cousin ipar ke.......
boleh lh hantar borang cpt2 ok...
hi.hi.hi......
Hish!!!!apa la ibu nie, Naurah tu baru umo 11 thn la.....

Sesi pagi....

muka serius mcm mak2 jerrr.....

awal2 pagi ayah dh ke pasar tani.
Ibu pn xtau pkul brapa????
Cz pagi2 tadi lepas solat subuh ibu trlelap jap.
Bangun tidur dh ada sarapan roti canai n lauk pauk pn dh trbongkang dlm singki....
Dan ayahhhhhh....dh ke ofis cz 2dy tah apa2 lg kerja yg xsettle kt sana.....


Sesi Tengahari
Ibu keluar ke BG.
Nk uruskan pendaftaran Along n Beby tuisyen.
Lepas tu singgah jap kt LYC Market.
LYC nie br je dibuka.
Sibuk Naurah n Farouk ajak ibu ke sini
cz mrk brdua dh slalu ikut ayah beli lauk pauk kt situ.

Saja la ibu nk jengah.
Selalu Naurah n Farouk bercerita ttg bilik yg sejuk mcm peti ais tu.
Pelik gak ibu cz semacam lak mrk brcerita.
Bkn xpernah pergi hyper market pn slama nie.

Bila masuk ke bahagian ke 2 ibu hairan gak
cz kebykkn pekerja yg masuk kt situ pakai baju sejuk.
Alah mcm dok kt oversea tu.
Bila masuk je kt situ rupanya mmg mcm masuk dlm peti ais.
Mmg sejuk sungguh.
Siap ada airbatu lagi di saluran gas kt bhagian atas.
Mak oiiiiii....airnya siap menitik2 kt bahagian kepala....
Hu.hu.hu...SEJUKKKKK!!!!!!

singgah kt LYC ibu beli lak ikan talapia kesukaan anak2 nie.
Dan Naurah skali lagi volunteer nk bersihkan ikan2 tu....
Best...best.....

mangsa Naurah yg dh siap diproses...Siap rendam dlm air asam lagi....

9 Januari 2011

Weekend + Terlupa!!!!!


Pagi2 dh gigih masak cz adik dh nk balik ke UTHM seawal pagi..
Ingatkan weekend nk santai2 + lepak2.
Jgn harap la ibu.
Weekend ibu kena jadi full housewife lak.
Sedari awal pagi dh sibuk menguruskan rumah tngga ala2 "maid" gitu.
Smbil wat b/fast smpt je ibu ngadap lappy.
Nk wat camne, lappy sntiasa menemani di meja mkn kt dapur.
Ha, 2yg lappy ibu pakai myk wangi berjenama rempah ratus....

pagi2 weekend masak b/fast makaroni bersos black pepper.....

Dah siap sediakan b/fast,
Hantar si bujang Farouk daftar tuisyen SK Agama.
Jln kaki je cz SKAgama xsmpai 200 meter dr rumah.
Bagus gak SKAgama ni wat tuisyen Jawi + Fardu Ain utk murid2 thp 1.

poyo je muka farouk.

Balik daftar farouk terus ke BG antar adik kt bas stand.
Blk rumah meneruskan tugas2 mengadap lappy wat program utk
Motivasi n Kursus kepimpinan next week smpai ke ptg...
Alah mcm dok pejabat gak la w.pn weekend.
Akibat penat ibu terlelap.

Sedar2 dh pkul 3.45 ptg.
Alamak!!!!ada jemputan disekitar tmn perumahan ni xjauh dr rumah.
Patut la mcm meriah je bunyi kereta sana sini.
Mmg ibu trlupa sgt2...
So terus tukar baju n ke sana bersama farouk n Naurah tanpa ayah..
Kalu nk tunggu ayah blk dr KL,
jawabnya tolong org turunkan khemah jelh....

Jiran2 siap senyum2 kambing tgk ibu.
Segan gak kena usik dgn jiran2 tu.
Tapi tetap control ayu gak..eh! ayu ke????.
Yelh, rumah dekat jerrr ttp dtg dh dkt pkul 4.00 ptg.
Mmg ibu trlupa n terlelap smpai ke ptg....
Nasib baik masih ada mknan.
Kami cuma mkn bubur oat + jagung je cz dh kenyang lunch kt rumah.
Kalu ingat ada jemputan mmg ibu xlunch lla kt rumah....
Alahai..................

