Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 September 2014

Farouk dan Basikal Berhias Kemerdekaan

Kisah terperap sejak 2 minggu lepas.
Farouk yang bersemangat patriotik join pertandingan basikal berhias.
1 minggu dok membebel pasal nak join pertandingan basikal berhias.
Naik rimas ibu dibuatnya.

 Balik sekolah mengadap basikal.
Tak hinggat makan minum...
Alahai tak tahu penat.
Bila dah minat punya pasal.....buat kerja pun bersungguh-sungguh.
Kalaulah belajar bersungguh-sungguh macam ni kan basus....

 Berpeluh-peluh dia.......Patriotik sungguh.

Bahagian depan basikal...
Gigih jugaklah si ibu tolong tampalkan gambar patriotik tu.
Risau jugak ibu nak biarkan sebab guna glue gam tu....
Risau  terkena jari jemari yang mulus dan gebu Farouk.
Dah la sorang tu je bujang terhangat ibu....he3x....

27.8.14...Hari yang dinanti tiba jugak.
Abang polis ibu dah siap sedia.
Baju polis tu Farouk tibai yang Angah punya untuk unit beruniform masa
di sekolah menengah.
Berpeluh ibu sampai ke kaki mengangkut basikal Farouk naik mpv...adeh......
Cair habis bedak ibu dipagi hari.....
Abang polis malu-malu kucing.....

Basikal dah siap dinilai oleh hakim yang arif lagi bijaksana.
Keputusan pertandingan belum diumumkan hinggake hari ini sebab
kekangan masa cikgu-cikgu yang terlibat.

Bersedia untuk program seterusnya.....Kembara Merdeka.

Kembara Merdeka dimulakan selepas hakim-hakim selesai
membuat penilaian kategori 'basikal berhias'.
Cikgu-cikgu lelaki mengiringi murid-murid yang terlibat.....
Meriah katanya.
Yang kelakarnya, sampai je ke sekolah bukan main penat lagi muka sibujang ibu.
Orang tak pernah lasak macam tulah.....Alahai...

Farouk juga join acara pakaian beragam.
Abang polis ibu malu-malu kucing.

Konon-konon memperagakan pakaiannya tu.....Adeh..malu-malu kucing pulak abang polis ibu..

Akta paksaan dari cikgu-cikgu suruh laungkan Merdeka.......
lemah gemalai je angkat bendera...

p/s:
Ibu ucapkan selamat menempuhi UPSR bermula 9-11 September 2014
kepada anak-anak murid ibu, anak rakan-rakan blog, dan calon-calon UPSR seluruh negara.
Semoga Allah permudahkan segala-galanya.
Buat sehabis baik....

8 September 2014

UiTM Seremban 3 dan Angah

6.9.2014 (Sabtu) 
Seawal pagi kami bertolak ke Seremban
bagi pendaftaran Angah di UiTM Seremban 3.
Alhamdulillah Angah tidak perlu jalani minggu orientasi kerana
Angah adalah bekas pelajar asasi penerapan UiTM.
Maksudnya Angah and the geng diberi keistimewaan untuk terus lapor diri tanpa perlu
jalani orientasi.
Geng Angah pun lapor diri lewat seminggu berbanding pelajar-pelajar degree yang lain..
Bukan main seronok dia.

Pintu masuk menyambut kehadiran kami.....
Selama 3 tahun Angah akan menyambung degree di sini dan menjadi warga Seremban.

Kolej kediaman lelaki 8 tingkat dan perempuan 12 tingkat..........
Syukur alhamdulillah, banyak kemudahan disediakan.
Ada kemudahan lif.
Tandas pun dalam bilik.
Teringat ibu masa dikolej terpaksa berkongsi tandas dengan rakan-rakan searas.


Macam biasa Ayah yang terlalu menepati masa.
Kami antara yang terawal tiba di sini.
Orang pun tak ramai.


