Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Mei 2016

Kisah Hari Guru

Bersua kembali setelah minggu terakhir sebelum cuti sekolah ibu sangat-sangat sibuk.
Dah hampir 2 minggu berpanas dan berhujan di padang kerana latihan sukan..
Pergi berkursus a.k.a berbengkel pula 2 hari...Nantilah ibu update kat aktiviti ibu di sekolah hujung bulan ni.

Hari ni nak buat n3 kisah yang dah agak basi.
Cerita Hari Guru yang kami sambut 3 hari lewat (19.5.2015) disebabkan
kengkangan masa yang tak dapat dielakkan.
Kita saksikan tentatif jelah ye.....

7.20-8.20 pagi : Perhimpunan Khas Hari Guru
Biasalah...Nyanyi Lagu Guru Malaysia setahun sekali.
Lepas tu baca ikrar...
Murid-murid bagi hadiah dan bersalaman.....

Sesi bergambar sebelum mulakan acara sukeneka.
Sebelum kaum lelaki terjah kami ambil kesempatan bergambar dulu.
Risau takut pentas roboh so kami bergambar kat bawah pentas...muhahah.
Tema tahun ni purple...tu untuk gergirls je....
Tunjuk atas...tunjuk bawah...lentok kanan...lentok kiri..hish3x....
mak2 ni kan kalau dah berkumpul huru hara dibuatnya....
Gelak lebih dari posing....ha3x....
Apapun kami enjoy....

Bila ada kaum lelaki baru mak-mak dara ni normal sikit....control ayu

9.00-11.00 : Sukaneka
Macam-macam acara dijalankan untuk membakar lemak.
Pasukan ibu menyandang Naib Juara.
Mak-mak dara posing dulu sebelum acara bermula.

Sukaneka :
Acara pingpong...syarat utama sambil pukul bola kena sebut perkataan berdasarkan tajuk diberi.
Menyambut telur berpasangan...Haya..nasib baik tak kena baju.
Makan maggie pedas berapi...syarat tak boleh minum air....Sapa minum dulu markah ditolak.
Sepit kacang dengan chop stik....alahai..bayangkan kacang hijau kecik2 tu.
Bowling kelapa.
Makan epal sambil mata ditutup...buah epal pula diikat ala-ala memancing....

REHAT
Menu makanan ala-ala kampung.
Ibu sempat makan sesuap je sebab terlalu pedas.
Terus hilang feel nak makan....lidah dah bengkak.
Nasib baik ada satey....dapatlah ibu mengisi perut yang tengah lapar.

11.30-12.40:Persembahan Guru/Murid
Pertukaran Hadiah/Penyampaian Hadiah
Dah hilang penat...perut pun dah kenyang..maka acara seterusnya persembahan murid dan guru.
Yang bestnyaa acara berbalas pantun antara Big Bos berpasangan dengan S/U Sukan (L) dan GPK KO dengan Kerani (P).
Sayang pulak tak ada gambar GB dalam stok ibu.
GB bertanjak dan berkain pelikat....Sangat sporting....
Acara seterusnya nyanyian solo oleh GPK Hem...tibai lagu versi Jawa...
Ha3x...tak tahan kami gelak.

Alhamdulillah..inilah penghargaan yang ibu dapat.
Saban tahun ibu bapa beri penghargaan sebegini walaupun ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa..
Sangat terharu bila melihat hadiah tu.
Ada yang harganya membuat mulut ibu melopong.
Terima kasih semua di atas segalanya ini.....
Walaupun tanpa hadiah dan penghargaan..
naluri seorang guru merangkap ibu tidak pernah putus berdoa untuk anak-anak murid.

Cun kan.....

Dalam banyak-banyak hadiah, pemberian Muhd buat airmata ibu dan Beby menitis.
Kebetulan Beby dan naurah yang gigih buka setiap hadiah dan maklumkan nama pemberinya.
Muhd seorang anak orang susah.
Sering tidak cukup wang belanja.
Bila kawan-kawan diamaklumkan pada ibu...ibu akan hulurkan dia wang belanja.
Bukan ingin war-warkan sumbangan tapi itulah realiti yang berlaku dikalangan kelompok kita.
Jika kita rasa kita susah..ramai lagi diluar sana lebih susah.