Hadiah Utk Diri Sendiri!!!!!


Sedih je bunyi tajuk tu.
Ttp nk wat camne, dh xde org nk bagi hadiah kn.
Sesuka hati je nk hadiah.
Xde hari istimewa pn nk hadiah.
Bkn apa, nk ubat hati yg sedih...
Ye ke sedih...??????

Yelh asyik kena tinggal je dgn ayah.
Xde maknanya nk sedih2 sbb tu.
Ttp sedih gak la cz semua urusan semua di atas bahu jemala hamba.....
Sedih + stress.

Minggu pertama prsekolahan byk menuntut pengorbanan.
Banyak perkara yg perlu diselesaikan.
Badan penat, minda stress n mcm2 lg.
Ayah lak asyik BZ..BZ dan BZ.
So ibulh kena ambil alih semua urusan.

Bila PSS dh settle di pantau lega ckit.
Bila belek2 almari tgk ada bbrapa psg lain kain baju yg blm berjahit.
Seingat ibu kain tu ayah beli last year.

Tiba2 kerajinan dtg melanda.
Lepas Maghrib terus gunting kain baju.
Tengah kusyuk dok potong kain baju,
adik yg dok blajar kt U lak call suruh jemput kt Muar.

Aduhai, bkn dekat.
Dlm 48 km gak tu pergi- balik....
Rancangan tergendala jap...
Blk jemput adik dgn gigihnya ibu smbung kerja.
Teruskan operasi menjahit.
Nekad nk pakai esok harinya.
Alhamdulillah dlm 2 jam siaplh sepsg baju....
Dan esoknya ibu melaram dgn baju baru......
Xleh kempunan mcm dlm cerita "Batu Belah Batu Bertangkup".
Tenang la sikit jiwa raga nie.....
2 jugak motivasi utk diri sndiri agar jgn bersedih hati + stress....

ni ha bajunya yg ibu siapkan dlm masa 2 jam..
Kiranya operasi express .......


8 Januari 2011

Thanks!!!!!!

Hari ni ibu nk tayang gift dr rakan blogger.
Mmg mereka semua nie bermurah hati bagi souviner utk rakan2.
Thankz semua di atas tanda ingatan pada ibu.
Dan semoga ikatan persaudaraan kita kekal selama2nya.

ni dari Hanie.
Ibu dpt nie kerana menang GA yang hanie anjurkan hari tu.

Seronok krn dpt fridge magnet.
Ibu mmg peminat fridge magnet.
Bertambah la koleksi ibu...Thanks Hanie.
Sayang Hanie...
muah.


ni lak dr kak yong krn ibu nie pengomen tegar blog k.yong.
Ibu pn xingat bln brapa ttp last yearlh...
Kak yong bagi penanda buka yg dibuat sndiri. Penanda buku CT gitu.
Thanks kak yong.
Sayang kak yong jugak...muah!!!!

ni lak stiker dr jauh di negara Timur Tengah dr Aini.
Aini pos nie dh lama ttp kebetulan smpai masa ibu cuti2 Msia.
So br hari nie smpt ibu publish.
Thanks Aini.
Sayang aini gak...

p/s ;
PERHATIAN!!!!!!!
Nama yg tercatat di bawah tolong emailkan adress kt ibu ye di
norzakiahabdullah@yahoo.com
Mereka ni "TEMAN TTP MESRA" blog ibu pd bln December lepas.
Ibu mmg xsmpt nk wat n3 ttg tu ttp nama2 tu dh ada dlm simpanan ibu.
Nama2 nie ibu ambil pada 31.12.2010.

1. DINAS ALDI
2. DILLA ADY
3. NORMALIZA
4. UMMI HANIE
5. BINTANGKU
6. H4NI3

Dan kepada teman2 blogger yg rajin jengah blog ibu ,
berbanyak terima kasih ibu ucapkan.
Kalu ada rezeki,
Insyallah ibu akan beri souvenir w.pn xseberapa nilainya
tnda penghargaan n terima kasih.....

Apakan daya.......

