Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Mei 2016

Sepetang di Pantai Telok Cempedak

Kisah weekend yang dah terobek...
14.5.2016- Seawal pagi en ayah fly ke Sabah kerana ada program di sana.
Tarikh yang sama ibu perlu ke Kuantan untuk mengangkut barang-barang Beby.
Ibu terpaksa pergi awal mengambil barang Beby sebab sayang rasanya nak mohon CRK.

Kesian Along.
Malam sebelumnya bersekang mata menyiapkan tugasan U.
Awal pagi Along hantar Ayah untuk ke airport.
Berkejar balik ke rumah dari Melaka.
Walaupun masih penat dan baru sampai rumah namun senyuman tak pernah lekang dari bibir Along.....

Along lah jadi penyelamat ibu.
Dalam kesibukan dengan studynya yang dah nak sampai ke penghujung,
 Along terpaksa berkejar balik untuk menjadi peneman a.k.a driver ibu.
Memang ibu kesian sangat tapi syukurlah Along seorang yang pentingkan keluarga melebihi kepentingan dirinya sendiri.
Sanggup ketepikan rasa penat dan lelah.
Syukur sangat...Along mampu menjadi sebahagian tulang belakang ibu dan ayah.
Along amat memahami kesibukkan ayah yang menjadi milik masyarakat.
Along tidak pernah sekali2 mengeluh dan merungut.
Sering menjadi penganti ayah menguruskan adik2.
Sering menjadi pendorong dan pemakar semangat adik2 untuk cemerlang..
Sering menyejukkan hati ibu....
Ya Alllah..bertapa ibu rasa begitu bertuah memiliki bidadari ini.......

Kami bertolak ke Kuantan lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Tiba di Kuantan pada 1.30 petang.
Singgah tempat Beby untuk mengangkut barang-barangnya yang mengunung.
Ayah dah pesan suruh bawa MPV sebab risau HRV tak mampu menampung barang anak dara ni.
Ha.ha.ha....nampak tak ayah risau dan memahami anak2 daranya yang punya koleksi kain baju dan teddy bear yang tinggi menggunung......


Ibu pinjam Beby dan BFF nya sekejap.
Saja singgah makan-makan kat Pantai Telok Cempedak.

Petang yang damai di PTC

Sekadar menghirup udara nyaman di tepi pantai.
Kebetulan petang Jumaat tu cuaca agak redup dan nyaman.
Air pun pasang......

3F

Sekadar celup-celup kaki dalam air....
Bina istana pasir katanya.....

Setelah senja kami betolak semula untuk pulangkan Beby n BFF nya ke kolej.

8 ulasan:

eima berkata...Reply To This Comment

lama tak pi TC ... lagu mana dah ru[enye nye .. rindutmpt deting dedulu

Norhayati Mohd Isa berkata...Reply To This Comment

Cantik putih bersih pasir pantai tu NzA..
lama tak ke pantai ni..
Macam nak mencari pantai pulak bila tengok gambar2 NzA ni :)

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Seronoknya jalan jalan TC :)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Untung akak sebab anak-anak dah besar dan boleh diharapkan. Untung juga sebab anak-anak sentiasa dengar kata ibu mereka ^_^

Kali ni setakat pergi angkut barang ajelah ya, kak. Tuan punya barang yang menimbun tu tak ikut balik pulak ke?

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah along sebagai anak sulung dh jalankan tanggungjawab sebaiknya.untung akak ada anak sebaik n semanis along..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

anak2 akak mmg semua lieya tgk behave jek..baik2 dan pandai2..moga2 anak2 lieya jadi mcm anak2 akak....amin...

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

Untungnya kak niza ada anak macam along..ada anak2 yg berjaya....tahniah kak

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

Untungnya kak niza ada anak macam along..ada anak2 yg berjaya....tahniah kak

About me