Selesai sesi pendaftaran dan dengan rasminya Angah menjadi warga UiTM Seremban.
Tahniah Angah kerana menyambung degree diusia 19thn seperti Along jugak....

Dalam kegembiraan terselit kesedihan.
Ibu mana yang tak sedih bila terpaksa berpisah dengan anak.
Dah lebih 3 bulan Angah bercuti di rumah sejak tamat Asasi di UiTM Kuantan dan
tiba masanya untuk berpisah.......
Maunya si ibu tak sedih....huhuhuhu.....

Along dan Angah...siblings merangkap BFF.
Terpisah demi mengejar impian dan cita-cita.
Along di Melaka dan Angah di Negeri Sembilan.

Kusyuknya Angah mengisi borang.
Syukur Alhamdulillah Angah ditempatkan di aras 2.
Kalau dapat aras 12 nun di atas puncak kayangan gayat jugak.
Tapi tak ada masalah sebab lif disediakan dan keadaan di situ sangat selesa...

Drama sedih bermula bila ibu dan ayah terpaksa meninggalkan Angah....
Monyok je muka Angah.....

Selamat tinggal Angah.
Ibu dan family doakan agar Angah terus cemerlang dunia dan akhirat.
Harapan ibu dan ayah agar Angah mampu mengengam segulug ijazah
dengan keputusan yang cemerlang....Amin.....

p/s:
Risau pulak ibu bila semalam Along tiba-tiba demam panas dan migrin.
Sepatutnya semalam Along dah daftar di UTeM dan hari ni Along 
dah mula kuliah pertama  di Tahun 2.
Terpaksa ditangguhkan untuk sehari dua ni.
Doakan agar Along cepat sembuh......

6 September 2014

Husnuzon dan Farouk

Husnuzon=Bersangka baik.
Lama juga ibu tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
Semakin hari semakin lemau ibu nak buat n3.

Farouk si bongsu tidak secemerlang 4Farahs dalam akademik.
Bukan kerana  tidak setanding IQ si kakak2nya tetapi
sikap dan lambakan penyakit "M" berleluasa menyebabkan
Farouk tergolong dalam kategori sederhana.
Cikgu-cikgu Farouk akui Farouk seorang yang bijak dan cepat faham
apa yang diajar namun seperti yang ibu kata dia lambat matang dan banyak main.
Dan yang paling sadis bila komen daripada cikgu-cikgunya yang menyatakan
Farouk ni kurang tumpuan dan terlebih 'bermain'.....Adeh....

Tahun ni   Alhamdulillah 2kali exam sekolah agama Farouk mampu
meraih tempat ke 2 dan pada bulan lepas dia dapat Nombor 1.
Keputusan di sekolah kebangsaan pun mula menunjukkan peningkatan.
Keputusan untuk sekolah kebangsaan belum memuaskan hati ibu.
Mungkin ibu terlalu taksub dengan 4Farahs yang sering meraih kedudukan
teratas keseluruhan tingkatan?????

Bak kata kakak-kakak Farouk....Ibu, "husnuzon" lah dengan Farouk...
Dia bijak cuma mungkin budak-budak lelaki lambat nak matang..
Kawan-kawan kami yang lelaki kebanyakan macam tu.
Masa sekolah rendah tak cemerlang tapi SPM mampu dapat straights A..
Si kakak sering membela adiknya dan menyejukkan hati ibu yang agak terkilan ni.
Adeh...mungkin ibu tidak sabar melihat perkembangan Farouk atau
sebelum ini ibu sentiasa di dalam zon selesa menyaksikan kecemerlangan
4Farahs dalam setiap peperiksaan???

Apapun TAHNIAH Farouk kerana mampu
mendapat Tempat PERTAMA dalam aliran agama.
Bertambah cerah harapan ibu dan ayah untuk menghantar Farouk
ke sekolah aliran agama 2 tahun dari sekarang....InsyaAllah.....

Tidak putus-putus ibu mendoakan kecemerlangan Farouk dunia dan akhirat...Amiin.



Iman muda ibu....

About me