Minggu pertama mmg minggu yg tramat sibuk.
Mcm benda nk kena buat.
Mcm2 program yg kena ibu laksanakan.
2nd week dh kena adakan watikah perlantikan
pengawas/pustakawaan/ketua drjh n penolong.
Lepas tu kena anjurkan kursus utk mrk semua nie.
Perlu siapkan literasi maklumat setiap bahan dipersekitaran sk.

Tapi yg paling malang n sedih,
semua printer kt sekolah mogok.
Masing2 pakat ROSAK.
Gitu gak dgn mesin photostat.
Habis kerja2 trbengkalai.
Apa pn program perlu diteruskan.

Nak xnk terpaksa berkorban lagi printer kt rumah.
Bukan sikit bahan2 tu nk kena print out.
Skali print lbh 200 keping.
Dan terpaksa bawa sebahagian bahan2 tu utk diphotostat kt kedai.
Bukan berkira ttp trkdg benda2 camtu membantutkn kerja2 kita.
Belum kira wang ringgit, masa n keringat yg menitik.
Semua kerja terpaksa diangkut balik ke rumah.
Dan ada sstengah program kt dlm PC xleh nk import eksport.
Camne tu..

Bukan xckp pd pihak yg brkenaan.
Dh kering tekak nie....
Ttp trkdg mcm ckp dgn patung.
Alah patung cendana tu.
Sedangkan kita diarah wat mcm2 kerja ttp
bila jadi camni masing2 lepas tngan.

Dan yg paling best bila:
"Alah kt rumahkan ada printer.
Print je kat rumah tu"...
Yelah..yelah...baik bos!!!!!

Sedapkan teling mendengar kata2 manis camtu.
Sedangkan yg brckp tu xtahu masalah yg kita hadapi dan buat2 xtahu....
Xkn nk angkut PC blk rumah.
Atau perlukah harta2 kt rumah angkut ke sk????????

menjalankan OT kt rumah.................

operasi sepah menyepah sedang berjalan........
Sory ye along cz bilik along jd mangsa.....

tgk tu, atas printer ada gelas.atas meja ada makanan........

dan ditemani si burger bagi mengalas perut yg asyik berbunyi minta diisi......

7 Januari 2011

Resepi Begedil Ayam Recycle....

Hari ni cerita tentang makanan.
Kiranya kisah Hari Makan Sedunia la nie.
Bukan apa, semalam masa BW byk wat n3 ttg makanan.
Sedap2 pulak tu.
Dah la masa BW ibu tgh lapar.
So hari nie ibu pn tergediz2 gak la nk wat n3 ttg makanan.

Bila baca tajuk mesti org tertanya2 apa ke jenis resepi tu.
Ibu ni mmg sesuka hati je letak nama resepi yg konon2 ibu cipta sndiri.
Mmg ayam tu ibu recycle.
Kemarin pagi2 buta cam biasa rutin ibu masak.
Pagi2 tu ibu masak ayam kurma.
Tah camne, anak2 mcm xselera lak nk makan lunch hr tu.
Nasi n lauk xluak.
Mayb awal2 thn mrk byk homework.
So makan pn xselera.
Sedih ibu tau....

Tapi bila buka periuk masih ada 1 periuk ayam.
Nk dibuang sayang.
Xbaik membazir.
So ibu basuh ayam2 tu n rendam dgn air panaz.
Pastu ibu cuba la resepi ciptaan ibu tu.
Sbb tu ibu bagi nama "Resepi Begedil Ayam Recycle".
Kelakarkn......

Oklh, ibu nk share resepi ni dgn kwn2.

Resepi :
1/2 kg isi ayam-rebus dan dikisar @ disiat smpai hancur.
5-6 biji kentang direbus dan dilenyek.
(lagi byk kentang lg sedap)
1 biji bwg besar dicincang.
1/2 kiub ayam.
1/2 sudu besar serbuk lada hitam.
sedikit garam.
daun bwg- jika ada.
bwg goreng-jika ada.
cili dicincang2-kalu nk pedas la.
1-2 biji telur ikut saiz....
* semua bahan2 diatas digaul sebati.
tepung gandum-digunakan utk menyalut begedil.
Minyak masak.

