Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Oktober 2014

Beginilah Nasib

Hari ini saja nak tepek isu terhangat yang panas bulan lepas.
UPSR BOCOR dan orang pertama jadi mangsa ialah cikgu.
Awal pagi buka FB penuh dengan cemuhan.
Tengok TV....dengar radio.....semuanya seolah-olah menunding jari kepada cikgu....
Surat khabar sebesar-besar alam memuatkan berita sensasi di muka depan.
Cikgu-cikgu dipersalahkan di atas kebocoran ini sedangkan masyarakat
tidak tahu keadaan kami menangis dipagi hari bila pengumuman kertas Bahasa Inggeris bocor
dan peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.
Kecewa...sedih..sayu....pilu....
Sia-sia saja rasanya pengorbanan rakan-rakan guru selama ini.
Siang malam datang sekolah.
Kepentingan diri diketepikan demi melihat kejayaan anak-anak didik.

Dan yang paling sadis bila cikgu-cikgu yang ditahan reman didapati TIDAK BERSALAH.
Berita ini hanya dimuatkan "sekadar dipinggiran" dalam akhbar.
Dalam TV langsung tak ada berita.
Tidak siapa pun yang perasan kecuali orang-orang yang membelek berulang kali.

Tak kisahlah....cikgu-cikgu dah terbiasa dengan cemuhan dan kutukan.
Walau apapun cabaran dan ujian mendatang.
Guru tetap menjadi lilin menerangi orang lain.....
Semangat untuk mendidik tidak pernah pudar.
Semoga Allah terus beri kekuatan buat insan yang bergelar guru.....InsyaAllah.

18 Oktober 2014

Movie Reunion MPKTBR/IPGKDRI 90/92

Sekadar kenangan.
Terima Kasih kepada rakan ibu yang bersusah payah hasilkan movie ini En Hafiz Amrose.
TQSM...jasamu dikenang.




17 Oktober 2014

JJCM Restauran Sampan

Kalau balik ke kampung, aktiviti utama kami anak-beranak pasti JJCM dan bershopping.
Maklumlah Kelantan terkenal dengan syurga makanan dan pusat menghabiskan duit.
Kisah ni sebenarnya dah lama terperam dalam draf.

Anak-anak riang ria.

Misi utama mencari menu feveret ibu dan Angah.."meehoon celup".
Tempat yang biasa kami tuju ialah Kampung Tunjung yang menghala
ke Wakaf Che Yeh.

Restauran yang terletak di tepian sawah padi.
Ibu dan anak-anak panggil restauran sampan je sebab
kat situ ada replika sampan sebagai hiasan.

Pekerja dan tukang masaknya kebanyakan terdiri daripada
orang Siam.
Airtangan orang Siam ori memang boleh tahan sedaplah.

Menjamu selera.....

Feveret ibu 'meehoon celup' versi gear box.
Puas hati dapat hirup kuahnya.....

Somtam yang pedas berasi tapi sedap.
Selesai makan kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh tapi malangnya
hujan turun dengan lebatnya...
Emmmm basah lencun dan akhirnya kami balik tanya sempat
membeli belah...

Selang 3 hari kami ke restauran tu lagi.
Kali ni angkut mama sekali.

Bukan senang nak bawa mama JJCM bersama sebab mama dah lama tidak dapat
berjalan seperti orang lain dan penglihatan mama pun terganggu..
Walaupun mama tidak sihat dan pengidap beberapa jenis penyakit kronik namun
ibu sangat kagum dengan ketabahan mama.
Sedikit pun dia tidak pernah tunjukkan dia sakit terutama pada anak-anak.

Banyak-banyak menu, 2 orang kanak-kanak rebina ni memilih megi goreng...adeh....

3Farahs

Menghitung hari nak balik ke Kelantan pada cuti nanti......

About me