Muhd seorang pelajar yang agak ketinggalan.
Dalam erti kata lain antara pelajar kelas LINUS.
Tapi ibu nekad mengajarnya di kelas.
Masih merangkak membaca diawal tahun 2016.
Saban pagi sebelum bermula sesi PdP ibu mengajar Muhd membaca.
5 bln berlalu...Alhamdulillah ibu nampak hasilnya.
Muhd dah mula lancar walaupun tidak selancar rakan-rakan sebaya di Tahun 3.
Hati ibu berbunga riang...

InsyaAllah Muhd...cikgu sentiasa doakan yang terbaik.
Cikgu ingin melihat suatu hari nanti kamu juga mampu berjaya seperti rakan-rakan yang lain.
Jauh di sudut hati ibu rasa bersyukur kerana diberi peluang dan ruang ibu menjadi seorang guru.
Sepanjang bergelar guru banyak ibu berkongsi pengalaman hidup anak-anak didik.
Ibu sebenarnya lebih suka mendekati anak-anak yang bermasalah di dalam kelas.
Ibu cari punca mengapa mereka lemah.

Semoga ibu terus diberi kesihatan yang baik..diberi kesabaran...ketabahan...dalam mendidik anak-anak syurga ini.
Dan ibu pasti Allah memberi ganjaran dan keberkatan buat ibu sekeluarga.
Memudahkan urusan anak-anak ibu bila ibu berbuat baik dan ikhlas dengan anak-anak orang lain.
InsyaAllah....Amiin.


Along dan Naurah serta anak-anak tidak lupa beri hadiah dan ucapan Hari Guru dan Hari Ibu.
Ibu pernah menjadi cikgu mereka dan ibu dengan rasmi menjadi ibu pada 14.5.1994.
Alhamdulillah...Terima kasih 5F kerana menyenangkan hati ibu dan ayah.

23 Mei 2016

Selamat Ulang Tahun Mama

Selamat Ulang Tahun mama a.k.a bonda Hajah Hanisah bt Abdullah yang ke 68thn.
Seorang insan yang paling ibu sayang dunia/akhirat.
Seorang ibu yang hebat.

Kakak doakan moga mama sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah.
Dipermudahkan segala urusan
Panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Terima kasih Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk hambaMu ini merasai kasih sayang dan belaian mama hingga kesaat ini....
Sayang mama.....


20 Mei 2016

Milik Siapakah Gadis Ini?

Pada malam 9.5.2016 kami didatangi seekor kucing.
Keadaan kotor...kurus kering....selsema....
Kesian sangat ibu tengokkan.
Pagi esok ada lagi si kucing ni di depan pintu.
Sebelum ibu pergi kerja, ibu letakkan makanan di luar rumah.
Balik sekolah ibu lihat si kucing ni masih ada di depan rumah
Lantas ibu mandikan...bagi makan dan bersihkan hidungnya yang kotor dan tersumbat.

Sayu hati melihat keadaan si comel ni.
Hari ke 2 ibu lihat si comel berak berdarah.
Ya Allah..sakit apakah si comel ini...
Kakinya bengkak dan jalan terhinjut-hinjut....
Ibu cuma mampu sapukan ubat..masih tidak punya masa untuk bawa ke klinik vetarina.
Makan pun tak selera.....macam sakit tekak nak menelan makanan.

Ibu sepakat dengan 2F namakan si comel ni Binggo.
Penganti Si Binggo yang hadir hanya seketika dalam family kami beberapa bulan lalu..

Beginilah keadaan si comel semasa kali pertama hadir...
Ni pun setelah ibu bersihkan mata dan hidungnya yang sangat kotor.

Ni selepas ibu dah mandikan....bersihkan mata dan hidungnya
(tu pun belum sempat dibersihkan sepenuhnya sebab Binggo mengelak).

11.5.2016-Belum sihat sepenuhnya....nampaknya hari ni najisnya dah ok.
Si Binggo pun dah mula nak makan walaupun sedikit.

Pelbagai jenis jenama makanan kucing ibu beli namun Binggo masih tak ada selera nak makan.
Akhirnya Along belikan Power Cat ni.
Sekali hadap 2 bungkus...
Lega rasa hati ibu lihat Binggo berselera makan.

Kakinya masih membengkak.
Binggo berjalan mengunakan 3 kali.
Cepat sembuh ye Binggo......Kesian tengokkan.
Walaupun Binggo bukan milik kami tapi atas rasa simpati dan belas ikhsan
ibu merawatnya..........

18.5.2016- Gambar yang ibu snap setelah 9 hari Binggo di sini.

19.5.2016- Genap 10 hari Binggo di sini....
Ekor dan bulu Binggo mula nampak kembang dan gebu.....