Cara:
semua bahan di atas kecuali tepung dimasukkan ke dalam 1 bekas.
Gaul sebati.
-Bentukkan menjadi bulat or leper.
(adunan ni agak lembek)
-adunan yg telah dibentuk dimasukkan ke dalam tepung gandum yg kering.
*tepung jgn bancuh ok!!!!!guna yg kering!!!
Golek2kn supaya semua tepung menyaluti adunan.
Goreng dalam minyak yang panas....
Boleh dimakan bersama sos chicken chop (resepi ada dibawah)
atau sos cili.....

Ayam masak kurma.
Penat je ibu masak pagi2.
Xluak pn...hu.hu.hu.....

dan akhirnya hasil sentuhan tngan ibu yg gebuz n muluz
terhasil la "Resepi Begedil Ayam Recycle"..

eeeee...prasan je ibu nie.....

ptg2 lak ibu masak chicken chop versi ibu yg simple ttp yum..yum....
Resepi klik sini..

ni sosnya...
resepinya pn di sini

ni lak ikan masak sambal...
dh umo cam ibu dh xlalu nk mkn ayam..
so ibu n ayah makan sambal nie jerrr.....


ni lak yg b/fast smlm...
kerajinan melanda so ibu masak Mee bandung.
Jgn kt ibu trlebih rajin cz kuah tu yg segera punya.
Cuma didihkan air n masukkan perencah brsama fish ball/fish cake/daging n sawi....
Mmg sedap.
Kalu xsilap ibu keluaran dr Muar gak.

Salahkah ibu???????

Kisahnya ptg semalam.
After jemput 3 farah dr SK tiba2 ibu terpandang MPV
kesayangan ibu dh trlalu comot.
Dari warna silver dh xnmpk rupa warnanya.
Rasanya dh lbh 1 bln ibu xmandikan MPV nie.
Kalu ia pndai brcakap confirm ibu dh kena maki hamun dh...
Maunya tak, habuk + debu dh berkilo2.....

Tiap kali nk naik kete mata ibu asyik menjeling je.
Ttp xde masa + malaz nk antar kedai.
Nk basuh sndiri al-maklum ajelh.
Nk mandi pn rasa mcm xsmpt...(konon la tu)

Nk jadi cerita tiba2 trgerak hati nk cuci sndiri.
So dgn gighnya ibu parking la kereta dpn rumah.
Masa tu dlm pukul 2.30 ptg.
Dan yg ibu pelik masa ibu dok sibuk cuci kereta tu byk lak mata memandang.
Siap senyum2,
Ada yang bunyikan hon la..
Lambai2 tangan...
Sengih2...
sampaikan pakcik driver lori pn sempat senyum2 n jeling2 ibu..

Mula2 tu trperasan gak la.
Cantik sgt ke ibu hari nie.
Sampai abis org yg lalu lalang senyum2..
siap lambai2 bagai..
Entah la..prasan je ibu.....

Hairan gak ibu.
Pelik sangat ke cuci kereta time tu.
Ke xpernah dibuat org...
Musykil gak ibu.
Yelh semacam je depa pandang ibu....

Alamak rupanya masa cuci kereta ibu berbaju kurung .
Cz ibu blm tukar baju masa balik dr sekolah....
Dan siap pakai....kasut bertumit lagi....
Sebab tu ke????????????



p/s:
Jom kita g terjah blog SIL @ biras "DUNIA MAYAKU" ibu utk join GA..
Hadiah menarik menanti di sana.....

6 Januari 2011

Fuh!!!!!!!!!!......Lega sikit.

Baru 3 hari naik sekolah, ibu dh kena serang.
Xsmpt nk hembus nafas rasanya.
Tiba2 dpt e-mail dr PKG (Pusat Kegiatan Guru)
nk datang memantau PSS.
Aduhai, rasa trhenti seketika jantung ibu
w.pn fail2 utk PSS dh siap sblm ibu cuti2 Msia hr tu..
Terpaksa lak ibu berkejar ke makmal komputer n bilik akses.

Yelh, w.pn bilik tu masing2 dh ada penyelaras ttp ibu kena g pantau gak.
Xpasal2 nnti ibu dpt call dr PTP PKG kalu sistem fail xkemas kini.
Ibu bkn apa, malas dh nk ingatkan org2 lain.
Patutnya kerja masing2 dh tahu.
Xpayah kita lak yg perlu ambil tahu n lebih2 lak..

