Bersua kembali setelah minggu terakhir sebelum cuti sekolah ibu sangat-sangat sibuk.
Dah hampir 2 minggu berpanas dan berhujan di padang kerana latihan sukan..
Pergi berkursus a.k.a berbengkel pula 2 hari...Nantilah ibu update kat aktiviti ibu di sekolah hujung bulan ni.
Hari ni nak buat n3 kisah yang dah agak basi.
Cerita Hari Guru yang kami sambut 3 hari lewat (19.5.2015) disebabkan
kengkangan masa yang tak dapat dielakkan.
Kita saksikan tentatif jelah ye.....
7.20-8.20 pagi : Perhimpunan Khas Hari Guru
Biasalah...Nyanyi Lagu Guru Malaysia setahun sekali.
Lepas tu baca ikrar...
Murid-murid bagi hadiah dan bersalaman.....
Sesi bergambar sebelum mulakan acara sukeneka.
Sebelum kaum lelaki terjah kami ambil kesempatan bergambar dulu.
Risau takut pentas roboh so kami bergambar kat bawah pentas...muhahah.
Tema tahun ni purple...tu untuk gergirls je....
Tunjuk atas...tunjuk bawah...lentok kanan...lentok kiri..hish3x....
mak2 ni kan kalau dah berkumpul huru hara dibuatnya....
Gelak lebih dari posing....ha3x....
Apapun kami enjoy....
Bila ada kaum lelaki baru mak-mak dara ni normal sikit....control ayu
9.00-11.00 : Sukaneka
Macam-macam acara dijalankan untuk membakar lemak.
Pasukan ibu menyandang Naib Juara.
Mak-mak dara posing dulu sebelum acara bermula.
Sukaneka :
Acara pingpong...syarat utama sambil pukul bola kena sebut perkataan berdasarkan tajuk diberi.
Menyambut telur berpasangan...Haya..nasib baik tak kena baju.
Makan maggie pedas berapi...syarat tak boleh minum air....Sapa minum dulu markah ditolak.
Sepit kacang dengan chop stik....alahai..bayangkan kacang hijau kecik2 tu.
Bowling kelapa.
Makan epal sambil mata ditutup...buah epal pula diikat ala-ala memancing....
REHAT
Menu makanan ala-ala kampung.
Ibu sempat makan sesuap je sebab terlalu pedas.
Terus hilang feel nak makan....lidah dah bengkak.
Nasib baik ada satey....dapatlah ibu mengisi perut yang tengah lapar.
11.30-12.40:Persembahan Guru/Murid
Pertukaran Hadiah/Penyampaian Hadiah
Dah hilang penat...perut pun dah kenyang..maka acara seterusnya persembahan murid dan guru.
Yang bestnyaa acara berbalas pantun antara Big Bos berpasangan dengan S/U Sukan (L) dan GPK KO dengan Kerani (P).
Sayang pulak tak ada gambar GB dalam stok ibu.
GB bertanjak dan berkain pelikat....Sangat sporting....
Acara seterusnya nyanyian solo oleh GPK Hem...tibai lagu versi Jawa...
Ha3x...tak tahan kami gelak.
Alhamdulillah..inilah penghargaan yang ibu dapat.
Saban tahun ibu bapa beri penghargaan sebegini walaupun ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa..
Sangat terharu bila melihat hadiah tu.
Ada yang harganya membuat mulut ibu melopong.
Terima kasih semua di atas segalanya ini.....
Walaupun tanpa hadiah dan penghargaan..
naluri seorang guru merangkap ibu tidak pernah putus berdoa untuk anak-anak murid.
Cun kan.....
Dalam banyak-banyak hadiah, pemberian Muhd buat airmata ibu dan Beby menitis.
Kebetulan Beby dan naurah yang gigih buka setiap hadiah dan maklumkan nama pemberinya.
Muhd seorang anak orang susah.
Sering tidak cukup wang belanja.
Bila kawan-kawan diamaklumkan pada ibu...ibu akan hulurkan dia wang belanja.
Bukan ingin war-warkan sumbangan tapi itulah realiti yang berlaku dikalangan kelompok kita.
Jika kita rasa kita susah..ramai lagi diluar sana lebih susah.
Muhd seorang pelajar yang agak ketinggalan.
Dalam erti kata lain antara pelajar kelas LINUS.
Tapi ibu nekad mengajarnya di kelas.
Masih merangkak membaca diawal tahun 2016.
Saban pagi sebelum bermula sesi PdP ibu mengajar Muhd membaca.
5 bln berlalu...Alhamdulillah ibu nampak hasilnya.
Muhd dah mula lancar walaupun tidak selancar rakan-rakan sebaya di Tahun 3.
Hati ibu berbunga riang...
InsyaAllah Muhd...cikgu sentiasa doakan yang terbaik.
Cikgu ingin melihat suatu hari nanti kamu juga mampu berjaya seperti rakan-rakan yang lain.
Jauh di sudut hati ibu rasa bersyukur kerana diberi peluang dan ruang ibu menjadi seorang guru.
Sepanjang bergelar guru banyak ibu berkongsi pengalaman hidup anak-anak didik.
Ibu sebenarnya lebih suka mendekati anak-anak yang bermasalah di dalam kelas.
Ibu cari punca mengapa mereka lemah.
Semoga ibu terus diberi kesihatan yang baik..diberi kesabaran...ketabahan...dalam mendidik anak-anak syurga ini.
Dan ibu pasti Allah memberi ganjaran dan keberkatan buat ibu sekeluarga.
Memudahkan urusan anak-anak ibu bila ibu berbuat baik dan ikhlas dengan anak-anak orang lain.
InsyaAllah....Amiin.
Along dan Naurah serta anak-anak tidak lupa beri hadiah dan ucapan Hari Guru dan Hari Ibu.
Ibu pernah menjadi cikgu mereka dan ibu dengan rasmi menjadi ibu pada 14.5.1994.
Alhamdulillah...Terima kasih 5F kerana menyenangkan hati ibu dan ayah.