Pot yang Binggo mula teroka...Bilik air jadi pilihan.

Alhamdulillah Binggo makin sihat, ceria dan badan dah nampak berisi sikit.
Cuma kaki Binggo masih sakit walaupun bengkak dah berkurangan.
Moga cepat sembuh ye Binggo.
Jika ditakdirkan Binggo ingin kembali kepangkuan tuannya ibu relakan........
Yang penting ibu dah lakukan yang terbaik untuk merawat Binggo..



17 Mei 2016

Sepetang di Pantai Telok Cempedak

Kisah weekend yang dah terobek...
14.5.2016- Seawal pagi en ayah fly ke Sabah kerana ada program di sana.
Tarikh yang sama ibu perlu ke Kuantan untuk mengangkut barang-barang Beby.
Ibu terpaksa pergi awal mengambil barang Beby sebab sayang rasanya nak mohon CRK.

Kesian Along.
Malam sebelumnya bersekang mata menyiapkan tugasan U.
Awal pagi Along hantar Ayah untuk ke airport.
Berkejar balik ke rumah dari Melaka.
Walaupun masih penat dan baru sampai rumah namun senyuman tak pernah lekang dari bibir Along.....

Along lah jadi penyelamat ibu.
Dalam kesibukan dengan studynya yang dah nak sampai ke penghujung,
 Along terpaksa berkejar balik untuk menjadi peneman a.k.a driver ibu.
Memang ibu kesian sangat tapi syukurlah Along seorang yang pentingkan keluarga melebihi kepentingan dirinya sendiri.
Sanggup ketepikan rasa penat dan lelah.
Syukur sangat...Along mampu menjadi sebahagian tulang belakang ibu dan ayah.
Along amat memahami kesibukkan ayah yang menjadi milik masyarakat.
Along tidak pernah sekali2 mengeluh dan merungut.
Sering menjadi penganti ayah menguruskan adik2.
Sering menjadi pendorong dan pemakar semangat adik2 untuk cemerlang..
Sering menyejukkan hati ibu....
Ya Alllah..bertapa ibu rasa begitu bertuah memiliki bidadari ini.......

Kami bertolak ke Kuantan lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Tiba di Kuantan pada 1.30 petang.
Singgah tempat Beby untuk mengangkut barang-barangnya yang mengunung.
Ayah dah pesan suruh bawa MPV sebab risau HRV tak mampu menampung barang anak dara ni.
Ha.ha.ha....nampak tak ayah risau dan memahami anak2 daranya yang punya koleksi kain baju dan teddy bear yang tinggi menggunung......


Ibu pinjam Beby dan BFF nya sekejap.
Saja singgah makan-makan kat Pantai Telok Cempedak.

Petang yang damai di PTC

Sekadar menghirup udara nyaman di tepi pantai.
Kebetulan petang Jumaat tu cuaca agak redup dan nyaman.
Air pun pasang......

3F

Sekadar celup-celup kaki dalam air....
Bina istana pasir katanya.....

Setelah senja kami betolak semula untuk pulangkan Beby n BFF nya ke kolej.

14 Mei 2016

Selamat Ulang Tahun Along

22 tahun yang lalu setelah 2 tahun penantian akhirnya ibu layak
mendapat status ibu.
Selang 2 hari menyambut Hari Guru.
Hadiah yang sangat berharga buat ibu bergelar ibu dan guru.

Syukur Alhamdulillah...penantian tidak sia-sia.
Walaupun masih berusia awal 20an dan jauh dari keluarga, ibu mampu
menguruskan segala-galanya dengan lancar.
Ayahlah yang banyak membantu
Menjaga dan memasak untuk ibu didalam pantang....
Kebetulan masa tu mama dan abah berada di Tanah Suci...

Terima kasih Allah kerana menghadiahkan kami seorang bidadari
yang cukup indah.
Seorang anak yang baik..sopan...lembut tutur kata...mendengar kata, bertanggung jawab, 
menjadi pembakar semangat adik-adik untuk turut cemerlang dalam pelajaran.
Menjadi penyejuk hati ibu dan ayah serta insan kesayangan atok serta pakcik dan makcik
sebelah ibu kerana Along merupakan cucu/anak saudara sulung.

Celebrate dan hadiah dari kawan-kawan serumah.
Seperti biasa kami akan menerima kek setiap kali tiba hari lahir.
Siapa lagi kalau bukan Sir Lee.
Terima kasih bergudang lemon Sir kerana tidak pernah lupa tarikh bersejarah kami sekeluarga.
Kami doakan agar kehidupan Sir bahagia dan aman tenteram serta murah rezeki.