Dan ibu bukan jenis org yg suka nk mengarah org.
Mmg ibu xsuka.
Selagi boleh buat ibu akan buat n tolong buatkn utk org.
Ttp makin kita bagi muka makin naik lemak.
Bila ibu tnya org2 berkaitan, depa ckp ok2 je.
Dh beresssss!!!!!!

Ttp bila ibu g tgk fail...
Mak oiiiiiiii.....Hancuzzzz!!
Bukan berezzzz ttp rebezzzzzz!!!!!
Program thn 2003 masih dok kt dlm fail tu.
Surat berselerak n tah apa2 lg yg buat darah ibu mendidih thn maksimum.
Bukan tu aje, semua program xdi update.

Sapa xgeram.
Baru 2-3 thn jd cikgu dh xminat nk bekerja.
Terlalu berkira...
Kerja sndiri tolak sana sini.
Mcm dia sorg yg byk kerja.
Org lain agaknya dok goyang kaki....
Tolonglh, setiap kerja ikhlas kita Allah beri ganjaran.
Xperlu nk kena arah2, suruh2, ketuk2.
Pastu bila wat last minute mula la stress xtntu pasal.

Kalu dh xminat,
ramai lg org yg sedang beratur nk jadi cikgu kt luar sana.
Bukan sorg dua ttp puluhan ribu org.
Kalu xcaya tgk aja calon mohon KPLI.
Xkira la kita nie lulusan dlm negara ke, luar negara ke,
kalu kerja bagus, tukang sapu pn org nampak.

Amboi2, tiba2 ibu jd emo.
Mmg ibu geram teramat......

Apa pn ibu bersyukur cz pemantauan berjln lancar.
Xbyk komen yg ibu terima cuma nasihat utk penambah baikkan.
Dan alhamdulillah ibu masih dpt kekalkan
prestasi cemerlang PSS 5 thn berturut2..

Ibu buat semua tu dgn ikhlas.
Insyallah ganjaran Allah beri utk kita......
Lega ibu rasa utk seketika ttp masih ada lagi yg akan menyusul..
Dgn cerita org yg lebih atas nk datang bertandang..
MAK OIIIII.......hu.hu.hu......

pemantau sedang menyelak 20+++ buah fail PSS di perpustakaan...
tengok la susunan fail2 yg ibu kena update sepjg masa......



ni lak di makmal komputer.....

"Nanti senanglah isteri farouk.."

"Ibu, nanti bila farouk dah kawin,
senang la isteri faroukkan"...
"Farouk nk tolong isteri farouk masak yg best2...".

"Farouk nk blajar masa la nie.."
2lh antara dialog yg trkeluar dr mulut farouk..
Amboi2 baru umo 7 thn 3 bln dh fikir pasal isteri.
Bukan main lagi bujang ibu sorg nie.
Kt sekolah pn baru abis belajar ABC...1,2,3...alif, ba, ta...
Dah ada hati nk kawin?@#*&^&)@%

Kelakar ada, nk ketawa pn ye..
Konon2nya nk tolong ibu masak kt dapur.
Tiap kali ibu kt dapur mesti dtg la mamat nie nk hulurkan bantuan.
Nk wat camnekn, Farouk brketurunan Jawa(sebelah ayah).

Org lelaki Jawa mmg ringan tulang.
Masa awal2 kawin ayahlh ajar ibu masak.
Mcm2 resepi ayah ajarkan...
Oopps!!!!trpecah rahsia utk kali ke 2..
Ttp ituh kenyataan.
Masa dlm pntang pn mcm2 menu ayah sediakan utk ibu.
Menu khusus utk ibu2 brsalin.....

Ttp skrg ayah dh xde masa dh nk tolong2 ibu...
Xabis dgn bz...bz..bz...
Apa nk buatknnzzzz!!!!!!

Jom tgk si bujang ibu tgh kusyuk masak..

bukan masak apa pn, ttp tolong mengacau ibu kt dapur.....

