Assalamulaikum semua.
Belek-belek draf terjumpa dairy hampir nak masuk 2 tahun
Nasib baik di dalam draf ni ibu dah buat sedikit catatan.
Kalau nak harapkan daya ingatan ibu memang dah hilang dari radar.
Oklah. Ibu publish la kenangan ini.
25.12.2018
Mencari Redha ALLAH.
Bersua kembali.....
Umrah Pertama 2016 dulu ibu transit di Doha.
Alhamdulillah kali ke 2 ibu menunaikan umrah kami transit di Abu Dhabi selama 3 jam.
Ibu dan abah.
Check in dan berada dibalai berlepas KLIA...
Pengalaman pertama Farouk menunaikan Umrah.
Penerbangan dari KLIA ke Abu Dhabi memakan masa selama lebih kurang 3 jam setengah.
7.25 malam hingga 11.00 malam.
Walaupun penat namun wajah kami tetap ceria.
Kami tiba di Abu Dhabi pada 11.00 malam.
Menaiki bas menuju ke balai ketibaan.
Airportnya sangat luas kerana di sinilah tempat transit penerbangan seluruh dunia untuk
ke negara-negara Asia dan Eropah.
Menuju ke balai menunggu...
Alhamdulillah. Selamat tiba.
Kami menunaikan solat Jamak di sini.
Menuju ke balai menunggu.....
Memang sangat luas.
Perlu berjalan lebih 1km untuk ke sini.
Tempoh 3 jam tidak begitu lama sebenarkan kerana perjalanan yang agak jauh..
Menunaikan solat...
Berkumpul kembali di balai menunggu....
Meneruskan lagi perjalanan dari Abu Dhabi ke Jeddah
Menaiki pesawat pada pukul 2.00 pagi dan tiba di Jeddah lebih kurang 4.30 pagi.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan perjalanan umrah kali ke 2 ibu.
Perjalanan mencari redha Allah bermula......