Tahniah Along kerana tinggal tak berapa lama lagi akan menamatkan
pengajian degree di IPTA.
Ibu, ayah serta keluarga doakan agar Along dipermudahkan segala urusan..
dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki dan yang penting mendapat seorang jodoh yang mampu menjadi pelindung along..menyayangi along sepenuh hati sebagai mana kami menyayangi dan menatang along bagai minyak yang penuh.....dan paling penting seorang yang mampu memimpin Along ke arah kebaikan.....Amiin.....


9 Mei 2016

Kenangan Terakhir Sebagai GPM

Lebih 10 tahun ibu mengabdikan diri sebagai Guru Perpustakaan Media (GPM).
Bermula lantikan dalaman dan setahun kemudian ibu dilantik secara rasmi oleh
Jabatan Pendidikan Negeri.
Setiap apa yang ibu dapat...itu ibu anggap satu tanggung jawab yang perlu ibu lakukan
sebaik mungkin...
Sepanjang perkhidmatan ibu diberi kepercayaan sebagai salah
seorang Ahli Jawatan Kuasa daerah.
Banyak juga program-program Khidmat bantu, lawatan penanda aras dan Pertandingan
NILAM daerah yang ibu sertai.....

Sepanjang 1 dekad banyak kenangan pahit manis yang ibu lalui.
Diusia Farouk 2thn...dia membesar di situ.
PSS  dah jadi rumah ke 2 ibu.
Banyak masa sebelah petang...weekend dan cuti ibu habiskan di PSS.
Alhamdulillah 4Farahs dan ayah amat memahami dan memberi sokongan.

Beberapa kejayaan yang diperoleh hasil kerjasama rakan-rakan.....
Sepanjang masa lebih 10 tahun, PSS  dinobatkan PSS Cemerlang Daerah dan menjadi
penanda aras Zon.

Dan di akhir 2015 ibu rasa sudah sampai masanya untuk ibu berundur..
Ibu ingin mencari sesuatu yang baru sebagai cabaran...ibu ingin memberi
peluang pada orang baru...
Pada awal cadangan ibu...ibu mendapat tentang hebat daripada pihak atasan.
Alasan : bimbang PSS tidak mampu dikekalkan sebagai PSS Cemerlang....
Sampai satu ketika airmata ibu tertumpah.
Namun syukur kerana akhirnya mereka akur dengan keputusan ibu setelah berkali-kali ibu "mendesak".
Walaupun "mereka" masih menaruh harapan agar ibu menarik balik keputusan ibu.
Namun ibu sudah nekad......ibu tidak ingin selalu berada dalam zon selesa dan
kadang-kadang menjadikan ibu bosan tanpa sebarang cabaran.

Dan inilah hasilnya.....bermula tahun 2009-2015..tahun terakhir perkhidmatan ibu
PSS dianugerahkan 5 Bintang.....

2 kali PSS ibu diiktirafkan Tempat ke 2 PSS Cemerlang Peringkat Daerah.
Tahun 2015 PSS ibu cuma berbeza 0.5 markah dengan Johan Daerah....
Ibu berpuas hati kerana ibu risau jika menyandang Johan kerana banyak benda yang perlu ibu lakukan dan terpaksa menangguhkan perletakan jawatan ibu..
Ada hikmah....
Selama lebih 10 tahun PSS diiktirafkan PSS Cemerlang Daerah.

Ibu rasa cukuplah lebih 10 dekad khidmat bakti ibu di PSS.
Setelah 4 bulan berlalu ibu rasa semakin gembira dengan dunia baru ibu.

5 Mei 2016

Aktiviti Sekolah Ibu Sepanjang April

Kem Membaca 1 Malaysia- 
4-6.4.2016
Program rutin setiap tahun.
Pertandingan yang dijalankan:
-mewarna poster Tahap 1
-membuat penanda buku Tahap 2
-mengarang Tahun 6

Ujian Saringan Bertulis LINUS Tahun 3
4-15.4.2016
tujuan nak mengesan murid-murid lemah dari awal untuk dipulihkan.
Karnival MTQ-
5.4.2016


3 orang peserta sekolah ibu meraih hadiah mengikut kategori masing-masing.

Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah-7.4.2016

Karnival KO Akademik Daerah Tangkak
di SKTR-23.4.2016
Team Matematik sekolah ibu berjaya mendapat tempat ke 3 Daerah Tangkak.
Tahniah kepada murid yang berjaya.

2 Mei 2016

Pre Graduation Night

Kisah tentang Along a.k.a Farah Nabilah pulak.
Pejam celik pejam celik Along dah nak sampai ke penghujung pengajian degree-nya.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar.
Biasalah bergelar sebagai student ada banyak cabaran dan pahit manis.
Syukur Alhamdulillah setiap kali exam Along mampu dapat result yang baik dan menjadi sebagai pembakar semangat untuk adik-adik.

Malam sebelum 1 Mei, Batch Along BITC telah mengadakan dinner sempena
"Pre-Graduation" di Muo Station.
Muo Statio ni terletak di MITC.
Menurut kata Along makanan boleh tahan sedap dan goodies comel disediakan.
Seorang bayar dalam RM50.
Katanya berbaloi-baloi dan puas hati.

Bulan 9 ni mereka dah mula keluar praktikum @LI dan akan terpisah membawa
haluan masing-masing.....

Along and the geng

 Along and the geng.

 Along (berbaju oren) bersama BFF.

Good luck untuk Along dan rakan-rakan sealiran.
Semoga dipermudahkan segala urusan...InsyaAllah...Amiin.

26 April 2016

Press Conference Presentation


 Sejak kebelakangan ni 3Farahs sangat sibuk dengan study.
Masing-masing dah hampir menamatkan pengajian mereka.
Tinggal lagi setahun lebih......

Kisah kali ni tentang Angah a.k.a Farah Nadiah.
Sejak beberpa minggu kebelakangan ni ibu perati je Angah.
Kesibukan mengalahkan PM.
Balik cuti kat rumah pun mengadap buku..laptop...hafal macam-macam akta...
masa bergosip dengan ibu pun sempat bawa nota kecil....
Badan pun makin susut...
Ibu tahu Angah ni kalau diberi tugasan mesti nak yang terbaik..terbest..ter'sempurna' mungkin.
Perangai sejak kecik sampai la sekarang.
Dia tidak suka buat kerja 'last minute'.....
Kalau boleh mahu yang terbaik....

Minggu ni Angah n team nya ada "press conference".
Angah buat pasal "launch iphone".
Angah bertindak sebagai engineer apple...terangkan pasal features iphone SE.
Ibu pun bukannya faham sebab diluar bidang kerjaya ibu.
Bila Angah w.apps dan ceritakan semua tu ibu melopong la.
Juz wish good luck pada Angah and the geng.
Alhamdulillah semuanya berjalan sangat lancar dan jayanya.
Syabas buat Angah and the geng.

Ibu tahu Angah seorang yang confident bila berhujah.
Itulah kelebihan Angah sejak dbangku sekolah.
Berani..yakin dan berani ke depan public...Mungkin dapat semua tu daripada Ayah.
Ibu sangat berbeza....agak pemalu dan tidak ada keyakinan diri bila berada dihadapan ramai
semasa dibangku sekolah....low profail.
Cuma sejak bergelar guru baru la berani dan yakin sikit.....
Alhamdulillah anak-anak semua ikut bakat daripada Ayah sebagai pemimpin....

Gambar-gambar yang ibu kidnap dari w.apps :
Penuh yakin membuat perbentangan....

 Angah and the geng...

Muka-muka bahagia setelah perancangan berjalan lancar dan jayanya.
Syabas.

Ni ig BFF Angah...Sorry ye ibu kidnap ig Maher punya.

Ibu doakan agar Angah berjaya menamatkan degree dengan cemerlang dan mampu menjawat jawatan yang baik suatu hari nanti....InsyaAllah..Amiin.

22 April 2016

Sweet 21th Angah

Selamat Ulang Tahun yang ke 21 tahun buat anak pra-matang ibu
Farah Nadiah a.k.a Angah.
Alhamdulillah Angah membesar dengan sihat dan pintar.
Seorang "bintang airmata" yang amat mudah mengalirkan airmata...he3x

Ibu ucapkan agar Allah permudahkan perjalanan hidup Angah,
Diberi kesihatan yang baik,
Diberi daya ingatan yang kuat,
Dimurahkan rezeki,
Dipanjangkan umur dan berjaya dalam kehidupan yang mendatang.