Opps!!!!! abaikan dapur ibu yg brkecah mcm tongkang pecah tu.....

aunty2, uncle2, kakak2, abg2..ni farouk sdg masak tempe...hi.....

farouk masih kecik so farouk masak lapik bangku..
Selalu kena sound dgn ibu.
Ibu kata bahaya, takut trgelincir......

5 Januari 2011

Penternak Ikan....

Ye la tu ibu nie.
Beria2 wat tajuk n3 camtu.
Farouk n Naurah nie sedari hr tu sibuk dok bodek2 + pujuk2
ibu nk bela ikan.
Ibu bkn apa, malas la nk bela benda2 hidup nie.
Nk bela anak 5 org tu pn dh xtrbela.

Puas mrk berdua pujuk2 + bodek2 ibu,
ayah lak jadi mangsa ke 2.
Dgn ayah xpyh nk pujuk rayu.
Berdesup terus angkut minah n mamat tu pergi ke kedai.

Punya la kecoh bila Farouk n Naurah nie balik rumah.
Ibu ingatkan mrk brdua nie beli akuarium yg besar n canggih manggih.
Siap dgn berbagai jenis ikan..
mana la tau kot2 beli ikan jaws ke,
ikan patin ke,
ikan merah ke...
Sekurg2nya kalu xde lauk kt rumah boleh la
ibu memancing kt dalam akuarium....
Rupa2nya depa wat balik ikan laga yg kecik cenonet je....

ni la akuarium comel bersama 2 ekor ikan laga yg ayah beli untuk
Naurah n Farouk....

ikan Naurah bernama Frenzy....

ikan Farouk bernama spongebob

4 Januari 2011

KFC lagi dan lagi....

Anak2 ibu mmg suka sgt mkn fastfood.
Sbnarnya ibu pn sama gak.
Hari Sabtu dh makan kt KFC.
Hari Ahad g lagi ke sana.
Kalu tokey balak pn boleh muflis la.
Ramai lak rakyat jelata tu.

Kali ni ibu malas nk ikut cz ada driver baru.
Sapa lg kalu bkn ayah su.
Sementara ayah su blm g ke UTHM,
ayah su la jg driver anak2 buah nie.
Kiranya mangsa buli si kakak n anak2 sdara.....

Dan ibu santai kt rumah.
Ayah n farouk xde cz g tahlil rumah jiran....
Syok gak sskali dok lepak sorg2 depan tv....


rupanya bnde alah nie yg mrk pakai2 g beli..
Angah pn over gak.
Tah knapa la tiba2 nk main mainan.....

anak2 ibu brsama ayah su, adik bongsu ibu......

angah n ayah su......

angah, along n ayah su.....

ni ha bnde alah yg mrk nk sgt.....

dan nie utk ibu.......

3 Januari 2011

Back To School...

1st day ke sekolah setelah cuti lebih 1 bln.
Mmg agak kelam kabut juga pagi nie.
Maklumlh, sepjg ibu jadi full house wife slama 1 bln lbh ,pagi2 boleh santai2.
Xpyh brkejar-kejar nk masak ke, nk basuh baju ke...

Hari nie kembali la rutin ibu cam biasa.
Seawal 5.00 pagi ibu dh bangun n terus menuju ke dapur.
masak utk bfast n lunch.
Untuk breakfast pagi ni ibu masak roti john.
Untuk lunch pula ibu masak sup ketam.
2 je lauk utk anak2 ibu utk lunch ok.
Mereka xkisah dan xcerewat bab2 makanan.
1 jenis lauk pn dh cukup, janji mkn dr airtangan ibu nie.....

Smbil2 tu basuh baju, smpt jemur sblm mandi.
Bila anak2 dh siap barulh turn ibu bersiap.
Mmg berpeluh gak la di pagi2 hari nie.
Apa pn ibu tiba tepat mcm biasa.
Pkul 6.55 pagi yg tercegat kt sekolah.....

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....

farouk dh melangkah ke tahun 2.
Xtau la knapa pagi nie tiba2 nk brsongkok lak ke sekolah.
Menu hari pertama farouk makan masa rehat ialah nasi lemak.

2 Januari 2011

Check List B4 Back to School....