Ibu juga doakan agar Angah cemerlang dalam peperiksaan sem yang sedang berlangsung.
Ibu tahu Angah mampu lakukannya.
Kek sponser daripada Sir Lee buat birthday girl. 
Kebetulan pulak Angah balik hujung minggu ni. Bukan main gembira dia.
Terima kasih berjuta lemon Sir kerana sering berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan kami sekeluarga.
Kami sekeluarga doakan agar Sir murah rezeki, panjang umur dan dipermudahkan segala urusan. 

Terima kasih Allah kerana hadiahkan kami permata hati yang
menjadi penyejuk hati....Alhamdulillah.

21 April 2016

Disebalik Keayuan

Lama dah ibu tak buat n3 tentang anak-anak.
Kesibukan dan kemalasan melanda menyebabkan dairy ibu
terabai.
Namun bulan Mac dan Aprilni kerajinan nampaknya mula menjelma.
Harap-harap selepas ni kerajinan menaip n3 kembali menjelma.

Kisah puteri ke 3 ibu nun jauh di Kuantan.
Sekarang Beby sibuk dengan study dan disamping itu Beby bergiat
aktif di dalam bidang taekwando.
Beby banyak dipanggil untuk menjadi jurulatih peringkat sekolah dan kolej.
Tak sia-sia usaha Beby selama ini.

Nampak ayu bila berpakaian ke kuliah.....

Tapi tangkas bila beraksi.......

Ibu dan Ayah cuma bagi sokongan dan galakan pada minat anak-anak
asalkan mereka tahun membahagikan masa belajar dan beraktiviti.
Disamping minat Beby juga mendapat sedikit pulangan bila
melatih pelajarnya.
Dapatlah sedikit sebanyak menampung perbelanjaannya di sana.

Gambar-gambar Beby ni ibu kidnap daripada insta dia.
Gambar-gambar sekitar aktiviti taekwando Beby.




18 April 2016

Hanya Seketika

15.4.2016.....sehari sempena ulang tahun en ayah kami
dapat ahli baru dalam keluarga.
Setelah lebih 2 bulan Oyen hilang akhirnya kami dapat penggantinya.

Biras ibu bawakan "Tuah" ni untuk Farouk.
Kami namakan "Tuah Bingo".....berusia 4 bulan.
2 hari Binggo bersama kami.
Terkadang dia ceria...tapi lebih banyak termenung...
Pot yang Binggo paling suka di sudut tingkap.
Hari ke 2...Binggo mula tak selera makan.....banyak termenung...
tercari-cari sesuatu....
Sayu dan sedih ibu tengokkan si Binggo.
Mungkin Binggo rindukan ibunya...abangnya....adik beradiknya....
Rasa bersalah setiap kali ibu lihat Bingo termenung...
Walaupun Bingo hanya sekadar seekor kucing kecil tapi
hati dan perasaan rindunya siapa yang tahu....

Akhirnya ibu mengambil keputusan yang berat.
Kami sepakat pulangkan semula Tuah @ Bingo kepangkuan keluarganya.
Biarlah Bingo bahagia disisi keluarganya...ditempat asalnya.........

 Muka sedih.....

 Pot tempat Tuah Binggo melayan perasaan rindunya....

Bila ibu tatap gambar ni..airmata ibu menitis....
Sebak dan sedih....
Beginilah keadaan Bingo menanggung rindu pada keluarganya.

Takpelah ye Tuah Bingo....jodoh kita tak panjang.
Kalau ada masa terluang ibu akan datang menziarahi Bingo.

14 April 2016

Selamat Ulang Tahun En Ayah

Malam baru sempat update n3.
Taip laju-laju......tercunggap2.....huhuhu...

Selamat ulang tahun En Ayah.
Terima kasih Allah kerana kurniakan kami sekeluarga
seorang suami dan ayah yang hebat.

Kami doakan semoga en ayah sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah,
dimurahkan rezeki,
dipermudahkan segala urusan,
dikurniakan kesihatan yang baik.....Aminn.
Kek sponser dr BFF ayah, Sir Lee.
Tqsm Sir kerana sentiasa berkongsi rezeki dengan kami sekeluarga.

Juga terima kasih ayah kerana sering memberi kejutan buat kami diulang tahun kelahiran Ayah.
Jika orang lain menerima hadiah dihari lahir tetapi ayah memberi hadiah buat kami sekeluarga.
Segala kejutan yang en ayah beri membuat kami hilang kata-kata.
Biarlah ianya menjadi rahsia kami sekeluarga.
Dan sesungguhnya kami amat bersyukur Ya Allah....
Alhamdulillah.

About me