Tomorrow...tomoroww..Back to school...!!!!!
Ibu xlah terasa sk cz dh 1 week ibu dok ulang alik
ke sk hadiri mesyuarat pengurusan n pndaftaran sesi 2011.
Anak2 lak dh xsabar nk ke sk.
Farouk yg paling teruja.
Every day asyik dok tnya
"Ibu brapa hari lagi nk sekolah????"
Sampai ibu bagi warning...
"Dah jgn tanya2 lagi"..

Malas la nk jawab soalan yg sma tiap hari w.pn jwbnya pasti brbeza....

Persiapan disaat akhir nie trkdg anak yg trlepas pndang.
Tujuan ibu buat check list ni sbgai ingatan ibu juga.
Yelh, sbgai manusia biasa kita sering trlupa n slalu buat kesilapan...

Anak2
Uniform SK-

Alhamdulillah dh 90% siap.
Cuma kain masih dlm proses...hu.hu.hu...
smpt ke siap hr nie...

Alat tulis
-So far setakat ni buku2 tulis Farouk n Naurah dh beli kt SK masa bayar yuran hr tu..
-Untuk 3 Farah, mrk boleh uruskan sendiri cz duit ayah dh bagi....
-Along n Angah trpaksa beli kakulator baru
cz tingkatan 4 n 5 kena guna 350ME..

Beg dan kasut
-Beg n kasut beli mana yg perlu je.
-Farouk pn sibuk nk beg baru ttp ibu dh ingatkn guna yg lama selagi masih elok...
Bukan apa, ibu nk latih mrk tahu menghargai n brjimat cermat....
Ibu xnk mrk membazir.
Cuma bila dh perlu bila ibu belikan.....
Yang masih elok pakai aja.....

Bayaran yuran
Semua dh settle.
SK Keb dh bayar pd 30.12.2010
SK Men pn pada tarikh yg sama...
SK Agama Naurah n Farouk pn dh byr semlm...

Ibu
- Lesson Note utk hari Isnin n catatan keterangan diri dh siap
- Program PSS dh siap
-Program PPIM dlm proses.
- Watikah perlantikan Pustakawaan dlm proses utk diserahkn pd minggu ke 2.
-Tie pustakawaan lelaki dh settle.
-Kemas kini fail2 PSS ( 2o+++ buah fail dh proses memasukkan isi)
-Fail Panitia PSV dlm proses kemaskini.

Alhamdulillah rasanya setakat nie semua yg penting dh settle.
Harapan ibu agar anak2 ibu melangkah penuh brsemangat ke sekolah.
Belajar dlm keadaan tenang dan selesa....
Doa ibu agar mrk terus cemerlang dlm plajaran.
Cemerlang dlm akhlak..
dan cemerlang dunia n akhirat.....
Amin..

Selamat Melangkah Ke Sekolah Anak2 Ibu.
Dan selamat memulakan hari baru utk rakan2 guru....

Alat tulis........

4 Farah di kedai alat tulis.....


Kak Nana a.k.a Beby n Farouk di kedai kasut & Beg....

1 Januari 2011

Santai2 di Akhir Thn 2010 n Selamat Tahun Baru 2011

Maaf cz ibu trlambat wish
SELAMAT TAHUN BARU pd semua.
Smlm trpaksa g jemput adik bongsu ibu yg blajar kt UTHM.
Dia br smpai dr Kelantan.....

Pada semua rakan2 blogger ibu ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU.

Mungkin bg org lain thn baru amat istimewa.
Bagi ibu tiada yg istimewa cz thn baru seperti hari2 lain.
Cuma mungkin umur yg akan meningkat.
Mcm biasa ibu xde azam mcm org lain ttp dihati trsemat utk
melangkah terus ke depan tnpa memikirkan kisah2 sedih di belakang..
Setiap hari ibu punya azam baru.
So ibu xperlu nk buat azam thn baru.....

Ibu ingin:
Menjadi seorg anak yg terbaik utk ibu bapa.
Seorg isteri yg setia pd suami..
Seorang ibu yg sempurna utk anak2...
Seorang guru yg terbaik utk anak2 didik.
Seorg kawan yg ikhlas n jujur dgn rakan2.....

menghabiskan sisi2 tahun 2010 di Muara Sungai ini........

lepak2 mengambil angin petang yg bertiup dingin sambil menunggu adik tiba.......

singgah makan2 kt KFC......

About me